Jalinkan Hubungan Bermakna: Pepsi memperkenalkan Inisiatif Offline bagi Menggalakkan Ikatan Keluarga Berkualiti

Pepsi mengajak rakyat Malaysia untuk offline semasa mengeratkan semula hubungan dengan orang tersayang sambil memberi sokongan kepada komuniti yang memerlukan pada musim Raya ini

KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2023 – Pepsi meneruskan komitmennya  dalam usaha  menjalinkan ikatan yang lebih bermakna sambil menjamu selera dengan melancarkan kempen ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’ menjelang Hari Raya Aidilfitri. Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk offline dan memberi tumpuan kepada detik-detik bersemuka dengan keluarga semasa musim perayaan bermula dari sekarang hingga 7 Mei

Purata masa penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sekitar lapan jam enam minit sehari setakat suku ketiga tahun 2022.1 Hal ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sentiasa mengambil tahu perihal berita dan trend terkini secara dalam talian setiap masa. Namun begitu, adakah kita benar-benar mengambil tahu dan berhubung dengan ahli keluarga yang merupakan insan paling penting dalam hidup kita? Musim perayaan Aidilfitri adalah waktu untuk mengeratkan semula hubungan dengan insan tersayang lazimnya sambil menikmati pelbagai juadah yang membuka selera bersama-sama. Walau bagaimanapun, kewujudan telefon pintar dan teknologi telah menjadi penghalang untuk kita meluangkan masa menjalinkan hubungan erat dengan insan tersayang semasa detik-detik tersebut berlaku. Filem Raya Pepsi mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kita bahawa masa yang diluangkan bersama keluarga dalam usaha memupuk hubungan erat dan bermakna adalah sangat berharga. Ini secara tidak langsung mengingatkan kita untuk memberi tumpuan terhadap jalinan hubungan dalam kehidupan sebenar dan bukannya di alam maya semata-mata. 

“Pepsi memahami nilai berkongsi detik bermakna bersama insan tersayang terutamanya ketika menjamu selera. Itulah sebabnya kami melancarkan inisiatif ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’ yang bertujuan memupuk masa berkualiti dan jalinan hubungan erat dalam dunia yang semakin didominasi oleh gangguan digital. Ikatan kekeluargaan adalah suatu ikatan yang penting. Oleh itu, kami menjemput anda menyertai kami untuk benar-benar meluangkan masa bersama insan yang paling kita sayangi demi mencipta kenangan abadi semasa menjamu selera bersama-sama,” kata Pengarah Pemasaran PepsiCo, Mikey Rosales. 

Pepsi memperkenalkan Inisiatif Offline bagi Menggalakkan Ikatan Keluarga Berkualiti

Sertailah inisiatif offline  bersama Pepsi bermula dari sekarang hingga 7 Mei 2023 demi memupuk hubungan erat dan bermakna bersama keluarga sambil membuat kebaikan. Pepsi dengan kerjasama rakan NGO iaitu Kechara Soup Kitchen Society dan The Lost Food Project akan menyumbangkan satu pek makanan 2 bagi setiap jam yang anda luangkan offline. Setiap pek makanan terdiri daripada juadah berkhasiat dan boleh membantu menyediakan makanan  sekurang-kurangnya untuk satu minggu atau sehingga enam minggu buat mereka yang memerlukan.

“Kita tahu bahawa Hari Raya Aidilfitri ialah masa yang sangat berharga bagi ahli keluarga untuk beramah mesra, meraikan perayaan ini dan menunjukkan ihsan buat mereka yang memerlukan. Kami berbangga dapat menggabungkan tradisi murni ini melalui kempen ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’. Kami menjemput anda untuk turut offline  bersama kami bagi menghidupkan semula kemesraan apabila bertemu ahli keluarga sambil menghulurkan tangan kepada komuniti.  Apabila anda meluangkan masa tanpa internet, kami akan mendermakan pek makanan, anda juga dapat peluang untuk memenangi hadiah hebat! Mari kita hayati semangat Aidilfitri ini bersama-sama”, kata Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee.

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu: 

  1. Imbas kod QR atau pergi ke laman web: https://bit.ly/pepsioffline
  2. Klik ‘Sertai Sekarang’ ketika anda mahu pergi offline  dan mengetepikan  telefon anda tanpa mengalihkannya  sehingga 2 jam maksimum pada setiap sesi .
  3. Kumpul sebanyak mungkin waktu offline dan dapatkan peluang yang lebih tinggi  untuk memenangi percutian ke Jepun, baucar Grabfood & banyak lagi! Tertakluk kepada terma & syarat. 

Adakah anda sudah bersedia meluangkan masa demi membina hubungan erat dan bermakna pada Hari Raya Aidilfitri kali ini? Imbas kod QR untuk sertai sekarang! Maklumat lanjut dan berita terkini boleh didapati dengan layari laman Facebook Pepsi (https://www.facebook.com/PepsiMalaysia) dan Instagram (@pepsimy)

1”Average time spent using online media in Malaysia in 3rd quarter 2022, by activity”, Statista Research Department, Feb 27, 2023

2Sehingga 2,270 pek makanan akan diagihkan yang boleh membantu menyediakan makanan sekurang-kurangnya untuk satu atau sehingga enam minggu.

© 2023 BlackButterfly DesignArts