Alasan yang biasa diberikan oleh semua apabila menyentuh mengenai kekurangan senaman dalam kehidupan dan bagaimana untuk kita mengatasinya.
Kita semua tahu rutinnya. Bersenam secara berkala adalah satu keperluan untuk gaya hidup yang lebih sihat. Sama ada berlari, berenang, mencari ketenangan di atas tikar yoga, ataupun bersukan, aktiviti fizikal bukan sahaja sesuatu yang anda lakukan untuk keseronokan; ia juga mempunyai impak yang besar terhadap kesihatan kerana ia mampu untuk mengurangkan risiko penyakit, meningkatkan kesihatan otak sekali gus meningkatkan fokus yang lebih baik dan merangsang perasaan positif untuk memberikan anda semangat yang berterusan sepanjang hari.
Namun, ramai dalam kalangan masyarakat tidak mencapai matlamat senaman yang disyorkan. Satu kajian pada tahun 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa hanya 53.9% rakyat Malaysia yang menjaga kesihatan dengan sekurang-kurangnya satu aktiviti fizikal. Dengan statistik yang membimbangkan ini, pakar menyatakan bahawa tahap aktiviti ini tidak mencukupi untuk benar-benar mendapat manfaat penuh daripada senaman. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan sekurang-kurangnya 150 hingga 300 minit aktiviti fizikal aerobik dengan intensiti sederhana atau 75 hingga 150 minit aktiviti fizikal aerobik dengan intensiti tinggi seminggu. Itu hanya 30 minit sehari selama lima hari seminggu.
Persoalannya, mengapa ramai yang masih tidak aktif? Adakah kerana kita terlalu sibuk mencari alasan untuk tidak bersenam lebih kerap? Berapa kerap anda mendengar atau katakan, “Saya terlalu penat,” “Saya tidak mempunyai masa” atau “Saya terlalu sibuk dengan kerja”? Kini, sudah tiba masanya untuk anda menukar naratif tersebut! Jika kesihatan anda lebih penting, memberikan alasan sahaja tidak memadai. Untuk benar-benar mendapat manfaat kesihatan daripada senaman, anda perlu mengikat kasut sukan itu dan mula bergerak!
Untuk membantu anda mengatasi ‘alasan’ yang sering diberikan, berikut merupakan cara-cara yang boleh anda lakukan:
Ini adalah alasan yang paling lapuk dan sudah tiba masanya untuk kita menghentikannya! Tetapi, apakah penyelesaiannya? Jangan cuba mencari masa, tetapi anda perlu mengkhususkan masa! Rancang senaman anda terlebih dahulu. Lihat jadual anda dan cari masa lapang. Mungkin anda boleh merancang senaman anda atau cuba menyusun semula jadual anda dengan membahagikan tugasan anda sepanjang hari atau minggu untuk mendapatkan lebih banyak masa lapang.
Bukan itu sahaja, pertimbangkan juga senaman pendek dan intensiti tinggi yang sesuai dengan hari sibuk anda. Ini tidak mengambil masa lama tetapi memberikan hasil yang hebat jika dikombinasikan dengan pemakanan yang sihat.
Tidak dapat merasai tangan dan kaki selepas bersenam? Ya, kita semua pernah mengalaminya. Namun, itu bukan alasan untuk langsung tidak bersenam. Malah, senaman
pemulihan aktif ringan seperti berjalan atau berenang boleh membantu mengurangkan kesakitan otot. Anda juga boleh menukar rejim senaman anda untuk bekerja pada kumpulan otot yang berbeza yang tidak sakit daripada senaman sebelumnya.
Selalu ada sahaja alasan tetapi tanyakan pada diri anda pula, bagaimana perasaan anda selepas bersenam? Bertenaga, segar, bersedia untuk menangani apa saja? Itulah yang penting sebenarnya. Kunci untuk menjadi aktif secara konsisten adalah dengan membina tabiat. Pantau senaman anda, lihat perubahan diri sendiri merupakan cara terbaik dan satu pencapaian yang perlu dibanggakan. Malah, ia akan menjadi salah satu dorongan besar untuk bersenam lebih banyak. Bukan itu sahaja, pastikan anda memilih aktiviti senaman yang boleh membuatkan anda menikmatinya. Jika anda tidak suka berlari, cuba berbasikal. Jika anda benci idea bersenam di gim, daftar untuk sesi dalam talian yang boleh anda lakukan di rumah. Tiada lagi alasan!
– “Saya tidak mempunyai tenaga untuk bersenam lebih daripada sekali seminggu”
Tahukah anda, jika anda semakin aktif, semakin banyak tenaga yang anda miliki? Jika anda merasa lelah selepas bersenam, sudah tiba masanya untuk memeriksa semula tabiat tidur, jelas Cynthia Jetan selaku Pakar Pemakanan Bertauliah di LAC Malaysia.
“Kekurangan tidur atau kualiti tidur yang buruk boleh memberi kesan ketara terhadap tahap tenaga dan motivasi. Tidur pada dasarnya membantu dalam pemulihan. Secara semulajadinya, semakin baik anda tidur, semakin banyak tenaga yang anda miliki pada hari berikutnya.
