Iskandar Investment Berhad Melancarkan Tech-Medini: Memangkin Sektor Ekonomi Digital Untuk JS-SEZ

Iskandar Investment Berhad Melancarkan Tech-Medini: Memangkin Sektor Ekonomi Digital Untuk JS-SEZ

Iskandar Puteri, 22 Julai 2024 – Iskandar Investment Berhad (IIB) melancarkan Tech Medini harini, satu inisiatif penting yang menandakan lonjakan ketara dalam mengukuhkan kedudukan Medini sebagai Hab Digital dan Inovasi terulung Johor. Majlis ini telah diadakan di Mall of Medini dengan kehadiran kira-kira 200 ahli ekosistem quadruple helix IIB.

Tech Medini, zon pembangunan berkelompok berkeluasan 160 ekar, disediakan untuk menjadi hab teknologi di mana pemain ekosistem berkembang maju dalam membangunkan teknologi baru muncul bersama inovator sehaluan dari pelbagai bidang seperti Kecerdasan Buatan (AI), Dron Autonomi, Robotik, Keselamatan Siber, Kejuruteraan Bio, Pengkomputeran Kuantum, Realiti Imersif, Teknologi Angkasa dan banyak lagi. Inisiatif ini sejajar dengan sasaran Iskandar Investment Berhad untuk memacu pelaburan sejumlah RM9 bilion dan menyediakan 65,000 pekerjaan di sekitar Medini, menyumbang kepada evolusi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di era Industri 4.0.

Iskandar Investment Berhad Melancarkan Tech-Medini: Memangkin Sektor Ekonomi Digital Untuk JS-SEZ
Dato’ Idzham Mohd Hashim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB

Dato’ Idzham Mohd Hashim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB berkata: “Dengan fokus strategik untuk menyokong rangka kerja Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Tech Medini menyasarkan untuk meletakkan Medini sebagai destinasi utama bagi pelabur, menawarkan persekitaran perniagaan yang cekap kos di rantau ini. Memanfaatkan teknologi baru muncul dan memupuk kerjasama kreatif, Tech Medini berusaha untuk memperkasa perniagaan dalam menerima pakai inovasi baharu serta mempercepatkan digitalisasi untuk memacu pertumbuhan mampan di rantau ini. Ini kemudiannya menyemarakkan strategi pengukuhan semula yang telah kami bina untuk Medini, menarik perniagaan berteknologi tinggi dan bakat berkemahiran yang akhirnya menyumbang kepada metropolis yang mampan dan berkembang maju.”

Nadi Inovasi dan Pertumbuhan Mampan

Membina di atas kejayaan inisiatif sedia ada seperti Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) Iskandar@Medini, Zon Dron dan Robotik (DRZ) Iskandar dan Blockchain Village@Medini (BV@M), Tech Medini berfungsi sebagai nukleus yang direka untuk memperkasa pemula dan merancakkan mereka ke arah pertumbuhan dan kejayaan. Tech Medini menawarkan rangkaian program pembangunan pertumbuhan serta perkhidmatan sokongan dengan pengumuman Medini Nexus dan Medini Soft Landing Programme.

Medini Nexus merupakan sebuah platform yang menyediakan komuniti pemula satu ruang untuk merangka, menyegera dan mengesahkan idea mereka. Ia memberikan akses kepada ruang kerja bersama tersedia, bimbingan oleh usahawan berpengalaman, program keusahawanan dan persekitaran tapak ujian. Platform ini memudahkan pemula untuk membina tapak yang kukuh untuk berjaya, memupuk kreativiti dan inovasi ke arah membentuk perniagaan yang mampan pada masa hadapan.

Memahami cabaran-cabaran yang dihadapi pemula antarabangsa, The Medini Soft Landing Programme membantu memudahkan syarikat antarabangsa untuk membuka perniagaan mereka di Medini. Ia menawarkan pakej perkhidmatan sokongan dalam membenarkan kemudahan kemasukan pasaran dengan perundingan berpandu tentang persediaan pendaftaran perniagaan, ruang pejabat, pilihan penginapan, keperluan bakat dan perkhidmatan penyetempatan.

Dato’ Idzham Mohd Hashim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB

Sambil kita terus membantu memupuk dan meningkatkan ekosistem pemula, IIB juga menyokong inisiatif Dana Impak di bawah Future Malaysia Programme. Inisiatif ini dilancarkan pada Mac 2023 dengan tujuan untuk merangsang ekosistem pemula tempatan dengan komitment RM6 bilion dana dalam masa lima tahun. Dana Impak merupakan tiang utama di bawah strategi Khazanah untuk Memajukan Malaysia, untuk pelaburan dalam enam (6) tema bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi negara, termasuk Masyarakat Digital & Hab Teknologi, Kesihatan Berkualiti & Pendidikan untuk Semua, Pekerjaan Baik & Mobiliti Sosial, Jaminan Makanan & Tenaga, Membina Ketahanan Iklim dan Persaingan di Pasaran Global. Dalam masa yang sama, IIB menjemput rakan kongsi VC yang berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem pendanaan dengan mengembangkan portfolio pelaburan mereka dan mengoptimumkan penciptaan nilai di rantau ini.

IIB mengalu-alukan lebih ramai rakan usaha sama untuk mengambil peluang gelombang inovasi seterusnya dengan menyertai ekosistem dinamik di Tech Medini dan menyumbang kepada membentuk masa depan inovasi terulung dan hab digital Johor. Untuk maklumat lanjut mengenai Tech Medini, lawati www.techmedini.com  

 

© 2024 BlackButterfly DesignArts