Jelajah Saya Digital @ Kota Bharu Diteruskan Bagi Perkasa Rakyat Menerusi Revolusi Digital

Jelajah Saya Digital @ Kota Bharu Diteruskan Bagi Perkasa Rakyat Menerusi Revolusi Digital

Kota Bharu, 25 Mei 2024 – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah seliaan Kementerian Digital (KD), menganjurkan siri program Jelajah Saya Digital (JSD) iaitu siri ke-enam bagi tahun 2024, bertempat di pusat beli belah AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan.
JSD dibawa menerusi Kempen Saya Digital yang telah diperkenalkan pada akhir tahun 2020 bertujuan untuk membantu memperkasakan kemahiran digital rakyat Malaysia yang sedang mendepani cabaran dalam sektor ekonomi digital. Inisiatif ini juga adalah satu usaha mendayaupayakan rakyat untuk menangani kos sara hidup.

Sejak dilaksanakan sehingga Mei 2024, program JSD telah menjelajah ke 60 lokasi dan berjaya melatih seramai 22,887 orang peserta dari seluruh negara. Bagi tahun ini pula, MDEC mensasarkan seramai 40,000 peserta untuk menyertai program JSD di 31 lokasi.

JSD yang pernah menjelajah ke beberapa lokasi lain antaranya Gua Musang, Jeli dan Ketereh di mana seramai 1,835 orang telah berdaftar di Kelantan. Tahun ini, JSD kembali ke Kelantan di Kota Bahru bagi terus mewujudkan kesedaran rakyat tempatan tentang kepentingan teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar.

Menariknya, JSD @ Kota Bharu diadakan dengan konsep karnival dengan membawa aktiviti interaktif antaranya sesi perkongsian oleh MDEC dan rakan-rakan strategik, klinik literasi digital dan siber, sesi penerangan tentang keselamatan dalam talian, sesi latihan keusahawanan, serta sesi Sembang Santai bersama pemimpin tempatan dan usahawan berjaya. Selain itu, terdapat juga gerai pameran dan aktiviti yang dinantikan seperti cabutan bertuah, permainan eSukan – Realiti Maya (VR Games) dan demonstrasi TikTok Live.

Jelajah Saya Digital @ Kota Bharu Diteruskan Bagi Perkasa Rakyat Menerusi Revolusi Digital

Acara JSD @ Kota Bahru telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hilmi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar (ADUN Guchil) dan turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Digital serta YBrs. Ir. Wan Murdani Wan Mohamad, Ketua Pemacu Industri Digital MDEC.

Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir termasuklah Ybrs. Tuan Mohamad Nazwan Bin Ismail, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan dan Ybrs. Tuan Mohd Roslan Bin Mohd Zain, Pengurus Besar Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd.

MDEC juga tidak mahu rakyat ketinggalan dalam platform digital yang semakin menjadi trend termasuk kecerdasana buatan (AI) di mana kita turut menyediakan perkongsian berkenaan dengan cara penggunaan platform pembelajaran kendiri seperti ChatGPT. Ini juga selari dengan inisiatif baru diperkenalkan oleh kerajaan iaitu, AI Untuk Rakyat bagi memberikan fahaman asas mengenai AI agar rakyat lebih memahami teknologi yang boleh membawa manfaat dalam kehidupan seharian”, memetik ucapan YB Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi MDE, yang disampaikan oleh YBrs. Ir. Wan Murdani Wan Mohamad, Ketua Pemacu Industri Digital MDEC.

Jelajah Saya Digital @ Kota Bharu Diteruskan Bagi Perkasa Rakyat Menerusi Revolusi Digital

JSD adalah sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu, Saya Digital Literasi, Saya Digital Bisnes, Saya Digital Freelance, dan Saya Digital Kerjaya dengan memperkenalkan modul pembelajaran yang boleh dimanfaatkan golongan sasar iaitu B40, graduan menganggur, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), pelajar sekolah, serta universiti termasuk usahawan mikro, kecil, dan sederhana serta memberi peluang sama rata kepada rakyat di kawasan bandar tanpa meninggalkan penduduk di luar bandar.

Dalam setiap sisi JSD, MDEC turut membawa demonstrasi praktikal bagi mewujudkan kesedaran ramai tentang pentingnya menjana pendapatan, berbelanja secara bijak, dan mengelak dari menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Contohnya, melalui program eUsahawan – satu program yang melibatkan latihan pembelajaran luaran dan dalam talian untuk melatih individu, pelajar dan usahawan mikro dalam keusahawanan digital menjana pendapatan, mempromosikan produk dan meningkatkan jualan. Setiap modul peningkatan kemahiran ini dikendalikan oleh jurulatih eUsahawan yang bertauliah secara.

Jelajah Saya Digital @ Kota Bharu Diteruskan Bagi Perkasa Rakyat Menerusi Revolusi Digital

Peserta terpilih berpeluang untuk mengikuti program bimbingan bersama jurulatih dalam tempoh tiga (3) bulan. Dari tahun 2015 sehingga hari ini, Program eUsahawan, MDEC telah berjaya melatih 563,543 rakyat dan menjana pendapatan keseluruhan sebanyak RM1.24 bilion. Daripada jumlah itu, seramai 29,966 usahawan di Kelantan dengan menjana jualan terkumpul melebihi RM58 juta.

Program JSD merupakan platform terbaik untuk memperkukuhkan kemahiran digital di kalangan rakyat, termasuk usahawan, dengan mengambil peluang yang ada supaya Rakyat dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi digital negara.

Rakan-rakan strategik MDEC yang menjayakan JSD iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TM-Unifi Business, GimMedia dan NIMS Choco Jar turut mengadakan sesi perkongsian dalam acara ini.
Untuk maklumat lanjut dan menyertai siri Jelajah Saya Digital, sila layari https://mdec.my/sayadigital .

© 2024 BlackButterfly DesignArts