IOI Properties Group lancar Peta Hala Tuju Lestari IOI 2030, Menjana Tenaga Sistem PV Solar Atas Bumbung Pusat Beli-belah Terbesar di Malaysia

  • IOI Properties Group telah melancarkan Peta Hala Tuju Lestari 2030, yang merangkumi 12 teras strategik
  • Sistem PV solar 4 MWp yang dipasang di atas bumbung IOI City Mall bakal mengelakkan emisi karbon sebanyak 4,059.34 tCO2 setahun
IOI Properties Group lancar Peta Hala Tuju Lestari IOI 2030, Menjana Tenaga Sistem PV Solar Atas Bumbung Pusat Beli-belah Terbesar di Malaysia

Putrajaya, 14 November 2024IOI Properties Group Berhad (“IOIPG”) telah melancarkan secara rasmi Peta Hala Tuju Lestari IOI 2030 (“ISR 2030”), rangka tindakan strategik yang disusun rapi untuk mencapai kemajuan kelestari dalam segala aspek operasi Kumpulan yang meliputi seluruh peringkat organisasi. ISR 2030 menerapkan 12 teras strategik yang memacu inisiatif IOIPG dalam usaha menangani isu-isu Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (EESG) yang penting.

Rangka tindakan ini memberi tumpuan kepada inisiatif strategik untuk menangani isu-isu perubahan iklim, biodiversiti, pengurusan sisa, kewangan lestari, pengurusan rantaian bekalan, kesejahteraan kakitangan dan juga risiko dan peluang kelestarian. Menerusi ISR 2030, IOIPG akan terus menjana pembangunan lestari, untuk memastikan penciptaan nilai jangka panjang sambil menyokong matlamat iklim global.

Sejajar dengan strategi penyahkarbonannya, IOIPG mengambil satu lagi langkah ke arah mencapai aspirasi emisi bersih sifar dengan menjana tenaga menerusi sistem PV solar terbesar bagi pusat beli-belah di IOI City Mall Putrajaya miliknya, yang juga merupakan pusat beli-belah terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Kerjasama dengan TERA VA Sdn Bhd (“TERA”) ini membabitkan pemasangan sistem fotovoltan (PV) solar 4,005 kWp (4 MWp) yang bakal menjana 19,279 GJ tenaga dan dijangka mengelakkan emisi karbon berjumlah 4,059.34 tCO2 setahun.

IOI Properties Group lancar Peta Hala Tuju Lestari IOI 2030, Menjana Tenaga Sistem PV Solar Atas Bumbung Pusat Beli-belah Terbesar di Malaysia

“Dasar Kelestarian Kumpulan kami bertujuan menggalakkan pelaksanaan inisiatif inovatif yang menghasilkan kesan positif kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial. Kami bertekad untuk mereka bentuk rumah dan bangunan komersial lestari yang mengutamakan ciri-ciri hijau dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Berpandukan Peta Hala Tuju Lestari IOI, kami berusaha mengguna pakai tenaga boleh diperbaharui dan memainkan peranan proaktif untuk menangani risiko iklim, bagi memastikan projek pembangunan dan aset kami sedia untuk menghadapi cabaran iklim pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOIPG (Pembangunan Hartanah), Teh Chin Guan.

“Kami melabur secara strategik dalam usaha menjana tenaga solar untuk hartanah di bawah portfolio kami, termasuk galeri jualan, pusat beli-belah runcit, menara pejabat dan produk kediaman bertanah. Pelaburan ini memberikan sumbangan besar kepada usaha mengurangkan emisi dan memenuhi matlamat penghasilan karbon rendah kami,” tambah Teh.

