Karya seni yang diilhamkan oleh kesepian dan ketenangan semasa pandemik memenangi anugerah 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia)

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2021 – UOB Malaysia hari ini menyampaikan anugerah 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia) kepada Encik Saiful Razman, 41 tahun, untuk karya seni beliau bertajuk, ‘Walk In Silence, Don’t Walk Away in Silence’. Sebagai pemenang anugerah berprestij ini, Encik Razman menerima hadiah wang tunai RM100,000 dan juga berpeluang memenangi program residensi selama sebulan sama ada di Muzium Seni Asia Fukuoka yang terkenal di Jepun atau Galeri Seni UOB di Shanghai, China.

Menjangkau batasan imaginasi dan kebolehan, karya seni Encik Razman dihasilkan semasa pandemik COVID-19 dan diilhamkan oleh kesepian dan ketenangan yang dialami ketika pengasingan kendiri. Melalui karya seni media campuran beliau, kertas tisu dan kain kasa bergulung nipis digunakan untuk menghasilkan lapisan yang halus, legap dan tonal. Tempat lindung yang tulen dan damai, direka menggunakan bentuk ringkas yang menggambarkan sebuah rumah, merupakan tumpuan perhatian karya seni beliau. Di kelilingnya pula adalah latar belakang bercorak landskap berdimensi yang melambangkan gunung, dipaparkan melalui persekitaran kontras warna yang nyata.

Menjelaskan karya seni sambil mengulas tentang kemenangan beliau, Encik Razman berkata, “’Walk in Silence, Don’t Walk Away in Silence’ adalah karya seni minimalis dan monokromatik yang menarik perhatian penonton secara halusnya sambil membangkitkan naratif yang terbuka kepada pelbagai interpretasi. Saya berbesar hati untuk memenangi anugerah 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia) dan amat gembira karya seni saya akan mewakili Malaysia di anugerah keseluruhan 2021 UOB Painting of the Year Asia Tenggara.”

Puan Bibi Chew, Ketua Hakim pertandingan 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia), berkata, “Setiap tahun, kami amat gembira untuk melihat lebih ramai pelukis mencabar diri mereka secara kreatif. Selain peningkatan besar dalam jumlah penyertaan yang kami terima tahun ini, kami melihat kepelbagaian dalam jenis bahan dan isi kandungan dalam menghasilkan karya seni mereka. Kami terhutang budi
kepada UOB Malaysia kerana sentiasa menyokong pelukis tempatan dalam menyediakan platform untuk mempamerkan karya seni mereka, untuk mengekspresi diri dan menyuarakan mesej mereka terutamanya dalam masa yang sangat mencabar ini. Kami amat gembira dengan kemenangan Encik Saiful Razman dan kami tidak sabar melihat beliau bersaing dengan pemenang UOB Painting of the Year dari negara lain.”

Lukisan Encik Razman akan bersaing dengan penyertaan pemenang lain dari Indonesia, Singapura dan Thailand untuk anugerah 2021 UOB Painting of the Year Asia Tenggara, yang akan diumumkan di majlis anugerah maya pada 26 November 2021.

Encik Razman menyertai barisan pemenang UOB Painting of the Year (Malaysia) yang lepas, termasuk Encik Sabri Idrus, Cik Cheng Yen Pheng, Cik Cheong Kiet Cheng, Encik Chok Yue Zan, Cik Yim Yen Sum, Cik Minstrel Kuik dan Encik Gan Tee Sheng, yang kesemuanya telah menerima pengiktirafan dalam dan luar negara untuk karya seni mereka.

Anugerah 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia)
Ms Jaclyn Teh Ya Zi’s winning artwork for the Emerging Artist Category 2021- Most Promising Artist of the Year (Malaysia)

‘Hi, Cik Jaclyn Teh Ya Zi, Emerging Artist Category: 2021 Most Promising Artist of the Year (Malaysia) Dalam Kategori Pelukis Baru, Cik Jaclyn Teh Ya Zi, 24 tahun, memenangi anugerah Pelukis Harapan untuk karya seni beliau yang bertajuk ‘Hi’. Karya seni beliau merupakan gambaran visual mengenai seorang yang menghadapi kegelisahan sosial yang cuba menyembunyikan diri dari interaksi harian. Menggunakan gabungan benang, kapas dan cat akrilik, Cik Teh telah menghasilkan karya seni yang menyampaikan perasaan sebenar yang dirasai oleh seseorang yang sedang bergelut dengan kegelisahan sosial dan bagaimana beliau bertindak balas dalam keadaan sedemikian.

Encik Wong Kim Choong, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Walaupun perintah kawalan pergerakan telah menyebabkan sekatan perjalanan, UOB Painting of the Year (Malaysia) tetap diadakan secara digital dan maya. Ini menunjukkan komitmen Bank dalam menggalakkan dan membangunkan seni di negara ini, dibina atas kepercayaan bahawa seni berupaya untuk menyatukan masyarakat, mendekatkan orang ramai dan meningkatkan kesejahteraan pada tempoh yang mencabar ini.
“Kini dalam tahun ke-11, kami terus mengiktiraf dan meningkatkan pelukis Malaysia melalui pertandingan UOB Painting of the Year (Malaysia). Pertandingan tahunan ini mencungkil bakat pelukis tempatan dan memberi mereka peluang menonjolkan kemahiran mereka di rantau ini. Walaupun menghadapi cabaran semasa, kami melihat ramai pelukis berbakat kekal tabah dan terus bangkit dengan mengambil pengalaman daripada pandemik sebagai sumber inspirasi untuk karya seni mereka. Kualiti dan penguasaan karya seni yang memenangi anugerah menceritakan pelbagai kisah, termasuk tentang harapan, kekuatan, ketabahan dan mengatasi kesukaran. Kami gembira untuk menerima penyertaan paling tinggi sekali lagi daripada pelukis mapan dan baru muncul dari seluruh negara. Ini adalah bukti kejayaan dan reputasi pertandingan sebagai salah satu pertandingan seni yang paling diiktiraf di rantau ini,” kata Encik Wong.

Orang ramai boleh melihat semua lukisan yang memenangi anugerah dalam kategori Pelukis Mapan
dan Pelukis Baru 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia) di Galeri Seni UOB maya.

© 2023 BlackButterfly DesignArts