Isi petrol dengan satu ketik sahaja melalui aplikasi Setel

Nikmati kemudahan mengisi petrol yang lancar dan berbaloi di lebih 1,000 stesen PETRONAS seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, 5 September 2022 – Setel menaik taraf pengalaman mengisi petrol buat para pengguna kenderaan di Malaysia dengan fungsi ‘One-Tap Fuelling’; membolehkan pengguna mengaktifkan pam petrol dengan satu ketik sahaja di mana-mana stesen PETRONAS seluruh negara, lalu mengisi petrol dan meraih mata ganjaran Mesra.

Solusi yang pertama seumpamanya ini disediakan sekarang untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang berdaftar di seluruh negara, dan ketersediaannya akan diperluaskan secara berperingkat sepanjang dua bulan yang akan datang.

Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel berkongsi, “Kami sedang giat menginovasi dan membangunkan solusi-solusi yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang kian berubah, terutamanya dalam fasa endemik ini di mana warga Malaysia lebih kerap bergerak. Sejak empat tahun yang lalu, para pengguna setia kami telah menikmati pengalaman mengisi petrolyang lebih memudahkan di stesen-stesen PETRONAS. Dan kini, pengguna yang biasanya harus membuat beberapa ketikan sebelum dapat mengisi minyak, boleh berbuat demikian dengan satu ketik sahaja menerusi aplikasi Setel. Pengguna tidak perlu lagi mengeluarkan dompet atau kad untuk mengisi petroldan memperoleh mata ganjaran. Sesungguhnya, kami memahami kepentingan sumber masa bagi para pengguna.”

Isi petrol dengan satu ketik sahaja melalui aplikasi Setel

Pengguna Setel yang berminat juga boleh mendapatkan akses awal dengan memuat naik halaman “Dah Setel So Far” masing-masing dalam bentuk Instagram Story atau Tweet dengan kapsyen: “I want One-Tap Fuelling now”, di samping men-tag @setel dan sertakan tanda pagar #SetelOneTapFuelling. Mulai hari ini hingga 4 Oktober 2022, pengguna Setel juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad oleh Setel apabila mereka memuat naik video mereka yang paling kreatif di Instagram atau Twitter yang menunjukkan pengalaman mereka menggunakan fungsi ‘One-Tap Fuelling’, berserta dengan tag @setel dan tanda pagar #SetelOneTapFuelling.

Melalui fungsi tersebut, pengguna Setel dapat menetapkan kuantiti petrol yang ingin diisi – mengikut liter atau tangki penuh, di laman ‘Keutamaan’ semasa mengkonfigurasi fungsi ‘One-Tap Fuelling’. Pengguna juga boleh menetapkan kaedah pembayaran pilihan masing-masing; yang termasuk CardTerus untuk pembayaran terus atau melalui kad debit atau kredit, serta Setel Share, iaitu kemudahan yang membolehkan pengguna berkongsi Setel Wallet atau CardTerus mereka dengan dua individu lain bagi membuat bayaran sambil bersama-sama meraih mata ganjaran Mesra.

Muat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut mengenai Setel, sila layari https://www.setel.com/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts