Jom #samasamasapot dan Derma Barangan Terpakai Anda Untuk Membantu Golongan Kurang Mampu Yang Mencari Peluang Pekerjaan

Carousell dan Yellow House KL melancarkan kempen sumber-khalayak untuk mencari sumbangan dari segi pakaian kerja dan barangan gajet untuk individu yang terjejas akibat pandemik

Kuala Lumpur, 26 April 2022 – Jika anda adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang golongan kurang berkemampuan yang telah terjejas akibat pandemik COVID-19, marilah #SamaSamaSapot dengan menderma pakaian atau barangan kerja yang terpakai bagi membantu mereka dalam usaha mencari peluang pekerjaan. Carousell Malaysia, sebahagian daripada Carousell Group, kumpulan jual beli dalam talian terkemuka di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, berganding bahu dengan organisasi masyarakat tempatan Yellow House KL, melancarkan kempen #SamaSamaSapot, suatu usaha untuk merapatkan jurang antara mereka yang kurang mampu dengan golongan yang boleh menawarkan bantuan.

“Carousell teruja dapat bergandingan dengan Yellow House KL menerusi kempen #SamaSamaSapot untuk membolehkan para pengguna Carousell memberi bantuan dari segi barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik kepada golongan rentan yang mencari peluang pekerjaan baharu. Ramai rakyat Malaysia masih bergelut untuk pulih daripada kesan pandemik ke atas mata pencarian mereka. Ini adalah masa yang sesuai untuk mereka yang terlibat melengkapkan diri sebagai persediaan bagi peluang pekerjaan yang akan datang sementara negara kita beralih ke fasa endemik,” kata Tang Siew Wai, Pengurus Negara (Malaysia), Carousell.

Yellow House KL telah mengenalpasti senarai penuh barangan kerja yang berguna untuk komuniti yang memerlukan. Ia terbahagi kepada tiga kategori utama yang terdiri daripada:

  1. 1)    barangan gajet seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, pengecas, wayar USB dan mesin pencetak
  2. 2)    pakaian kerja untuk lelaki seperti baju lengan panjang, tali pinggang, seluar panjang, kasut pejabat dan beg
  3. 3)    pakaian kerja untuk perempuan seperti baju kurung, kasut bertutup, seluar panjang, beg dan pakaian lain yang sesuai untuk bekerja.

Bermula dari sekarang hingga 20 Mei, penyumbang yang berminat boleh senaraikan barangan dalam kategori-kategori tersebut di platform Carousell disertakan tanda pagar #SamaSamaSapot sebagai tajuk senarai. Pihak Yellow House KL akan menghubungi penderma barangan yang terpilih untuk membuat temujanji bagi proses penghantaran. Penderma juga boleh memberi bantuan dari segi kewangan melalui aplikasi Carousell juga atau hubungi pihak Yellow House KL jika ingin meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan usaha ini.

Jom #samasamasapot dan Derma Barangan Terpakai Anda Untuk Membantu Golongan Kurang Mampu Yang Mencari Peluang Pekerjaan
Bagaimana hendak menyumbang

Sebagai sokongan tambahan kepada kumpulan pencari kerja, siri bengkel bersama jurulatih profesional akan diadakan bagi memberi peluang peserta belajar dengan lebih mendalam kaedah menulis CV profesional untuk permohonan kerja, memilih pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga, cara menangani situasi sukar di tempat kerja dan sebagainya.

“Di Yellow House KL, kami berhasrat menyediakan intervensi mata pencarian yang mampan untuk komuniti terpinggir kerana kami amat percaya mereka berpeluang untuk berdikari, belajar kemahiran baharu dan meningkatkan kemahiran itu bagi mencapai kedudukan sosio ekonomi yang stabil. Ini amat penting khususnya sekarang untuk membina semula kehidupan supaya mereka boleh menjadi anggota masyarakat yang produktif. Inisiatif  #SamaSamaSapot ini tidak sekadar meliputi soal penampilan yang betul dan melalui bengkel yang diadakan, kami berharap peserta juga akan menjadi lebih yakin dengan kemampuan mereka dan berasa bangga kerana dapat menyara diri sendiri serta orang tersayang,” kata Shyam Priah, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Yellow House KL.


“Sempena meraikan sedekad penubuhan Carousell sejak tahun 2012, dengan misi untuk menggalakkan setiap orang untuk menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan pertama, kerana ia memanjangkan kitaran hayat barangan melalui ekonomi pekeliling. Carousell bukan sekadar platform jual beli sahaja; ia memperkasakan situasi menang-menang untuk pengguna dalam setiap transaksi, sama ada melalui pemberian, penjualan, atau pembelian – dan kami amat teruja bahawa kempen #SamaSamaSapot ini sememangnya mampu meneruskan legasi yang memperkasakan ini,” kata Tang.

Untuk keterangan lanjut atau memberi sumbangan bagi kempen #SamaSamaSapot, klik terus ke Halaman Kempen atau Akaun Carousell Rasmi Yellow House KL.

© 2024 BlackButterfly DesignArts