Lazada menguasai Lembah Klang dengan tawaran hebat yang dipaparkan di papar iklan dan stesen LRT
Kuala Lumpur, 26 September 2024 – Pembeli-belah yang terperangkap dalam trafik di lembah Klang atau menunggu untuk kereta api mereka haruslah memerhatikan tawaran hebat dan diskaun yang menarik daripada Lazada, bermula pada 26-29 September 2024, apabila platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara melancarkan rompakan di seluruh bandar.
Sebagai sebahagian daripada kempen “Always the Better Price”, Lazada menjemput para pembeli untuk “steal the deal” dengan menyertai pencarian mendebarkan di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor untuk mendapatkan kod eklsusif yang tersembunyi di lebih daripada 15 lokasi papan iklan yang strategik, ini termasuk lokasi-lokasi yang ikonik seperti Lot 10 Giant Cube, CuBig KLCC, Lebuhraya Perseketuan dan stesen kereta api seperti di stesen KL Sentral dan Masjid Jamek.
Dengan harga yang menakjubkan bagi peralatan elektronik, penjagaan kulit yang mewah dan barang keperluan harian, pembeli akan dapat merebut tawaran daripada jenama terkemuka seperti Dreame, Nivea, Samsung, SKII dan banyak lagi. Beberapa tawaran ini menawarkan penjimatan sehingga ratusan ringgit untuk produk seperti telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip 6 atau vakum robot Dreame X40 Ultra. Dijamin dengan harga terendah, produk-produk ini menjanjikan pengguna bahawa Lazada sentiasa mempunyai harga yang lebih baik, walaupun dibandingkan secara langsung dengan pesaing dan platform lain. Oleh itu, para pembeli perlu pantas kerana stok adalah terhad dan tawaran tersedia berdasarkan pelanggan terawal.
Untuk “Steal the Deal”, pembeli hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut untuk mengambil tempat dalam misi pencarian:
- Google ‘#LazadaLegitMantul Heist’untuk menemukan laman web yang mempunyai senarai lokasi papan iklan yang mempaparkan kod tersembunyi.
- Lawati papan iklan tersebut untuk mendapatkan kod istimewa.
- Masukkan kod ke dalam laman mikro yang sama untuk mengumpul baucar anda.
- Tebus baucar anda di Lazada dan lakukan pembelian atas talian untuk menikmati harga yang lumayan.
Pembeli di luar Lembah Klang, serta mereka yang tidak dapat sertai pencarian juga tidak ketinggalan. Pada 29-30 September, pembeli dapat menyertai Lazada’s “#LazStealTheDeal Share & Win Giveaway” di media sosial dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM2,590.
Jaminan Harga Terendah adalah pengesahan komitmen Lazada untuk memberikan harga yang terbaik, memastikan pelanggan tidak perlu berkompromi terhadap kualiti tinggi, kemudahan atau harga. Pembeli dapat mengenal pasti lencana Jaminan Harga Terendah di platform Lazada, yang memastikan mereka mendapat tawaran yang terbaik, sekaligus menjimatkan masa daripada mencari tawaran terbaik di internet. Produk yang mempunyai Jaminan Harga Terendah juga boleh didapati di halaman LazTreat di aplikasi Lazada.
Digabungkan dengan tawaran Semua Free Shipping oleh Lazada, yang menjaminkan penghantaran percuma di seluruh platform untuk semua penjual dan jenama, pengguna dijanjikan pengalaman beli-belah yang lancar dan memuaskan yang menawarkan harga dan nilai terbaik tanpa kompromi.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Lazada atau aplikasi Lazada untuk merancang pembelian anda! Pastikan juga untuk menyemak hashtag #LazadaLegitMantul Heist di media sosial untuk kekal ikuti.