Kanak-Kanak Yang Kuat Dengan Minda Yang Cerdas Lebih Cenderung Untuk Belajar Dan Menerokai Lebih Banyak Lagi

Kanak-Kanak Yang Kuat Dengan Minda Yang Cerdas Lebih Cenderung Untuk Belajar Dan Menerokai Lebih Banyak Lagi

Formulasi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Anmum Essential Gold baharu yang dipertingkatkan kini mengandungi Probio DR10™~, tahap DHA tertinggi# dan Gangliosida. Sokonglah sistem imun dan perkembangan otak anak anda hari ini!

Selangor, 6 Februari 2024 – Ketika tahun-tahun prasekolah, kebimbangan biasa yang sering dialami oleh ibu bapa adalah kekerapan penyakit yang mungkin dialami oleh anak-anak mereka sewaktu sedang meningkat besar. Hal ini berkemungkinan menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk menumpukan perhatian, yang mungkin akan mengakibatkan keletihan kognitif, seterusnya, boleh menjadikan mereka sukar untuk melibatkan diri dalam tugas kognitif yang kompleks, yang berpotensi mempengaruhi kapasiti keseluruhan mereka untuk belajar. Menyedari isu ini, Anmum Essential Gold baru-baru ini telah mempertingkatkan formulasi susu tepung rumusan untuk kanak-kanaknya untuk memberikan gabungan nutrien penting yang lebih baik. Matlamat jenama ini adalah untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan menyokong asuhan kanak-kanak, supaya mereka boleh meneroka setiap hari.

Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak berpotensi untuk mengalami 7 hingga 10 kali selesema[1] dan 3 hingga 6 kali demam[2] setiap tahun. Kekerapan penyakit ini boleh mengganggu tumpuan kanak-kanak, yang membawa kepada kebimbangan ibu bapa akan berkemungkinan terlepas peluang untuk pembelajaran dan penerokaan. Anmum Essential Gold telah mempertingkatkan formulasi susu tepung rumusan untuk kanak-kanaknya yang dirumus secara saintifik dengan Probio DR10™~, Gangliosida, dan tahap DHA tertinggi. Gabungan nutrien penting dan makanan berfungsi (functional food) ini membantu menyokong sistem imun dan perkembangan otak kanak-kanak. Kini, ibu bapa berpeluang untuk meningkatkan sistem imun anak-anak dan menggalakkan perkembangan kognitif mereka!

Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina, menekankan kepentingan nutrien tertentu dalam diet kanak-kanak, bahawa nutrien ini penting untuk menyokong kedua-dua perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak pada masa perkembangan kanak-kanak.

Kanak-Kanak Yang Kuat Dengan Minda Yang Cerdas Lebih Cenderung Untuk Belajar Dan Menerokai Lebih Banyak Lagi
Dr. Yong Junina Fadzil, Consultant Paediatrician and Paediatric Cardiologist of Pakar Kanak-Kanak Junina

“Pemakanan seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, susu, produk tenusu dan bijirin penuh adalah penting untuk menyediakan nutrien penting. Ibu bapa juga boleh memberikan makanan berfungsi seperti strain probiotik yang dikaji secara saintifik dan prebiotik untuk menyokong lagi kesejahteraan anak-anak mereka.”

Salah satu contoh strain probiotik yang dikaji secara saintifik adalah Bifidobacterium lactis HN019, yang dikenali dengan keupayaannya untuk meningkatkan tindak balas sel imun terhadap bakteria berbahaya, mengekalkan persekitaran usus yang seimbang dan meningkatkan kesihatan usus.

Dr. Yong Junina menerangkan, “Jika sistem pertahanan usus anak anda lemah, mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan kuman berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit. Menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus anak anda boleh menguatkan sistem imuniti mereka agar mereka selalu bertenaga dan dapat hadir dalam kelas . Kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang kuat bukan sahaja terdedah kepada lebih banyak peluang pembelajaran tetapi juga mempunyai lebih banyak masa untuk penerokaan yang turut menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka.”

Dr. Yong Junina menekankan bahawa sebagai tambahan kepada sistem imun yang kuat untuk memastikan kanak-kanak dilindungi, adalah penting untuk menyedari bahawa otak kanak-kanak mengalami perkembangan paling pesat pada masa tahun-tahun awal mereka. Tempoh ini adalah penting kerana ianya asas untuk pembelajaran dan kejayaan masa depan mereka di sekolah.

