Jenama Aromaterapi Tempatan Eartheories Raih Pelbagai Anugerah pada 2023, Tetap Piawaian Baharu dalam Industri

  • Eartheories menerajui inovasi dan kemampanan dengan proses pengeluaran yang holistik serta mempromosikan ekologi “agri-sanal”.
Jenama Aromaterapi Tempatan Eartheories Raih Pelbagai Anugerah pada 2023, Tetap Piawaian Baharu dalam Industri1
Photo Caption: Geranium Citrus Body Wash , Aura Muse Reed Diffuser, Cocosoy Candle, Lemongrass Soothing Gel, White Tea Room & Linen Spray

Kuala Lumpur, 27 Februari 2024 – Jenama aromaterapi tempatan Eartheories telah meraih pelbagai anugerah atas komitmen teguhnya terhadap kepakaran artisan dalam aromaterapi. Baru-baru ini, ia telah dinobatkan sebagai ‘2023 Best Aromatherapy for Health and Wellness Products’ oleh Beauty Insider, Finalis 2023 untuk ‘Best New Skin Care Brand of the Year’ oleh Luxury Deluxe Awards, dan ‘2023 Best Pure Essential Oils’ di Natural Health Reader Awards.

Sejak tahun 2020, Eartheories telah menjalani proses yang rapi bagi memastikan setiap produk dihasilkan secara teliti dengan bahan-bahan yang berkualiti dari sumber tempatan. Dengan menampilkan aroma Malaysia yang unik dan asli seperti minyak pati grapefruit lemongrass dan kaffir lime yang terlaris, Eartheories berjaya mencuri perhatian dalam kalangan jenama antarabangsa. Malah, ia turut menyumbang kembali kepada komuniti petani tempatan.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Eartheories, Fadz Subari, Eartheories berusaha untuk mengekalkan asal usul jenama mereka dengan menggunakan tanaman tempatan dalam setiap produk mereka. Usaha ini sinonim dengan permulaan mereka dari sebuah taman kecil peribadi milik pengasas Eartheories.

“Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber yang berkualiti dan kami ingin membudayakan ekosistem ‘agri-sanal’ (agriculture dan artisanal). Ekosistem ini akan memastikan setiap produk artisanal Eartheories hasil petani tempatan menyumbang semula kepada industri dan komuniti pertanian lokal secara positif dan mampan.”

Jenama Aromaterapi Tempatan Eartheories Raih Pelbagai Anugerah pada 2023, Tetap Piawaian Baharu dalam Industri
Photo Caption: Eartheories Wellness Kit

Kini, rakyat Malaysia semakin peka tentang produk kesihatan dan organik. Justeru, jenama-jenama perlu mengeluarkan produk aromaterapi yang bukan sahaja bermutu tinggi, malah dikawal selia dan selamat digunakan, khususnya produk yang digunakan secara langsung pada kulit. Misi Eartheories bukan hanya untuk mematuhi amalan dan peraturan standard, tetapi juga mendukung inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang terbaik.

Sebahagian besar inisiatif Eartheories bergantung pada ladang tempatan mereka yang disokong oleh kerjasama strategik dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Pertanian Malaysia. Selain itu, Pusat Penyelidikan Produk dan Ubat Semula Jadi (CENAR) Universiti Malaya turut menyumbangkan kemudahan mereka bagi menyokong pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Eartheories untuk merumus dan menginovasi produk mereka.

Melangkah ke hadapan, Eartheories beraspirasi melebarkan kejayaannya dengan menerapkan sumber semula jadi dari Malaysia yang terbaik dan berkualiti ke dalam rangkaian aromaterapi artisannya. Komitmen ini akan diperkukuh lagi dengan kerjasama jenama-jenama global bagi mencipta produk buatan Malaysia yang bertaraf dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Eartheories https://www.eartheories.com/ atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.

© 2024 BlackButterfly DesignArts