16 Pasukan Teratas Akan Bertempur Di Peringkat Akhir Untuk Memenangi Hadiah Terkumpul Berjumlah RM60,000
Kuala Lumpur, 18 November 2021 – Bersiap sedia untuk menyaksikan aksi-aksi hebat pada hujung minggu ini (20 dan 21 November 2021) di mana, 16 pasukan teratas Kejohanan Kampus Yoodo PUBG Mobile (PMCC) 2021 akan bertarung untuk merangkul gelaran juara PMCC 2021.
Juara kejohanan tersebut juga akan membawa pulang bahagian terbesar daripada hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000 dalam kejohanan ini yang dibawakan kepada anda oleh Yoodo, penyedia perkhidmatan mudah alih boleh diubahsuai dan digital sepenuhnya yang pertama di Malaysia.
Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, berkata PMCC tahun ini memberikan hadiah yang lebih tinggi daripada sebelumnya. “Selain hadiah wang tunai, 3 pasukan teratas juga akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021, menentang pemenang dari negara lain di rantau ini. Ia sememangnya ujian kemahiran yang sebenar dan Yoodo berbangga dapat memperkasakan pemain muda dalam perjalanan mereka untuk mencapai kejayaan,”.
16 pasukan teratas yang akan bersaing di minggu peringkat akhir PMCC 2021 adalah:
“Kami amat kagum dan terhibur dengan prestasi mereka setakat ini,” sambung Tuck Mun. “Ini menunjukkan bahawa 16 pasukan teratas akan berjuang habis-habisan pada peringkat akhir. Sebagai jenama yang sangat komited dalam mencungkil bakat muda tempatan, khususnya dalam esukan, kami amat berpuas hati melihat usaha kami dalam PMCC 2021 membuahkan hasil. Dan kami tidak sabar untuk menyaksikan aksi kemuncak pada hujung minggu ini!”
Pertempuran peringkat akhir PUBG Mobile akan berlangsung tanpa henti pada hujung minggu juga mempersembahkan perlawanan istimewa Hide & Seek yang disertai para influencer PUBG Mobile kegemaran ramai seperti Soloz, Daddyhood, Master Ramen, Pemburu dan lain-lain pada jam 5.00 petang pada 21 November ini.
PMCC 2021 disokong oleh Rakan Telefon Pintar Rasmi, Xiaomi – challenge your boundaries with RedMi Note4 10, dan Rakan Rasmi Viu. Kejohanan tersebut juga disokong oleh dan Rakan Corn Strips Rasmi, Mission Foods yang akan memberikan 3 pasukan teratas bekalan Mission Corn Strips sepanjang satu tahun bagi memenuhi keperluan snek mereka ketika bermain!
Semua aksi PUBG Mobile boleh ditonton secara LANGSUNG di platform Facebook dan YouTube Yoodo Esports. Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo sila layari www.yoodo.com.