“Otak kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam 1-5 tahun pertama, membentuk asas untuk perkembangan kognitif masa depan. Dalam lima tahun penting ini, pendedahan dan interaksi kanak-kanak dengan pelbagai persekitaran, bunyi, bau, rasa dan tekstur adalah perlu untuk membentuk hubungan sel-sel otak yang penting dalam otak mereka, penting untuk pembelajaran dan perkembangan sepanjang hayat.”

“DHA adalah penting untuk kedua-dua pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak pada kanak-kanak. Dengan perkembangan pesat otak, DHA adalah penting untuk ingatan dan pembelajaran, kerana ia menyokong integriti struktur dan proses fungsi dalam otak[3].” tambahnya.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menyarankan pengambilan harian 100 hingga 150mg EPA dan DHA untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun, 150 hingga 200mg untuk mereka yang berumur 4 hingga 6 tahun, dan 200 hingga 250mg untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun.

Dr. Yong Junina seterusnya menyatakan bahawa walaupun DHA penting untuk perkembangan otak, kanak-kanak memerlukan lebih daripada DHA untuk fungsi kognitif yang optimum. Di sinilah Gangliosida memainkan peranan penting. Katanya, “Gangliosida adalah penting dalam membentuk hubungan sel-sel otak dan membantu dalam penghantaran mesej antara mereka. Ia juga membantu menstabilkan sarung meilin (myelin sheath), yang bertindak seperti lapisan penebat di sekeliling sel-sel otak, sekali gus mempercepatkan penghantaran mesej dalam otak.

Anmum Essential Gold baharu yang dipertingkatkan ialah satu-satunya jenama[4] di dunia yang mengandungi Probio DR10™~, tahap DHA tertinggi# dan Gangliosida. Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik & Hal Ehwal Pematuhan di Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd. menekankan, “Kanak-kanak yang kuat dengan sistem imun yang teguh mempunyai lebih banyak masa dalam sesi pembelajaran, meneroka dan belajar dengan lebih baik. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk membentuk asas yang kukuh dengan membekalkan stimulasi yang sesuai dan nutrisi yang baik, agar mereka boleh menjadi lebih kuat dan minda cerdas.”

Kajian menunjukkan bahawa DHA dan Gangliosida memainkan peranan dalam menyokong perkembangan IQ[5] dan pembentukan ingatan[6],[7]. “Segelas Anmum Essential Gold Langkah 3 mengandungi 50mg DHA. Dengan mengambil tiga gelas sehari, ia membekalkan 150 mg DHA, memenuhi saranan pengambilan harian DHA+EPA yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun oleh FAO,” jelas Pn. Mega.

Tambahan pula, kajian telah menunjukkan bahawa gabungan unik Probio DR10™~ dan Prebiotik dapat mengurangkan jangkitan saluran pernafasan sebanyak 35%[8] dan mengurangkan bilangan hari demam[9] pada kanak-kanak. Kesihatan dalaman yang lebih kukuh memberi lebih banyak peluang untuk penerokaan.

Sejak penubuhannya dalam bidang penternakan tenusu sejak tahun 1954, Fonterra kekal komited untuk kecemerlangan. Melalui penambahbaikan berterusan dalam proses, penggunaan teknologi terkini, dan komitmen yang teguh terhadap kualiti, Fonterra berbangga untuk menghasilkan pelbagai pilihan produk pemakanan berkualiti tinggi, daripada rumput hingga ke cawan.

Mulakan langkah ke arah perkembangan holistik anak anda dengan pemakanan yang baik dan rangsangan yang betul. Bimbinglah anak anda menjadi LEBIH KUAT dan LEBIH CERDAS hari ini. Formulasi susu tepung rumusan kanak-kanak Anmum Essential Gold Langkah 3 yang dipertingkatkan sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas, boleh didapati di pasaraya utama di seluruh negara dan di platform e-dagang. Ia berharga RM47.00 untuk pek 550g dan RM91.00 untuk pek 1.1kg.

© 2023 BlackButterfly DesignArts