Kanak-Kanak Memerlukan Terima Bantuan Pemakanan Daripada Yayasan Keluarga Herbalife & Yayasan Chow Kit!

Kanak-Kanak Memerlukan Terima Bantuan PemakananDaripada Yayasan Keluarga Herbalife & Yayasan Chow Kit!

Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 – Yayasan Keluarga Herbalife (Herbalife Family Foundation atau HFF), sebuah pertubuhan bukan keuntungan dan cabang amal bagi syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka Herbalife, baru-baru ini mengukuhkan komitmennya untuk membekalkan pemakanan yang sihat dan menyediakan pendidikan pemakanan kepada kanak-kanak dalam masyarakat memerlukan. Menerusi kerjasama dengan Yayasan Chow Kit (YCK) di bawah Program Casa Herbalife yang sudah memasuki tahun kelima, HFF meneruskan sokongan dengan memberikan bantuan makanan penting kepada sehingga 100 keluarga memerlukan.

Setakat ini, HFF telah menyumbang kira-kira RM780,000 kepada YCK, membekalkan keperluan pemakanan kepada lebih daripada 500 kanak-kanak sepanjang tempoh 5 tahun.

Turut hadir di majlis pengagihan bantuan makanan yang diadakan di KL Krash Pad, Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar, Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, “Hubungan jangka panjang kami bersama YCK adalah sebahagian penting daripada wawasan HFF yang lebih luas untuk meningkatkan tahap celik pemakanan dalam kalangan masyarakat memerlukan, seterusnya membina masa depan yang lebih cerah dan lebih sihat bagi mereka. Menerusi kerjasama ini, kami mendapat maklumat berharga tentang cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak, membolehkan kami menambah baik pendekatan kami dalam usaha memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan mereka.”

Kanak-Kanak Memerlukan Terima Bantuan PemakananDaripada Yayasan Keluarga Herbalife & Yayasan Chow Kit!
Kanak-Kanak Memerlukan Terima Bantuan PemakananDaripada Yayasan Keluarga Herbalife & Yayasan Chow Kit!

YCK buat masa ini menyantuni 150 kanak-kanak, dengan menyediakan tempat berlindung dan ruang selamat bagi belia Malaysia dan juga pendatang di kawasan Chow Kit. Sejak ditubuhkan pada 2010, YCK mencurah masa dan tenaga melindungi kanak-kanak daripada masalah sosial dan memberi mereka khidmat penjagaan dan pendidikan lepas sekolah yang amat diperlukan, memandangkan sebahagian besar daripada penduduk di kawasan tersebut kurang mampu dari segi sosioekonomi dan kurang mendapat kemudahan sedemikian.

Kanak-Kanak Memerlukan Terima Bantuan PemakananDaripada Yayasan Keluarga Herbalife & Yayasan Chow Kit!

Ananti Rajasingam, Ketua Pegawai Eksekutif YCK berkata, “Berkat sumbangan Yayasan Keluarga Herbalife, kanak-kanak di sini bukan sahaja berjaya meningkatkan tumpuan dan penglibatan di sekolah tetapi juga menunjukkan kemajuan akademik yang nyata. Matlamat kami ialah membina asas pemakanan kukuh sejak dari peringkat awal zaman kanak-kanak dan kami membuat demikian dengan bantuan HFF.”

HFF menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada tahun ini, menandakan mercu dalam perjalanan tiga dekad beramal dan berbakti dengan penuh dedikasi untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat. Pada 2024, HFF akan terus menghulurkan tangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Yayasan ini telah memperuntukkan jumlah sebanyak RM 820,000 menerusi Prorgam  Casa Herbalife di Malaysia, dengan geran disampaikan kepada lima pertubuhan amal, iaitu, The Good Samaritan Home, Hope Mission Welfare Society, Pertubuhan Kebajikan Amitabha Malaysia, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Rukaiyah, dan YCK, membuktikan dedikasi HFF untuk meningkatkan ilmu pemakanan sambil menyokong masyarakat yang memerlukan.

Sejak 2006, Herbalife telah menyumbang sejumlah RM 4.09 juta kepada tujuh NGO berbeza menerusi Program Casa Herbalife di Malaysia.

© 2024 BlackButterfly DesignArts