INISIATIF TAHUNAN IJM SEREMBAN 2 SEMPENA TAHUN BARU CINA MENCERAHKAN KEHIDUPAN ENAM KELUARGA TEMPATANIJM Seremban 2 menghulurkan bantuan untuk menaikkan semangat enam keluarga yang memerlukan.

INISIATIF TAHUNAN IJM SEREMBAN 2 SEMPENA TAHUN BARU CINA MENCERAHKAN KEHIDUPAN ENAM KELUARGA TEMPATAN
Ms. Yong Kuan Fong (middle) and her family received goodwill packages from IJM Seremban 2 during its annual Chinese New Year Charity Programme

Seremban, 5 Februari 2024 – Keanggunan tona merah dan emas kelihatan menerangi suasana perayaan Tahun Baru Cina dan sempena sambutan yang akan tiba, IJM Seremban 2 telah kembali dengan tradisi tahunannya untuk membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. Pemaju hartanah terkemuka itu merangkul semangat perayaan dengan menziarahi enam keluarga yang kurang bernasib baik di Seremban untuk mengurangkan beban sambil membantu mereka bersiap sedia untuk meraikan Tahun Baru Cina.

Setiap keluarga yang terpilih telah menerima sumbangan ikhlas daripada IJM Seremban 2 yang merangkumi Angpow berjumlah RM1,000 sebagai tanda kemakmuran dan keberkatan, serta pakej barangan runcit yang bernilai RM600. Pakej ini mengandungi barangan keperluan seperti beras, minyak masak, tepung, biskut, dan keperluan lain.

Encik Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad menyatakan bahawa Tahun Baru Cina adalah masa untuk kebahagiaan dan kebersamaan. Ia juga merupakan waktu yang paling sempurna untuk mengembangkan sifat dermawan. Sejak bertahun-tahun yang lalu, IJM Seremban 2 terbukti komited dalam usaha mereka untuk memberi impak yang positif kepada masyarakat Seremban.

“Sambil kita menyambut kemeriahan Tahun Naga yang akan datang, jangan kita lupa untuk mengingati mereka yang kurang bernasib baik dalam komuniti kita. IJM Land berbesar hati untuk mengekalkan tradisi tahunan kami yang bertujuan untuk membawa kegembiraan kepada golongan yang memerlukan. Kunjungan ikhlas kami untuk bertemu enam keluarga yang terpilih itu bukan sahaja untuk menyampaikan bantuan kewangan malah juga untuk mencipta kenangan yang berkekalan dan menaikkan semangat perayaan mereka.”

Dalam belenggu kesusahan, keenam-enam keluarga terpilih memperlihatkan daya ketahanan dan kekuatan yang luar biasa. Lay Lee Hwa (42 tahun) bekerja keras untuk menampung keluarga lima orang setelah suami diserang strok dan tidak dapat bekerja. Yong Kuan Fong, 47 tahun, seorang ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih bersekolah, terpaksa berhenti kerja sepenuh masa kerana diagnosis kanser payudara dan kini bekerja sambilan sebagai pelayan. Sementara itu, Lim Pau Lin, 44 tahun, seorang ibu tunggal kepada dua orang anak, telah kehilangan suaminya akibat kanser dan kini beliau berpendapatan minimum sebagai pembantu rumah.

INISIATIF TAHUNAN IJM SEREMBAN 2 SEMPENA TAHUN BARU CINA MENCERAHKAN KEHIDUPAN ENAM KELUARGA TEMPATAN
IJM Seremban 2 team visited one of its beneficiaries from the CNY Charity Programme, Ms. Wan Chiew Liean (middle) and her family and provided them with daily essentials for the upcoming festive celebration.

Wan Chew Lian, 44 tahun, seorang ibu tunggal kepada empat orang anak, kini menyara tiga orang anaknya yang masih bersekolah setelah kehilangan suaminya akibat jangkitan paru-paru. Lai Mee Chan, 56 tahun, juga merupakan salah seorang daripada enam keluarga terpilih yang bergelut untuk menyara hidup dengan menjual buah-buahan. Law Mee Chai (42 tahun) dan Chee Yun Keong (42 tahun), keluarga lima orang bergantung pada gaji dan sokongan kewangan yang minimum.

INISIATIF TAHUNAN IJM SEREMBAN 2 SEMPENA TAHUN BARU CINA MENCERAHKAN KEHIDUPAN ENAM KELUARGA TEMPATAN
IJM Seremban 2 provided Ms. Lai Mee Chan and her family with financial support and other essential items for a prosperous Chinese New Year celebration.

“Program bantuan tahunan kami sempena Tahun Baru Cina bukan sekadar tradisi; ia mencerminkan komitmen kami yang teguh untuk meningkatkan kehidupan mereka yang memerlukan. Kami yakin bahawa sebagai warga korportat adalah tanggungjawab kami untuk menghulurkan bantuan kepada ahli komuniti kami yang sedang menghadapi kesusahan. Marilah kita bersama-sama mencipta impak yang berkekalan dan menyumbang kepada peningkatan kehidupan komuniti kita,” kata Encik Chai.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif di atas, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts