Jangan biar COVID-19 membatasi anda: Asah kreativiti anda sempena Hari Artis Sedunia

Kreativiti kita kadang kala akan pasang dan surut, dan ia merupakan perkara yang biasa, biarpun di tempat kerja atau dalam kehidupan peribadi kita. Namun tahukah anda bahawa seperti tahap kecergasan yang boleh kita perbaiki menerusi senaman, anda juga boleh mengasah kreativiti?

Sempena Hari Artis Sedunia yang bakal menjelang pada 25 Oktober ini, berikut merupakan tiga kaedah yang anda boleh gunakan untuk mengasah kemahiran kreativiti anda:

Pertama sekali, pastikan persekitaran anda kemas agar minda anda juga jelas dan tidak celaru. Langkah ini penting jika anda ingin memperbaiki kreativiti anda. Anda boleh mulakan dengan langkah yang kecil dan memanfaatkan alatan seperti Post-it® Flags untuk melabel dan mengatur barangan anda. Setelah ruang sekeliling anda dikemaskan, minda anda juga akan berasa sedemikian.

Asah kreativiti anda sempena Hari Artis Sedunia

Seterusnya, cungkil idea anda! Malah dengan hanya membuat contengan sahaja, anda boleh mengaktifkan bahagian kreatif pada otak anda dan berupaya untuk mengasah memori serta ingatan, yang penting untuk membentuk idea.

Anda bergelut untuk menjana idea dengan efektif? Cuba hadkan sesi idea anda untuk suatu tempoh. Kekangan lazimnya akan memaksa kita untuk memperoleh dan menyatukan pelbagai maklumat untuk menjana idea baharu dan kreatif, lantas meningkatkan produktiviti setiap sesi.

Luangkan 10 minit untuk menulis sebanyak mungkin pendekatan yang anda boleh ambil bagi sesuatu projek. Jika anda berjaya menemukan idea yang anda suka, luangkan 10 minit lagi untuk membangunkannya, dan terus ulangi langkah ini sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Jika anda mendapati kreativiti anda semakin merosot ketika pandemik, anda tidak keseorangan. Sebuah kajian global yang melibatkan lebih daripada 145,000 orang pekerja telah menunjukkan bahawa 29% daripada mereka tidak mampu berkolaborasi secara efektif bagi tugasan yang berkaitan dengan kreativiti ketika bekerja dari rumah. 

Alatan yang memudahkan proses sumbangan idea boleh membantu menangani cabaran tersebut. Sebagai contoh, aplikasi Post-it® yang disediakan secara percuma membolehkan anda merekod dan berkongsi nota kepada kumpulan anda dengan lancar dan segera. Menerusi fungsi Brainstorm Session dalam aplikasi berkenaan, anda boleh menyumbang idea, merekodkan nota dan mengaturnya di ruang virtual yang dikongsi bersama pengguna lain dalam masa nyata. Idea-idea ini kemudiannya boleh dieksport dalam pelbagai bentuk format untuk disaring dan diperhalusi.

Selain bagi tujuan kerja dan pembelajaran, kita juga perlu membebaskan sifat kreativiti kita yang melangkaui skop tersebut. Kreativiti bukan sahaja boleh diluahkan ketika menghasilkan sesuatu karya yang penting.

Sebagai contoh, anda boleh mulakan dengan penanda buku origami musang yang ringkas ini:

  • Ambil sehelai Post-it® Note.
  • Dengan menghalakan sisi berpelekat ke arah anda, buat lipatan dari sisi tidak berpelekat 1/3 ke bawah.
  • Kemudian, lipat separuh.
  • Buka lipatan tersebut.
  • Dengan menggunakan garisan lipatan sebagai panduan, lipat secara menyerong berdasarkan garisan vertikal tengah pada sebelah kanan.
  • Ulang langkah tadi bagi sebelah kiri.
  • Terbalikkan Post-it® Note itu dan lipat bahagian kanan ke garisan vertikal tengah untuk membuat pusat.
  • Lipat bahagian kiri ke arah garisan vertikal tengah untuk membuat pusat pada sisi berlawanan.
  • Terbalikkannya.
  1. Lakar wajah musang tersebut.
  1. Siap! 😊

Nak lagi? Hiasi bilik anda dengan Post-it® Note, atau hadiahkan insan kesayangan anda dengan jambak bunga anda sendiri.

Nak lebih lagi? Terdapat pelbagai idea yang anda boleh cuba menerusi laman sesawang jenama Post-it®. Hanya dengan Post-it® Note, anda boleh meneroka kreativiti anda tanpa batas. Sempena Hari Artis Sedunia, cungkil bakat kesenian anda dan biar kreativiti anda mekar!

© 2023 BlackButterfly DesignArts