“Sistem PV solar yang baru dipasang menyokong sistem 3.5 MWp sedia ada di pusat beli-belah ini dengan mengelakkan emisi 3,358 tCO2 setahun. IOI City Mall, yang dibuka secara rasmi pada 2014, ialah gedung beli-belah runcit terbesar di Malaysia dengan ruang boleh disewa (NLA) berjumlah 2.5 juta kaki persegi. IOI City Mall ialah pusat beli-belah pertama di Malaysia untuk menjalani penilaian Markah Karbon oleh Majlis Bangunan Hijau Malaysia (MGBC), dan ditarafkan sebagai 44% ke arah mencapai matlamat bangunan karbon sifar,” ujar Ketua Pegawai Operasi IOIPG (Pelaburan Hartanah), Chris Chong. Dengan selesainya pemasangan panel solar di IOI City Mall Fasa 2 dan Kelab Golf Palm Garden, jumlah kapasiti tersedia kami akan meningkat kepada 9,048.9 kWp menjelang akhir tahun, dengan jangkaan mengelakkan emisi berjumlah 9,170.53 tCO2. IOIPG akan terus memberi tumpuan memenuhi komitmen untuk mengurangkan emisi karbon Skop 2 dan 3 dengan mengutamakan tenaga boleh diperbaharui menerusi pelaburan berterusan dalam sistem PV solar, lantas melanjutkan lagi inisiatif untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dengan matlamat mencapai emisi bersih sifar,” sambung Chris Chong.

TERA ialah salah satu daripada rakan IOIPG dalam perjalanannya untuk mencapai kelestarian, terutamanya menerusi pelaburan tenaga boleh diperbaharui (RE) dan pengurangan emisi. Pada Januari 2024, IOIPG melantik TERA untuk menempatkan, memasang dan menyenggarakan sistem PV solar bagi membekalkan tenaga boleh diperbaharui bagi memenuhi keperluan operasi harian IOI City Mall. Pemasangan panel bermula pada Januari dan siap pada Mac 2024. Di samping itu, kerja-kerja memasang sistem PV solar 250.4 kWp bagi Palm Garden Golf Club milik IOIPG juga telah selesai. Sementara itu, sistem PV solar 2,336 kWp sudah hampir siap di IOI Mall Puchong, dengan jangkaan mengelakkan emisi 2,367.40 tCO2 setahun. Secara keseluruhan, penyelesaian TERA akan membolehkan IOIPG mengelakkan emisi berjumlah 6,680.01 tCO2 setahun.

Pengarah Urusan TERA, Michael Leong berkata, “Proses penjanaan tenaga bermula selepas kelulusan tarif galakan (FiT) bagi panel PV solar berjumlah 188,674 kaki persegi di atas bumbung pusat beli belah oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Pemasangan dan penjanaan tenaga sistem PV solar untuk pusat beli-belah terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara ini merupakan satu lagi mercu jaya dalam usaha kami menyokong peralihan negara kepada tenaga hijau. Skala pemasangan panel di atas bumbung ini memerlukan pasukan kejuruteraan kami untuk menggunakan penyelesaian optimum dengan kadar hasil dan tahap kebolehpercayaan yang tinggi demi mengurangkan jumlah kos pemilikan. Kami berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan IOIPG bagi menjana tenaga di lebih banyak portfolio hartanah mereka yang menyokong cita-cita tenaga boleh diperbaharui negara.”

Di majlis pelancaran, topik Pembangunan Lestari dan Berdaya Tahan Iklim telah dibincangkan dalam kalangan panel pakar yang terkemuka dan dihormati, dan juga oleh para penggerak dan penyokong kelestarian.

Forum tersebut, yang dikendalikan oleh Ketua Kelestarian Korporat Kumpulan IOIPG, Kristine Ng, berkongsi pelbagai maklumat yang amat bermanfaat, dengan penyertaan barisan penceramah terkenal yang terdiri daripada:

  • Ar. (Dr.) Serina Hijjas, Malaysia Green Building Council (MGBC)
  • Dr Henry Chan, World Wide Fund (WWF) Malaysia
  • Michael Leong, Pengarah Urusan, TERA
  • Shanta Helena Dwarkasing, Ketua Program, UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB)
© 2024 BlackButterfly DesignArts