Kemahiran Dan Pemikiran Yang Harus Diterima Pakai Oleh Golongan Gen Z Untuk Membina Kerjaya Yang Berpotensi Dan Bermanfaat

“Apakah cita-cita anda bila anda dewasa nanti?”

Itulah pertanyaan yang tidak dapat dielakkan sejak kita masih kecil. Walaupun kebanyakan kita tidak pernah mempunyai jawapan khusus untuk ini, kita tahu bahawa kita mempunyai cita-cita yang ingin dicapai apabila kita semakin meningkat usia.

Dengan golongan Gen Z yang tertua mencapai usia 25 pada tahun 2022, generasi Internet mula mengambil alih tenaga kerja untuk melakar masa depan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, dalam perjuangan mencari jalan kerjaya yang betul, majikan masih menekankan pilihan calon dengan kemahiran dan kecekapan yang berharga bagi organisasi mereka. Bergantung kepada sektor kerjaya dan profesion yang anda pilih untuk bekerja, mungkin terdapat kemahiran, kebolehan dan pengetahuan spesifik yang diperlukan untuk melaksanakan tugas tersebut. Dengan ekspektasi yang tinggi dan persaingan yang lebih sengit dari biasa, generasi baru ini perlu melengkapkan diri mereka dengan seberapa banyak set kemahiran yang boleh untuk mencapai matlamat mereka.

Mempunyai pengetahuan yang luas tentang pekerjaan dan industri khusus seseorang adalah penting, tetapi untuk mempunyai kemahiran tambahan boleh menjadi bonus sebagai pekerja! Menceburi program latihan industri, internship, sukarelawan, atau kerja freelance / kerja sambilan dapat memberi anda pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan anda dan membantu anda mengukur jika ini adalah kerjaya yang anda lihat diri pada masa hadapan. Ini juga boleh membantu mewujudkan hubungan baru di dalam industri, yang berpotensi sebagai rujukan atau cadangan pekerjaan anda. Kemahiran kebolehkerjaan utama ini adalah kemahiran teras yang akan menjadikan anda aset di tempat kerja, dalam apa-apa pekerjaan yang anda ceburi. Anda perlu memanfaatkan pengalaman kerja anda untuk memberikan bukti kemahiran ini kerana bukan sahaja ia akan memberi manfaat kepada anda dalam perkembangan kerjaya anda tetapi juga bagaimana anda menguruskan cabaran yang akan datang.

  1. Meningkatkan kemahiran dan menggilap kemahiran komputer anda untuk kekal di hadapan

Kemahiran komputer adalah kemahiran yang berharga untuk portfolio peribadi mana-mana pekerja. Kini Malaysia berada di era 5G yang baru, oleh itu ia sangat penting untuk anda mula celikkan diri anda dengan dunia teknologi terutamanya apabila masa sangat berharga untuk semua. Hanya dengan mempunyai kemahiran asas tetapi penting seperti menggunakan Microsoft Office untuk log dan penulisan data atau Adobe untuk kerja kreatif, anda memberi diri anda peluang untuk bekerja lebih bijak dan cepat.

  • Lihat masa depan anda dengan program Internship

Mempunyai ijazah bukan lagi menjadi syarat maksimum bagi mana-mana graduan baru yang ingin memasuki alam pekerja yang mereka inginkan di dunia hari ini – pengalaman kerja yang berkaitan kini sama berharganya dengan keputusan ijazah dan peperiksaan anda. Apabila membina kerjaya masa depan anda, latihan adalah salah satu langkah pertama untuk membantu calon mengakses pengalaman kerja yang sangat diperlukan dan berharga dalam mempersiapkan mereka untuk dunia sebenar.

  • Peroleh pengalaman dan kemahiran secara langsung dengan program latihan industri

Juga dikenali sebagai program perolehan kemahiran, ini adalah cara yang sistematik untuk meningkatkan dan memperhalusi pengetahuan dan kemahiran individu dari latihan amali hingga tuntutan industri dan etika kerja. Program latihan Industri berterusan yang boleh diceburi oleh golongan muda termasuk Malaysians Development Uplift Programme (MDUP) oleh Manforce Group Berhad, Penyedia penyelesaian asing pekerja terkemuka di Malaysia ini melancarkan program MDUP pada Bulan Februari 2020 sebagai penyelesaian bagi golongan muda untuk mengembangkan lagi set kemahiran mereka melalui latihan industri asas, yang boleh meningkatkan peluang pekerjaan mereka.

  • Sukarelawan untuk memperluaskan rangkaian sosial dan sokongan anda

Pengalaman kerja bukan sahaja boleh diperolehi dari alam pekerja profesional, tetapi juga boleh diperoleh daripada berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Kesukarelawanan membolehkan anda membina hubungan dengan individu dari pelbagai latar belakang dan memperluas rangkaian sokongan anda, mendedahkan anda kepada orang yang mempunyai minat yang sama, sumber kejiranan, dan aktiviti yang menyeronokkan dan memanfaatkan.

Walaupun sesetengah orang secara semula jadi adalah mesra, terdapat juga yang malu dan sukar bergaul dengan orang baru. Sukarelawan dapat memberi anda peluang untuk berlatih dan mengembangkan kemahiran sosial anda, dan juga membantu anda membina resume dan keperibadian yang kua untuk menarik perhatian majikan anda.

  • Memupuk minda dan sikap yang positif

Ada pepatah umum: “Stay positive, better days are on their way”.

Walaupun dengan semua kemahiran dan pengetahuan di dunia, ia masih tidak dapat mempersiapkan diri anda untuk situasi yang paling teruk jika anda tidak mempunyai pemikiran yang betul untuk menangani cabaran tersebut. Memandangkan keadaan di Malaysia sekarang, ia mungkin satu tugas yang sukar bagi sesetengah orang untuk kekal positif. Namun, orang yang mempunyai fikiran negatif juga tidak akan membuat urusan mereka lebih mudah.

Berfikir secara positif di tempat kerja akan membantu anda kekal bermotivasi dan mudah bekerjasama dengan orang lain kerana ia dapat mengurangkan tahap tekanan, meningkatkan produktiviti, dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Akhir sekali, setiap kali kita ingin melangkah ke fasa kehidupan yang baru ia akan sentiasa nampak menarik dan menakutkan pada masa yang sama, namun anda perlu bersiap-sedia untuk menempuh cabaran yang akan datang untuk membantu anda mencapai matlamat anda. Kerana matlamat kerjaya bukan sesuatu yang boleh anda capai dalam sekelip mata, bersabar dengan diri sendiri dan sentiasa membuka diri kepada pengalaman baru untuk terus berkembang dalam kerjaya pilihan anda.

© 2023 BlackButterfly DesignArts