Jaclyn Victor, De Fam, Talitha Dan Personaliti Terkenal Tempatan Ajak Rakyat Malaysia Sokong Pencegahan Flu Melalui Persembahan Dalam Talian

Kuala Lumpur, 7 September, 2020 – Kesedaran pencegahan flu mendapat rangsangan daripada artis terkenal Malaysia apabila mereka bersatu dan berganding bahu mengadakan persembahan secara dalam talian istimewa yang akan disiarkan pada hari Khamis, 10hb September pada jam 9 malam bagi menyokong Kempen Cegah Flu Norma Baharu!

 Dipelopori oleh Immunise4Life, kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk melindungi diri mereka dan menyokong pencegahan flu dengan mengambil langkah-langkah menghalang  jangkitan flu. Untuk berbuat demikan, Immunise4Life menggalakkan rakyat negara ini beramai-ramai mengunjungi laman web kempen di www.actoflove.ifl.my dan menyokong tujuannya dengan hanya klik pada butang ‘KATAKAN YA kepada pencegahan flu’.

Persembahan dalam talian ini bertujuan mengumpulkan lebih ramai rakyat Malaysia dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai flu sebagai satu penyakit serius yang boleh membawa kepada akibat yang teruk.

“Kita selalu memandang rendah kepada betapa teruknya serangan flu ini. Ramai orang menganggapnya sebagai perkara remeh tetapi individu yang mendapat jangkitan flu boleh mengalami pneumonia, kegagalan pelbagai organ dan malah meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi,” jelas Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal program Immunise4Life (IFL).

“Inilah sebabnya mengapa pencegahan flu sangat penting. Langkah-langkah pencegahan ini mesti menjadi sebahagian daripada norma baharu kita: kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, elakkan menyentuh muka, mulut dan hidung; menjauhi orang yang batuk atau bersin dan paling penting, dapatkan vaksin untuk melawan flu setiap tahun.”

Dr Zulkifli juga menggesa rakyat Malaysia untuk menyokong tujuan ini dan mengambil tindakan dengan mengunjungi laman web berkenaan. Selebriti tempatan seperti Jaclyn Victor, De Fam dan Talitha turut menunjukkan sokongan mereka terhadap tujuan tersebut dengan meminjamkan suara mereka untuk persembahan dalam talian itu.

Dikendalikan oleh pengacara dan penyanyi Tamil popular MK atau Muthu Kumara dan emcee Jeremy Teo, konsert dalam talian ini membawakan pelbagai pertunjukan menarik oleh Jaclyn Victor, kumpulan penyanyi wanita Malaysia De Fam, penyanyi-penulis lagu Talitha, sensasi pop Jeryl Lee Pei Ling, ahli silap mata terkemuka Malaysia Andrew Lee, pelawak Kavin Jay, beatboxer Sawyer Leong, dan juga penampilan istimewa oleh Douglas Lim serta persembahan tarian oleh pelakon kanak-kanak Debbie Loo.

“Apabila mendengar mengenai tujuan usaha ini yang dikhususkan buat semua rakyat Malaysia, saya rasa sangat gembira. Saya ada 2 orang anak dan sebagai ibu, saya tahu betapa pentingnya untuk mereka selamat daripada sebarang ancaman kesihatan, termasuk flu,” kata Jaclyn Victor.

Menguatkan lagi sokongan kepada pencegahan flu, supergroup De Fam turut menggesa peminat mereka supaya menjadi proaktif, dengan berkata “Memang sangat penting untuk kita kekal sihat terutama pada masa sekarang, satu (1) caranya adalah dengan mengambil suntikan pencegahan flu.”

“Pada masa kita bersama-sama melawan COVID-19, jangan kita lupa bahawa ada lagi penyakit berbahaya yang kita boleh cegah sekarang. Saya percaya bahawa mengambil langkah-langkah ke arah pencegahan flu adalah salah satu cara untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta orang yang saya sayang,” kata Talitha.

Jangan lupa menonton tayangan perdana ini pada Khamis, 10 hb September 2020 pada jam 9 malam, untuk menyaksikan persembahan penghibur-penghibur berbakat ini di laman web www.actoflove.ifl.my, di saluran www.youtube.com/immunise4Life, dan juga di laman https://www.facebook.com/Immunise4Life. Selepas tayangan perdana ini, persembahan dalam talian akan diteruskan tayangannya untuk tontonan awam di platform yang disebut di atas. Lawati www.actoflove.ifl.my untuk mengetahui lebih lanjut dan KLIK untuk mengatakan YA kepada pencegahan flu!

Kempen Cegah Flu Norma Baharu
© 2023 BlackButterfly DesignArts