iSend Logistics Malaysia Jalin Usahasama Dengan Ikobana Bagi Perluaskan Perniagaan Penghantaran Ke Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2021 – iSend Logistics Malaysia (“iSend”), syarikat pakar logistik dan pergudangan serta subsidiari MAA Group Berhad, kini meluaskan perkhidmatan penghantarannya menerusi perkongsian dengan Ikobana Sdn Bhd (“IKOBANA”), penyedia perkhidmatan kurier dan pengangkut barangan tempatan yang ditubuhkan pada 2006, dengan 70 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada waktu Pandemik COVID-19, dan perintah kawalan pergerakan, terdapat pelonjakkan pengunaan ambil guna digital di kalangan pengguna dan juga sektor perniagaan, yang menyaksikan peningkatan besar di dalam transaksi e-dagang. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Jun 2021, perolehan e-dagang tumbuh sebanyak 23.3% kepada RM267.6 bilion berbanding tempoh sama pada 2020 manakala dibanfingkan dengan suku pertama berakhir 31 Mac 2021, perolehan tumbuh sebanyak 5.1%.

Bagi keseluruhan tahun 2020, pertumbuhan perolehan e-dagang meningkat sebanyak 32.7% kepada RM896.4 bilion, faktor daripada PKP ketika musim pandemik COVID-19 yang bukan sahaja meningkatkan transaksi runcit dalam talian tetapi juga transaksasi di kalangan perniagaan terutama sektor perkilangan dan perkhidmatan.

“Diatas faktor-faktor tersebut, ciri utama di dalam `rantaian’ ini ialah penyedia penghantaran. Walaupun transaksi dalam talian adalah menyeronokkan – dan lazimnya, bersifat therapeutik – serta salah satu kaedah untuk `kesinambungan hidup’ semasa waktu yang sukar ini, yang menjadi faktor kebimbangan pengguna adalah sistem penghantaran; pengguna tidak mengetahui sama ada barang akan sampai selamat sampai di destinasi dalam keadaan baik atau tidak’’ ulasan Zamri Rahman, Pengurus Besar iSend Logistics.

Mengambil peluang di dalam landskap semasa, iSend, syarikat penyedia logistik dan pergudangan sepenuhnya, dan mempunyai operasi gudang di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor dan tidak lama lagi di Kuantan dan Melaka, menawarkan perkhidmatan penghantaran kurier lebih peribadi, kos efisien, pantas dan dipercayai, bukan sahaja untuk pelanggan korporat tetapi juga orang awam.

“Perkongsian strategik antara iSend dan IKOBANA akan memberikan peluang kepada kami untuk mempamerkan kedudukan kami di dalam pasaran penghantaran pertama dan penghujung di Malaysia. Bagi terus seiring dengan letusan e-dagang di Malaysia, iSend akan menumpukan kepada perkongsian, menambah pelaburan di dalam teknologi dan mengukuhkan sistem operasi. Kami telah mengenal pasti jurang di dalam permintaan pelanggan dan akan menawarkan produk dan perkhidmatan menarik dan baru yang dipertingkatkan tidak lama lagi,’’ jelas Zamri.

Mengulas lanjut kenyataan beliau, ‘’Kami merancang untuk meluaskan operasi ke seluruh Malaysia di dalam tempoh lima tahun ini dengan mengadakan sekurang-kurangnya 99 stesen satelit bagi menyokong tujuh hab di setiap wilayah. Pada masa ini, kami memiliki enam pusat pengedaran dan 60 stesen satelit di Malaysia.’’ Syarikat ini juga memiliki operasi di Filipina, negara asalnya.

Pelanggan yang menggunakan IKOBANA iShop untuk menghantar barangan kini juga boleh memilik iSend sebagai penyediaan penghantaran pantas dan boleh dipercayai disamping menikmati kadar istimewa. Pada masa yang sama, IKOBANA akan memberikan perbandingan kadar penghantaran terbaik daripada syarikat kurier dalam talian dan offline terkemuka, bagi perbandingan nilai terbaik untuk wang khususnya bagi pelanggan rantaian bekalan, yang akan juga menjimatkan masa pengguna di dalam membuat keputusan.

Presiden Ikobana, En Nurhazli Ghazali, mengulas, “Operasi pertama/penghujung iSend membolehkan perkhidmatan penghantaran satu tempat ke tempat yang lain. Outlet IKOBANA kini menawarkan pengambilan bungkusan dari rumah ke rumah dengan menggunakan aplikasi mobile kami. Dimusim pandemik ini, para pengguna lebih biasa melakukan transaksi menerusi internet dan memilih untuk tidak ke luar dari rumah’’.

© 2023 BlackButterfly DesignArts