Hadiah menarik dan tawaran terhebat untuk direbut sepanjang jualan mulai 11 hingga 14 Disember 2024
Kuala Lumpur, 5 Disember 2024 – Lazada Malaysia menghidupkan kembali permainan nostalgia “1-2-Jus” dengan kelainan unik pada Disember ini bersempena dengan Jualan 12.12 Tergempak, yang berlangsung dari 11 Disember jam 8 malam hingga 14 Disember 2024. Bermula dari 4 Disember jam 8 malam hingga 9 Disember jam 8 malam, rakyat Malaysia di seluruh negara boleh menyertai 12.12 1-2-Jus Showdown yang dianjurkan oleh Lazada di mana mereka boleh bersaing dalam permainan “1-2-Jus” dalam cabaran negeri lawan negeri menentang Ratu permainan, sambil mengumpul mata untuk negeri masing-masing bagi memenangi sebahagian daripada baucar Lazada berjumlah RM120,000.
Untuk menyertai 1-2-Jus Showdown, pembeli hanya perlu membuat carian “Lazada 1212 Showdown” di Google untuk mendapatkan butiran laman web Lazada yang tersembunyi. Setelah selesainya proses pendaftaran untuk menyertai cabaran, peserta kemudian boleh memilih antara batu, kertas atau gunting untuk mencabar Ratu permainan. Setiap penyertaan akan menyumbangkan 10 mata dan jika peserta berjaya menewaskan Ratu, mereka juga akan memperoleh 20 mata tambahan untuk negeri mereka. Selain itu, peserta juga boleh menerima baucar Lazada untuk digunakan semasa Jualan 12.12 Tergempak, sementara stok masih ada.
Pergerakan Ratu akan diumumkan setiap hari pada pukul 8 malam di laman sosial Instagram Lazada, skrin paparan digital paparan luaran (DOOH) di bandar-bandar terpilih serta di laman permainan sepanjang tempoh pertandingan. Para peserta juga boleh mengikuti perkembangan terkini melalui tanda pagar #Lazada1212Showdown. Untuk mengekalkan semangat persaingan, laman permainan turut menampilkan papan pendahulu secara langsung yang memaparkan kedudukan negeri masing-masing. Negeri yang menang akan diumumkan pada 10 Disember, dan semua peserta dari negeri tersebut akan berkongsi ganjaran bernilai RM120,000 dalam bentuk baucar Lazada.
Mengakhiri Tahun dengan Keterujaan pada 12.12
Lazada menawarkan lebih daripada sekadar diskaun pada 12.12 tahun ini. Selain pelbagai promosi menarik, pembeli juga berpeluang menikmati tawaran RM12 All Out Deals yang kembali atas permintaan ramai.
Bermula 11 Disember pada jam 9 malam, 10 malam dan 11 malam, serta setiap hari dari 12 hingga 14 Disember pada jam 10 pagi, 4 petang dan 10 malam, lebih RM80,000 produk boleh direbut pada harga RM12 sahaja. Barisan produk yang tersedia termasuk kerusi urut mewah, pembersih vakum canggih, telefon pintar terkini, dan aksesori fesyen yang bergaya. Pembeli boleh mendapat tawaran terhebat daripada jenama seperti Airbot, AKEMI, ECOVACS, Getha, Gintell, HONOR, Jean Perry, NeckPro, OGAWA, Songmont, Tineco dan Ulike. Dengan stok terhad setiap hari, hanya pembeli yang terpantas berpeluang merebut tawaran ini.
Keterujaan untuk Jualan 12.12 Tergempak Lazada bermula lebih awal tahun ini dengan pelbagai diskaun dan tawaran sehingga 11 Disember, jam 8 malam. Berikut adalah beberapa tawaran menarik untuk dinantikan:
Gunakan AI Lazzie semasa 12.12 untuk Peluang Memenangi RM1,212!
Pembantu maya Lazada yang dikuasakan AI, AI Lazzie, turut menjadi tarikan utama Jualan 12.12 Tergempak Lazada dengan aktiviti interaktif yang menawarkan ganjaran dan menarik minat pembeli. Antaranya adalah Secret Code Challenge di mana pembeli berpeluang memenangi RM1,212 dalam bentuk LazCash setiap hari dengan memasukkan kod eksklusif ke dalam Message+ pada aplikasi Lazada. Kod ini boleh didapati di media sosial Lazada sepanjang kempen atau dalam pasport khas Lazada Malaysia yang dikeluarkan khas untuk 12.12.
Pembeli yang kerap menggunakan AI Lazzie untuk menghantar mesej, menyemak produk, atau membuat pesanan juga berpeluang memenangi hadiah harian.
Dengan permainan nostalgia, teknologi AI yang inovatif, dan ganjaran hebat, Jualan 12.12 Tergempak Lazada bakal memenuhi permintaan pengguna dan menyediakan pengalaman membeli-belah akhir tahun yang tiada tandingan. Tandakan kalendar anda dan bersedia untuk membeli-belah, bermain, dan menang dari 11 Disember, jam 8 malam hingga 14 Disember 2024.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Jualan 12.12 Tergempak Lazada boleh didapati di sini atau di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #LazadaMY1212Sale #LazadaMY #Lazada1212Showdown.