Kemajuan Diri dan Organisasi Ini Satu Proses

Kemajuan Diri dan Organisasi Ini Satu Proses

Cuba kita tanya diri kita, bilakah masa anda menjadi tinggi? Atau bilakah masa berat badan aku naik? Atau bilakan berat badan aku menurun? Atau bilakah tarikh dan masa mula kita mula ada kedutan? Atau bilakah badan kita mula timbulnya otot? Bilakah masa anda tumbuh rambut atau gugur rambut?

Cara syarikat kita maju dan menjadi baik ialah seperti tumbuhnya rambut kita atau ketika manusia dari kecil dan membesar.

Jika saya tanya anda, hari apakah rambut tuan-tuan tumbuh atau hari apakah anak-anak tuan puan membesar? Kita tak perasan kan? Cuma selepas 1-2 tahun kita dah nampak besar tapi jika kita tengok setiap hari kita tak boleh nampak.

Sama juga macam pokok membesar, kita tak nampak dan tak tahu. Begitu juga syarikat. Kita tak akan sedar bila syarikat membangun atau jatuh. Ia barlaku secara perlahan-lahan.

Jadi kejayaan syarikat ialah kejayaan dan usaha setiap hari. Ini bukan jenis kejayaan menggunakan Tongkat Sakti Harry Porter iaitu berlaku kejayaan dengan sekelip mata.

Jika kita jogging atau kita ke gym; kita tidak sedar bilakah otot kita mula menyerlah.

Inilah kehidupan. Kita perlu melalui protokol kehidupan iaitu proses.

Samalah dengan bagaimana kita perlu memimpin.

Proses memimpin organisasi dan syarikat atau jabatan tidak akan berlaku dengan sekelip mata. Kita bukan di dalam filem di mana ada kuasa sakti Thanos atau kuasa gigitan labah-labah yang terus merubah kita menjadi Superhero. Dengan sekali tindakan, semua berubah.

Kita memimpin dan membentuk organisasi bukan dengan satu tindakan dan perniagaan atau organisasi kita akan berubah. Begitu juga perihal Pelan Pemasaran, Pelan Jualan atau Pelan Tindakan.

Memimpin manusia ialah satu polemik yang begitu subjektif. Ia bukanlah proses 2 + 2 = 4. Manusia ini penuh dengan emosi. 2 + 2 kadangkala jadi 4, kadangkala jadi 0, kadangkala jadi macam-macam; ini sekadar analogi.
Oleh yang demikian, sebagai individu, kita perlu memimpin diri kita dan diri unit, jabatan, syarikat atau komunit dengan proses.

Istiqamah dan proses yang konsisten amat penting. Anda tidak akan sihat dengan jogging selama 24 jam sehari terus. Tapi insyAllah anda akan sihat jika anda jogging 15 minit setiap hari selama 1 tahun.

Anda tidak akan membentuk badan berotot atau six packs jika anda pergi ke gym dan workout selamat 5 jam sekali.

Tapi insyAllah anda akan berotot jika anda exercise 30 minit setiap hari selama 1 tahun.

Proses kepimpinan ialah proses memahami kekuatan individu dalam syarikat dan kekuatan individu ini akan digabungkan kekuatan individu yang lain untuk membentuk pasukan.

Sebagai pemimpin tugas anda ialah untuk “menguruskan” kekuatan individu serta “memimpin” setiap individu dengan memahami mereka (setiap individu mempunya kekuatan dan kekurangan yang berbeza).
Saya ingin mencadangkan 5 perkara asas yang insyaAllah boleh membantu anda melaksanakan proses kepimpinan yang berkesan.

1. Berjumpa setiap anggota jabatan anda dan berbincang kekuatan dan kelemahan mereka. Bincang apakah yang boleh mereka tingkatakan

2. Buat Analisa GAP atau Lompongan – Melihat keadaan status-quo sekarang dan juga lihat sasaran yang organisasi bakal melonjak. Lihat GAP atau lompongan yang individu patut laksanakan.

3. Pemimpin perlu selaraskan individu mengikut kekuatan dan juga memberikan inspirasi serta keluarkan mereka dari zon selesa yakni zon sedia ada.

4. Proses kepimpinan bermula apabila anda perlu keluarkan mereka dari zon selesa kepada zon tak selesa namun kepimpinan anda perlu dilaksakanan agar mereka suka dan gembira dengan penuh harapan di dalam zon tidak selesa yang baru itu.

5. Proses ini perlu diadaptasikan selalu dan perubahan perlu pada setiap masa. Tugas pemimpin sebagai radar atau sensor untuk sentiasa meningkatan “meter” inspirasi pekerja. Untuk itu pemimpin sendiri perlulah Terinspirasi dengan diri sendiri dan diri keadaan semasa.

Cuba lihat kisah Rasulullah. Turunnya wahyu pertama yang diterima Nabi Muhammad terjadi di Gua Hira. Tepatnya pada tanggal 17 Ramadan 13 tahun sebelum Hijrah dan Ayat 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah yang diriwayatkan ayat ini diturunkan 9 hari sebelum Baginda wafat.

Semua berlaku secara proses dan inilah lumrah hidup manusia.
Menurut perbincangan didalam Harvard Business Review tulisan Jau A. Conger dan Robert M. Fulmer di bawah tajuk Succession Planning : Developing Your Leadership Pipeline, mereka menyatakan bahawa pembentukan orgasisasi merupakan satu proses yang berterusan bermula dengan melihat kepada kekuatan individu yang digabungkan dan diterapkan mengikut keperluan skop tugas dan halatuju syarikat.

Fakta yang sama tentang “improvements” atau penambahbaikan di dalam kempimpinan dan organisasi memerlukan satu pembangunan berterusan menurut Prof Dr Stephen Scherer di dalam salah satu penulisan London School of Economics.

Jadi teruskan lah berusaha dan merancangan pembangunan diri serta pembangunan organisasi.

Apa yang penting ialah penjelasan halatuju organisasi dengan menerapkan skil dan kompetensi pekerja dengan skop yang bersesuaian.

Yang baik pasti dari Allah dan buruk itu jelas sekali dari saya. Semoga ada manfaat yang baik untuk semua insyAllah.

Bagi yang memerlukan bimbingan serta nasihat untuk Business Coaching, Business Diagnose serta Perancangan Strategic dan Turnaround Exercises, insyAllah boleh menghubungi [email protected]

Scroll to Top