“Diet yang kurang dengan nutrien penting, kebiasaannya kerana terlalu banyak pengambilan makanan berproses atau fast-food boleh menyebabkan keletihan dan tenaga berkurangan. Walaupun kalori memberi tenaga, vitamin dan mineral diperlukan untuk memprosesnya dengan berkesan,” jelas Cynthia.
Beliau mencadangkan diet seimbang dan kaya nutrien dengan karbohidrat kompleks, protein tanpa lemak, dan lemak sihat untuk memberikan sumber tenaga yang stabil dan mengekalkan daya tahan, protein dan antioksidan bagi mempercepatkan lagi pemulihan, serta kalsium dan magnesium untuk membantu mengurangkan kekejangan.
Yang paling penting, jangan lupa untuk pastikan diri anda mempunyai hidrasi yang mencukupi juga! Minum banyak air sebelum, semasa, dan selepas bersenam untuk mengelakkan dehidrasi dan meningkatkan prestasi. “Anda juga boleh mempertimbangkan minuman elektrolit untuk menghidrasi semula badan dengan cepat,” kata Cynthia.
Suplemen boleh menjadi sumber tenaga penting yang boleh dipercayai – sebagai contoh multivitamin. “Multivitamin menyediakan gabungan menyeluruh vitamin dan mineral penting yang mungkin kurang dalam diet kita untuk memastikan badan kita mempunyai nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran tenaga optimum. Sementara itu, B kompleks dan beberapa mineral memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga, menukar makanan menjadi bahan api dengan lebih cekap untuk meningkatkan tahap tenaga untuk aktiviti harian. Anda juga perlu mempertimbangkan antioksidan kerana ini menyokong pemulihan serta pemulihan otot, membantu mengurangkan keletihan selepas bersenam dan menggalakkan lagi pemulihan lebih cepat di antara latihan,” ujar Cynthia.
Untuk mengoptimalkan manfaat multivitamin, pastikan anda memilih daripada jenama yang boleh dipercayai dan formula menyeluruh yang mengandungi bukan sahaja vitamin tetapi juga mineral penting dan herba untuk mengekalkan kesejahteraan anda.
Sebagai jenama yang bertauliah dalam bidang kesihatan dan kecergasan, LAC menawarkan pelbagai multivitamin iaitu Mega Multis yang dirancang secara teliti untuk memenuhi keperluan di atas. Formula pelbagai ini menyokong kesihatan semasa anda mengurus gaya hidup yang sibuk. Dalam bentuk tablet time-released, ia akan melepaskan nutrien secara beransur-ansur untuk penyerapan lebih baik daripada bahan berkualiti. LAC Mega Multis tersedia dalam formula lelaki dan wanita – setiap formula mengandungi vitamin dan mineral yang telah dikaji secara klinikal, serta asid amino dan nutrien tumbuhan bermanfaat untuk memastikan anda mendapatkan apa yang diperlukan.
Satu tablet sehari membantu meningkatkan tenaga dan vitaliti, menyokong keperluan harian anda untuk prestasi optimum. Produk ini juga diperbuat tanpa pengawet tambahan, tiada perisa tiruan tambahan, dan tiada pewarna tiruan tambahan. Sementara itu, herba tradisional Cina telah dikenal pasti memberi anda tenaga yang anda perlukan untuk prestasi sukan yang lebih baik.
“Cordyceps dan Lingzhi telah digunakan selama berabad-abad sebagai tonik untuk kesihatan dan kesejahteraan, serta untuk meningkatkan tenaga dengan meningkatkan daya tahan, penggunaan oksigen, peningkatan pengeluaran ATP (bahan api tenaga untuk sel), dan menyokong sistem imun anda. Cordyceps terkenal dengan peningkatan prestasi atletik manakala Lingzhi mengandungi polisakarida dan triterpen yang mungkin meningkatkan tenaga dengan mengurangkan risiko penyakit dan mempromosikan keseluruhan kesihatan,” jelas Cynthia.
Activated® ZHI (Energy) oleh LAC adalah gabungan kuat yang menampilkan dua herba atas sebab-sebab ini. Lingzhi, dikenali sebagai Elixir Kehidupan – menyegarkan badan anda, membantu dalam pemulihan otot dan melawan keletihan. Sementara itu, Cordyceps meningkatkan daya tahan, kelajuan, dan prestasi, memberi bahan api kepada anda untuk latihan lebih lama dan lebih berkesan. Oleh itu, jadikanlah ZHI (Energy) sebagai tembakan tenaga yang membuat anda terus kuat sepanjang hari!
Alasan untuk tidak bersenam sememangnya perlu diubah dan carilah penyelsaian terbaik untuk menyelitkan masa bagi melakukan aktiviti fizikal dalam hari-hari anda. Jom bergerak, tiada lagi alasan!
Rencana bersenarai ini ditulis oleh Cynthia Jetan, seorang pakar pemakanan bertauliah dari LAC Malaysia.