Inisiatif #LokalSapotLokal: Memperkenalkan Sarung Telefon Edisi Terhad Pos Malaysia x Galado

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2023 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), pembekal perkhidmatan pos dan bungkusan nasional bersama dengan Galado, syarikat aksesori perlindungan alatan teknologi berpangkalan di Pulau Pinang, hari ini memperkenalkan koleksi sarung telefon edisi terhad Pos Malaysia x Galado.

Koleksi ini terdiri daripada tujuh reka bentuk unik termasuk ciri-ciri memperibadikan sarung telefon dengan nama anda, mengubah imej anda menjadi potret Abang Posmen oleh CYMM.Studio, ilustrasi peti surat vintaj Pos Malaysia, atau anda boleh mengubah foto kenangan orang yang tersayang menjadi setem pos Malaysia yang dicetak di atas sarung telefon.

Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi & Kelestarian Pos Malaysia, menyuarakan keterujaan beliau terhadap kerjasama ini, menyatakan, “Kami bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang. Inisiatif strategik dengan Galado ini bukan sahaja sejajar dengan matlamat kami tetapi juga mempamerkan komitmen kami untuk menyokong perniagaan tempatan.”

Clement Chau, rakan pengasas Galado menambah, “Kami berterima kasih kepada Pos Malaysia atas sokongan mereka, yang merupakan bukti kepercayaan mereka terhadap dedikasi Galado dalam meningkatkan pasaran aksesori alatan teknologi di Malaysia. Kami percaya dalam mencipta produk yang bukan sahaja berfungsi tetapi juga menghasilkan karya seni. Koleksi unik ini membolehkan kami meraikan warisan negara ini sambil menawarkan aksesori inovatif dan bergaya.”

Sebagai sebahagian daripada inisiatif #LokalSapotLokal, Pos Malaysia mempamerkan komitmen untuk memupuk hubungan komuniti dan menyokong segmen PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) tempatan. Beroperasi melalui rangkaian yang meliputi lebih daripada 11 juta alamat di seluruh Malaysia, Pos Malaysia berazam untuk memberikan rangka kerja inovatif yang menyelaraskan aliran barang dan perkhidmatan. Pos Malaysia tetap peka terhadap tuntutan dinamik pasaran, memahami kepentingan untuk berada di hadapan dalam memenuhi keperluan dan pilihan yang berubah-ubah dalam ekosistem perniagaan tempatan, sambil secara aktif menyumbang kepada inisiatif #LokalSapotLokal.

Koleksi Pos Malaysia x Galado boleh didapati di laman web rasmi Galado https://galado.com.my dan laman Shopee rasmi mereka, berharga antara RM129 hingga RM149 termasuk penghantaran percuma. Sebagai alternatif, ia juga boleh ditempah melalui WhatsApp di 012-3034640. Pesanan bagi pencetakan reka bentuk biasa akan dihantar dalam masa satu hari bekerja, manakala reka bentuk peribadi memerlukan antara 5 hingga 7 hari bekerja.

Model telefon yang tersedia dengan koleksi ini adalah iPhone siri 11 hingga 15, Samsung siri S21 hingga S23, Samsung siri Z Flip 3 hingga 5, dan Samsung siri Z Fold 3 hingga 5. Sarung telefon ini menawarkan gabungan menarik dengan ciri inovatif dan pilihan reka bentuk peribadi. Dibina dengan Teknologi ImpactPro, sarung telefon ini menyediakan perlindungan menyeluruh untuk telefon bimbit berharga anda.

Koleksi Pos Malaysia x Galado menjanjikan gabungan antara gaya dan fungsi, mencerminkan komitmen Pos Malaysia untuk menyokong perusahaan tempatan, dan pada masa yang sama, menyemarakkan pasaran aksesori alatan teknologi tempatan.

© 2023 BlackButterfly DesignArts