Kembara Larut Malam

Mengawasi Perjalanan Beroda Dua Anda

Menunggang  motosikal pada waktu malam di bawah sinaran bulan purnama, bunyinya seakan-akan seperti sebuah mimpi yang cukup romantik. Rambut yang berdansa dengan hembusan bayu dan dipagari langit yang penuh dengan bintang, ia kedengaran seperti sebuah pengalaman yang cukup mempesonakan, namun ia juga boleh bertukar menjadi tragedi yang penuh dengan trauma dalam sekelip mata!

Menurut Kementerian Pengangkutan, para penunggang motosikal mencatatkan 59% daripada kemalangan jalan raya maut di Malaysia, dengan 7 daripada setiap 10 kemalangan jalan raya tragis melibatkan motosikal. Kementerian juga baru-baru ini mendedahkan bahawa akan berlaku kemasukan motosikal di jalan raya berdasarkan peningkatan mendadak jualan motosikal sepanjang tahun lalu. Pada tahun 2021, terdapat 23 juta kenderaan atas jalan dengan motosikal mencatatkan peratusan sebanyak 46% dan angka ini dijangkakan untuk terus meningkat.

Menunggang motosikal pada waktu malam mempunyai risiko yang tersendiri akibat pelbagai faktor seperti cuaca buruk, pencahayaan jalan yang tidak memuaskan, titik buta, jalan berlubang, dan selekoh yang berbahaya. Meskipun dengan risiko-risiko sebegini, motosikal semakin popular di Malaysia sebagai mod pengangkutan kegemaran kerana kebolehgerakan dan kemampuan untuk mengharungi trafik kota raya. Sekiranya anda tidak boleh mengelakkan diri daripada menunggang motosikal pada waktu malam, berikut merupakan beberapa tips untuk berhati-hati di jalan raya apabila malam menjelang tiba.

  1. Bergemerlapan Bagaikan Berlian

Pastikan diri anda boleh dilihat semasa menunggang motosikal pada waktu malam supaya para pengguna jalan raya lain sedar akan kehadiran anda dari jauh. Pakai pakaian pantul cahaya semasa menunggang motosikal agar boleh dilihat dengan lebih jelas dari segenap sudut.

  1. Nyalakan Lampu Anda!

Periksa dan pastikan semua lampu motosikal anda berfungsi dan terang, termasuk lampu hadapan, lampu brek dan lampu signal. Lampu hadapan memperbaiki keterlihatan dan memaklumkan kepada para pengguna jalan raya tentang kehadiran anda, manakala lampu signal adalah penting untuk menetapkan hala tuju pergerakan anda.

  1. Berwaspada, Bersiap Siaga

Keadaan jalan raya yang tidak menentu boleh menimbulkan risiko yang serius, termasuk jalan berlubang dan halangan seperti haiwan, objek atau tumpahan minyak licin. Kekal fokus, jangkakan insiden ini, dan bersedia untuk bertindak balas dengan pantas dan selamat.

  1. Pandu Cermat, Jiwa Selamat

Pemanduan yang perlahan juga membolehkan anda untuk memperhatikan persekitaran anda dan juga memberikan anda masa untuk mengelak dari jalan berlubang atau halangan-halangan lain di atas jalan. Anda juga boleh berhenti sewajarnya sekiranya penunggang motosikal lain hilang kawalan atau memandu secara berbahaya.

Kini anda telah mengenal pasti tips tips pemanduan motosikal di waktu malam, ini merupakan beberapa peringatan tentang amalan yang perlu anda jauhi apabila anda menunggang  pada waktu malam.

  1. Lebih Cerah, Lebih Baik

Elakkan pemakaian serba hitam semasa berada di atas jalan raya kerana ia mampu mengurangkan keterlihatan anda kepada pengguna jalan raya yang lain. Elakkan juga pemakaian penghadang muka gelap pada waktu malam, memandangkan ia mengurangkan daya keterlihatan anda. Pilih pakaian yang lebih cerah dan penghadang muka lutsinar untuk menambah baik keselamatan anda semasa melalui jalan-jalan yang kurang pencahayaan.

  1. Sedetik Cuma

Sekiranya anda mengantuk, rehat seketika. Jangan cuba melawan keletihan dan merisikokan diri untuk terlelap semasa menunggang. Hanya sedetik pejamkan mata boleh mengakibatkan kemalangan, membahayakan diri anda dan orang lain. Jika boleh, perlahan, cari tempat yang selamat untuk berhenti, segarkan diri anda, dan kemudian teruskan perjalanan anda.

  1. Kekal terlihat dan elakkan diri dari tersorok atau silau pandangan

Kekal terlihat oleh para pengguna jalan raya lain dengan mengelak sudut-sudut gelap dan titik-titik buta. Menunggang dalam kawasan titik buta pemandu lain meningkat risiko untuk tidak dilihat oleh orang lain. Anda juga seharusnya mengelak daripada melihat terus ke lampu hadapan kenderaan lain, kerana ia boleh menjejaskan penglihatan anda seketika dan mengakibatkan kekaburan penglihatan. Kecerahan mendadak boleh mengakibatkan anda untuk menutup mata sedetik dan meningkatkan risiko kemalangan.

Dengan mematuhi tips dan larangan serta kekal selamat di jalan raya, adalah lebih bagus  sekiranya anda  melindungi diri anda dengan insurans motosikal. Dengan itu, sebagai sebuah usaha untuk memastikan semua mendapatkan perlindungan sewajarnya, terutamanya dalam kalangan komuniti B40, Liberty General  Insurance telah melancarkan kempen ‘Takpe, We Belanje!’ untuk membantu meringankan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah. Kempen ini bertujuan untuk menonjolkan kepentingan memiliki pelan insurans yang secukupnya untuk melindungi anda yang tersayang.

Kembara Larut Malam

Mulai hari ini sehingga 14 November 2023, semua pemegang polisi yang membeli atau memperbaharui polisi mereka bagi motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah menerusi Liberty General Insurance Berhad atau mana-mana perantara yang sah layak untuk menerima cukai jalan secara percuma untuk motosikal yang diinsuranskan. Anda hanya perlu memastikan pelan insurans anda dikemaskini dengan Liberty General Insurance Berhad,  dapatkan polisi insurans unik anda dan bawa ke mana-mana cawangan POS Malaysia untuk menebus cukai jalan percuma anda. Cara lain, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan yang akan membantu para pelanggan untuk memperbaharui cukai jalan mereka menerusi MYEG.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Takpe, We Belanje!’ dan mengetahui tentang polisi-polisi insurans motosikal sedia ada, sila layari www.libertyinsurance.com.my.

© 2024 BlackButterfly DesignArts