Kasih Dikongsi Kembali

KUALA LUMPUR, Ogos 19, 2020 – Apa yang lebih baik daripada menikmati piza kegemaran anda? Jawapannya adalah menikmatinya dengan potongan sebanyak 50%! Bersesuaian dengan janji jenama, “It’s All About You”, Domino’s Pizza mementingkan perasaan dan fikiran pelanggannya sebagai tumpuan utama dalam kepakaran penghantaran pizanya. Dengan pengumuman terkini potongan sebanyak 50% untuk semua piza dan hidangan sampingan pada masa yang tertentu, pelanggan dapat menikmati piza dengan harga yang berpatutan bersama keluarga dan rakan-rakan mereka tanpa menjejaskan perbelanjaan mereka.

Para pelanggan yang memilih kaedah bawa pulang atau ‘dine-in’ dapat menikmati tawaran potongan sebanyak 50% untuk semua piza dan hidangan sampingan di dalam menu. Untuk kemudahan pelanggan, tawaran ini juga tersedia untuk perkhidmatan Potong-Q dan Pandu Ambil!

Orang ramai kini boleh menikmati hidangan kegemaran mereka bermula 10 Ogos 2020. Domino’s akan memperluaskan tawaran itu secara konsisten termasuk pelbagai hidangan sampingan yang lazat seperti bread sides, desserts, chicken sides, pasta dan banyak lagi. Pelanggan yang membuat pembelian RM40 ke atas dalam satu resit akan dapat membawa pulang beg koleksi

edisi terhad secara PERCUMA bermula 14 September dan sementara stok masih ada. Nantikan tawaran yang lebih hebat untuk memuaskan keinginan anda dengan tarikh-tarikh ini dalam beberapa minggu yang akan datang:          

  • 10 Ogos hingga 16 Ogos – Potongan 50% bagi semua Piza dan Bread Sides, serta potongan lebih dari 20% off untuk Fabulous Four dan Cheesy Four
  • 17 Ogos hingga 31 Ogos – Potongan 50% bagi semua Pizza, serta potongan sebanyak 40% bagi Cheesy Mozzarella / Cheddar Stix juga potongan sebanyak 40% bagi Chocolate Lava Cake / Blueberry Cheese Lava Cake, dan potongan sebanyak 20% bagi Fabulous Four dan Cheesy Four
  • 1 September hingga 13 September – Potongan sebanyak 50% bagi semua piza, potongan sebanyak 40% bagi semua Chicken sides, serta potongan lebih dari 20% bagi Fabulous Four dan Cheesy Four 
  • 14 September hingga 27 September – Potongan sebanyak 50% bagi semua piza dan Bread Sides, potongan sebanyak 40% bagi Chessy Mozzarella / Cheddar Stix, Desserts, Chicken Sides dan Pasta, potongan sebanyak 30% bagi semua minuman serta koleksi beg edisi terhad secara PERCUMA

Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura mengatakan, “Dalam situasi terkini, kami memahami bahawa kebanyakan rakyat Malaysia berbelanja secara berhemah dan ada yang mungkin menghadapi cabaran yang lebih besar daripada yang lain. Kami merasakan bahawa ianya merupakan waktu yang tepat untuk memperkenalkan tawaran yang menarik seperti ini bagi memenuhi keperluan semua pelanggan kami.. Di Domino’s, pelanggan kami merupakan keutamaan kami dan kami senantiasa bersedia untuk melakukan lebih lagi untuk menawarkan pelanggan kami piza pada nilai harga yang luar biasa.”

“Tujuan di sebalik tawaran berpatutan ini adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan kami dan kami yakin bahawa kami akan sentiasa menepati janji kami dalam mewujudkan detik-detik manis untuk para pelanggan, keluarga dan rakan-rakan. Sepanjang kempen ini, kami ingin memberikan tawaran menarik secara konsisten kerana ‘It’s All About You’, kami juga  berhasrat untuk menjalankan kempen ini bagi jangka masa yang lebih lama untuk memastikan setiap orang berpeluang memanfaatkan potongan harga yang ditawarkan oleh Domino’s agar boleh menikmati penjimatan yang lebih besar. Kepada yang menggemari nilai tawaran lumayan, ini untuk anda!”

Untuk mana-mana pembelian piza Regular, Large atau Xtra Large, pelanggan dapat menikmati potongan harga sebanyak 50% dari Domino’s untuk semua tawaran perkhidmatan bawa pulang di semua restoran Domino’s di seluruh negara. Penggemar piza yang lebih menyukai pengalaman kaedah bawa pulang yang lebih mudah boleh mencuba Pandu Ambil piza mereka dan nikmati tawaran potongan harga sebanyak 50% dengan melakukan pembelian dengan selesa dari rumah, “Semestinya Lebih Mudah”. Jadi, nikmatilah tawaran potongan 50% ini sekarang sementara ia masih panas dari ketuhar!

Dengan tawaran ini, pelanggan kini dapat menikmati piza kegemaran mereka dari harga serendah RM15.95. Bagi masa terhad sahaja, satu piza Regular, Large atau Xtra Large boleh didapati masing-masing pada harga RM15.95, RM21.45 dan RM26.45. Harga surcaj akan dikenakan untuk piza jenis Classics, First Class pizza range, Cheese burst crust dan Cheese Tarik crust.

Domino’s menggalakkan para pelanggannya untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai. Oleh itu, para pelanggan yang tidak mempunyai kad kredit atau debit juga boleh memilih kaedah pembayaran yang tersedia melalui pilihan tanpa tunai seperti GrabPay dan lain-lain pilihan perbankan dalam talian.

Pelanggan yang memilih kaedah Potong-Q atau Pandu Ambil boleh membuat pesanan dan pembayaran mereka di www.dominos.com.my atau melalui aplikasi mudah alih Domino’s Pizza untuk menikmati promosi potongan 50% terkini.

Kasih Dikongsi Kembali – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts