Kejutan yang Purr-fect: IKEA Lancar Rangkaian Baharu untuk Haiwan Peliharaan di Malaysia!

UTSÅDD merupakan koleksi baharu IKEA untuk anda dan teman haiwan anda

Kejutan yang Purr-fect: IKEA Lancar Rangkaian Baharu untuk Haiwan Peliharaan di Malaysia!

Kuala Lumpur, 4 April 2024 – Apabila media sosial IKEA ‘diambil alih’ oleh si comel minggu ini, pasti ramai rakyat Malaysia dapat mengagak bahawa sesuatu yang mengujakan bakal tiba. Memang betul jangkaan mereka! Khabar baik untuk semua pencinta haiwan, penantian anda sudah berakhir! Hari ini, IKEA memperkenalkan UTSÅDD, koleksi baharunya untuk haiwan peliharaan, yang juga merupakan koleksi pertama seumpamanya yang dilancarkan oleh IKEA di Malaysia. Dan ini bukan gurauan April Fool!

UTSÅDD merupakan rangkaian haiwan peliharaan baharu oleh IKEA bagi menceriakan kehidupan di rumah buat teman kesayangan seperti anjing dan kucing serta pemilik mereka. Koleksi itu dibangunkan berdasarkan input daripada doktor haiwan, pakar produk haiwan peliharaan, dan panel kucing dan anjing. Ia terinspirasi daripada empat aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh kucing dan anjing di rumah, iaitu makan, tidur, bermain dan bersembunyi.

Setiap item dalam koleksi UTSÅDD bukan sahaja mudah dibersihkan tetapi juga dapat tahan penggunaan sehari-hari, dan direka bentuk bagi menjadikan kehidupan sehari-hari haiwan kesayangan dan pemilik mereka lebih mudah diurus. Malah, keselamatan haiwan peliharaan turut diutamakan pada semua peringkat pembangunan koleksi tersebut dengan melakukan ujian teliti bagi setiap produk. Daripada rumah kucing, mainan, mangkuk makan hinggalah kepada selimut, tikar dan papan contengan, ia mempunyai segala-galanya yang diperlukan oleh teman kesayangan anda untuk berasa lebih selesa dan gembira di rumah.

Kejutan yang Purr-fect: IKEA Lancar Rangkaian Baharu untuk Haiwan Peliharaan di Malaysia!
Kejutan yang Purr-fect: IKEA Lancar Rangkaian Baharu untuk Haiwan Peliharaan di Malaysia!
Kejutan yang Purr-fect: IKEA Lancar Rangkaian Baharu untuk Haiwan Peliharaan di Malaysia!
Kejutan yang Purr-fect IKEA Lancar Rangkaian Baharu untuk Haiwan Peliharaan di Malaysia!

Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys berkata: “Kami tahu ramai rakyat Malaysia adalah pemilik haiwan peliharaan, dan kucing dan anjing mereka adalah bahagian penting dalam kehidupan mereka di rumah. Di IKEA, kami juga menganggap haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada keluarga. Sejajar dengan visi kami untuk mewujudkan kehidupan sehari-hari yang lebih baik untuk semua, kami ingin memperkenalkan koleksi ini yang bukan sahaja memenuhi keperluan teman kesayangan kita, tetapi juga membuat pemilik haiwan berasa gembira untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada rumah mereka, sekali gus membawa keceriaan kepada setiap ahli keluarga.”

Tonjol kecomelan teman kesayangan anda dan menangi hadiah hebat!

Bagi meraikan pelancaran koleksi terbaharunya, IKEA menjemput semua pemilik haiwan peliharaan untuk menonjolkan personaliti unik ‘teman berbulu’ mereka. Tidak kira ia mempunyai perwatakan yang aktif dan ceria, kelakar, atau nakal dan comel, kami mahu melihat ia menyerlah! Jom sertai keseronokan dan berpeluang memenangi hadiah menarik daripada rangkaian UTSÅDD!

Untuk mengambil bahagian, ikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Tangkap foto yang menunjukkan detik paling comel haiwan kesayangan anda!
  2. Muat naik foto di Instagram dan lengkapkan kapsyen: “Item IKEA UTSÅDD yang paling saya inginkan ialah….”
  3. Jangan lupa sertakan tanda pagar #IKEASpotting, tag dan ikuti @IKEAMalaysia untuk berpeluang menjadi pemenang! Pastikan anda menetapkan akaun anda kepada umum (public).

Peraduan itu akan bermula dari 8 April 2024 hingga 30 April 2024. Jadi, bersedialah untuk mengasah kemahiran swafoto anda untuk menonjolkan sisi comel si bulus anda! Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial IKEA untuk pengumuman rasmi pada 8 April.

Koleksi UTSÅDD IKEA boleh didapati di gedung IKEA mulai 4 April 2024. Untuk lebih banyak penyelesaian kelengkapan rumah yang menarik, layari IKEA.my.  

© 2023 BlackButterfly DesignArts