Kembali Atas Permintaan Ramai – Promosi RM20 Untuk 20GB

Yoodo Memberikan #WhatYooWant Melalui Promosi Istimewa

23 JUN 2021, KUALA LUMPUR – Yoodo mendengar suara anda! Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh ubahsuai yang pertama di Malaysia, membawakan kembali promosi popular RM20 untuk 20GB untuk dinikmati para pengguna Yoodo.

“Misi kami pada tahun ini adalah untuk memberikan apa yang pengguna mahukan,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Kami berbesar hati untuk membawakan kembali pakej yang selalu menjadi permintaan pengguna kami. Tawaran RM20 untuk 20GB ini boleh dinikmati bermula pada 23 Jun 2021.”

Pengguna Yoodo hanya perlu membayar RM20 untuk menikmati 20GB data berkelajuan tinggi untuk segala keperluan internet mereka, sama ada bermain beberapa pusingan Mobile Legends: Bang Bang, maraton beberapa siri kegemaran mereka di Netflix, mahupun kekal berhubungan dengan rakan dan keluarga mereka di Zoom.

Promosi ini akan menggantikan promos Double Special Extra yang berakhir pada 22 Jun 2021.

Kemunculan kembali promosi yang paling digemari ini adalah sejajar dengan kempen #WhatYooWant Yoodo, yang mendengar permintaan para pengguna dan memeberikan apa yang mereka mahukan.

“Yoodo percaya kepada kuasa kebebasan – kuasa yang membolehkan anda memilih apa yang anda perlu dalam pelan mudah alih, dan menyuarakan pilihan anda kepada kami,” tambah Tuck Mun. “Para pengguna kami telah bersuara dan mereka mahukan promosi ini dikembalikan, dan kami menghargai mereka atas permintaan ini. Kami berharap untuk terus membawakan tawaran seperti ini kepada pengguna kami.”

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran RM20 untuk 20GB dan promosi Yoodo yang lain, sila layari: https://www.yoodo.com.my/2020isback/

Yoodo Tawaran RM20 untuk 20GB
Kembali Atas Permintaan Ramai – Promosi RM20 Untuk 20GB – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts