iNNOVATE Tech Show 2022:  Memacu Perniagaan ke arah Pendigitalan dan Kemampanan

Bertemakan “Inovasi dan Teknologi untuk Masa Depan yang Lebih Baik”, pameran perdagangan perniagaan ini juga menempatkan dua acara utama, “Global Drone Conference & Exhibition” dan “Global Future Mobility Exhibition”.

iNNOVATE Tech Show 2022 dianjurkan oleh Best Events Productions dengan sokongan rakan kerjasama – MRANTI, InvestKL, MAJECA, MASSA, SME Corp, MDEC, APARA, MyAIRA, Sunway iLabs dan Scaleup Malaysia

Kuala Lumpur, 22 September 2022 – Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR) dan pelan tindakan MyDIGITAL yang sedang dijalankan bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030. Menerusi 4IR, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan ekosistem dalam ekonomi negara yang akan diterajui oleh sains, teknologi dan inovasi. Berlatarbelakangkan usaha menyeluruh dan bersepadu dalam mentransformasikan negara melalui penggunaan teknologi 4IR, iNNOVATE Tech Show 2022 dianjurkan untuk menjadi platform bagi syarikat di Asia untuk meneroka inovasi  terbaru yang akan memacu perniagaan  ke arah pendigitalan dan kemampanan.

Hanniz Lam, Rakan Pengurusan dari Best Events Productions berkongsi, “Menyokong objektif Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu “Malaysia yang Makmur, Inklusif, Mampan”, iNNOVATE Tech Show 2022 ialah satu-satunya pameran inovasi perdagangan B2B di mana syarikat peneraju transformasi digital dan teknologi automasi dari serantau Asia Tenggara mempamerkan apa yang diperlukan dalam inovasi hari ini dan masa depan. Dengan tema ‘Inovasi dan Teknologi untuk Masa Depan yang Lebih Baik’, pengunjung akan didedahkan dengan inovasi terkini yang mampu mengubah-keadaan, produk dan perkhidmatan digital daripada industri automasi , perkhidmatan penyelesaian awan dan industri dron yang digunakan untuk pengawasan, pertanian, logistik dan keselamatan. Pameran lain termasuklah mereka dari bidang kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT) dan penyelesaian robotik yang akan memberi inspirasi dan membantu memacu perniagaan ke masa hadapan.”

Salah satu acara kemuncak di iNNOVATE Tech Show 2022 ialah berlangsungnya siri ketiga Global Drone Conference & Exhibition yang akan dihadiri oleh pakar – pakar drone serantau Asia daripada pelbagai sektor perniagaan seperti pertanian, pembinaan, telekomunikasi, tenaga, pengawasan keselamatan dan banyak lagi – kegunaan dron yang boleh diterokai, aplikasi dan pengkomersilan pasaran dron mempunyai nilai sebanyak USD 47.38 bilion pada masa hadapan[1].

Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains & Teknologi (MOSTI) ialah agensi penyelaras dan sekretariat Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) dan juga merupakan rakan kongsi utama bagi acara ini. MRANTI akan mempamerkan inovasi Teknologi Dron Malaysia di Global Drone Conference & Exhibition 2022 yang ketiga dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dunia dalam kesediaan pengawalseliaan dron, penerimaan pasaran dan ketersediaan bakat teknologi. Dzuileira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI berkata, “MDTAP30 dibangunkan sebagai agenda nasional bagi menyokong ekosistem dron di Malaysia, yang berpotensi menjana pertumbuhan RM50.71 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mampu mencipta 100,000 peluang pekerjaan menjelang 2030. Oleh itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan iNNOVATE Tech Show 2022 untuk memacu wawasan ini.” MRANTI dan rakan kongsi ekosistem Teknologi Drone akan menganjurkan sesi berkaitan peraturan, kemaskini pekembangan teknologi, pameran kerjaya dan bengkel sebagai langkah permulaan untuk mencapai MDTAP30.

Syarikat dron seperti Meraque, Malvus Sense, VStream Revolution, Aonic, Avion Drone, AirAsia Drones, Aeronerve, dan Looka akan mempamerkan teknologi dan penyelesaian dron mereka; dan pengurusan trafik sistem pesawat tanpa pemandu (UTM) di Zon Dron. Selain Zon Dron, Dewan iNNOVATION mempamerkan syarikat-syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi dan pendigitalan untuk perniagaan beroperasi pada kecekapan dan kos optimum. Syarikat yang terlibat dalam pameran tersebut termasuklah ZOHO Corporation, Ygl World, Access Corporate Ventures, Laloka Labs, EV Guru, Akar Indah Engineering Sdn Bhd, Blue Snow Consulting and Engineering Sdn. Bhd. dan Kommu Sdn Bhd.

iNNOVATE Tech Show 2022 ini dianjurkan dan dirangka oleh Best Events Productions dan telah mendapat sokongan daripada MRANTI, InvestKL, MAJECA, MASSA, SME Corp, MDEC, APARA, MyAIRA, Sunway iLabs dan Scaleup Malaysia dan penaja termasuk Open University Malaysia, Meraque dan Malvus Sense. Lebih 2,000 hadirin daripada pelbagai sekotor industri, sektor kerajaan dan ahli akademik daripada pengurusan kanan hingga tertinggi dijangka akan mengunjungi pameran perdagangan ini.

Mengulas mengenai penyertaan mereka, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Muhammad Azmi Zulkifli berkata “InvestKL berazam tinggi untuk memperolehi pelaburan bernilai RM35 bilion menjelang 2030. Untuk menyokong agenda mampan Malaysia, pelaburan generasi akan datang akan dipacu oleh teknologi digital, perkhidmatan global, dan tawaran inovatif. ‘Greater Kuala Lumpur (GKL) Live Lab’ menjadikan bandar raya ini sebagai tapak uji di mana pelabur asing boleh menjalankan aktiviti inovasi sambil bekerjasama dengan pemain tempatan. Penyertaan kami di iNNOVATE Tech Show sangat berharga dan akan meningkatkan lagi Greater KL sebagai lokasi pilihan untuk syarikat global terkemuka.”

iNNOVATE Tech Show 2022 bakal menampilkan inovasi dan pameran yang menarik, salah satunya ialah Smart Mobile Studio VR Bus, koc berhawa dingin dengan 44 tempat duduk yang telah diubah menjadi studio VR mudah alih di mana peserta boleh melibatkan diri dan meneroka bagaimana Realiti Maya digunakan dalam persekitaran perniagaan yang berbeza. Acara yang akan diadakan semasa pameran perdagangan termasuk Perbincangan Meja Bulat C-Level mengenai penggunaan industri AI dan Robotik dan peluang untuk kerjasama antara-negara yang dihoskan bersama oleh InvestKL, MAJECA dan MASSA. Bual bicara di pentas utama akan merangkumi topik dari Teknologi Angkasa, Kelestarian, AI & Robotik dan Ketersambungan.

Lapangkan masa anda dan saksikan sendiri inovasi dan teknologi masa depan selama 3 hari di iNNOVATE Tech Show 2022 dari 19 hingga 21 Oktober 2022, 10.00 pagi- 6.00 petang di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), Kuala Lumpur, Malaysia! Dapatkan pas percuma anda hari ini di https://bestevents-asia.com/innovate-registration-form/ . Bagi syarikat yang berminat untuk terlibat dengan pameran, dapatkan informasi lanjut di https://bestevents-asia.com/innovate-exhibitor-registration/.


[1] https://www.globenewswire.com/news-release/2022/05/24/2448921/0/en/Commercial-Drone-Market-Worth-USD-47-38-Billion-by-2029-Increasing-Demand-for-Small-Drones-in-Commercial-Applications-to-Propel-Market-Growth-Fortune-Business-Insights.html

© 2023 BlackButterfly DesignArts