Inisiatif Kelestarian & CSR Hektar REIT Terima Anugerah

“Syarikat Terbaik bagi Keterlibatan Pemegang Taruh dan Komuniti” di Anugerah Kelestarian & CSR Malaysi 2022
Hektar REIT baru-baru ini terima naik taraf rating 4-bintang di Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 Hektar Real Estate Investment Trust (“Hektar REIT”) telah menerima anugerah “Syarikat Terbaik Tahunan” bagi kategori “Inisiatif Pemegang Taruh dan Keterlibatan Kelestarian Komuniti” pada Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2022 yang berlangsung hari ini di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Anugerah ini adalah selepas naik taraf rating 4 bintang bagi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”) yang diterima oleh Hektar REIT sebagai sebahagian daripada Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia  (F4GBMI) pada penilaian Jun 2022 oleh FTSE Russell.

Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2022, dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid yang diwakili oleh Ketua Setiausaha KPLB, YBhg. Datuk Ramlan Harun. Majlis itu dianjurkan oleh CSR Malaysia, satu inisiatif penerbitan dan sosial di bawah Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia, sebuah pertubuhan kebangsaan bagi kelestarian di negara ini.

Beberapa pencalonan diterima bagi pelbagai kategori, dengan penerima anugerah diadili oleh barisan juri terhormat daripada media dan Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kelestarian dan Korporat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (“Hektar Asset Management”), En. Johari Shukri bin Jamil berkata, “Kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel juri atas anugerah dan pengiktirafan kepada usaha kami ini dan kami melihatnya sebagai suatu galakan untuk terus melakukan yang lebih baik. Asset Under Management, Hektar REIT terdiri daripada lima pusat beli-belah berfokuskan kejiranan dan satu pusat beli-belah wilayah, yang memainkan peranan utama bagi memberi perkhidmatan kepada pelbagai pemegang taruh seperti pembeli, penyewa, pekerja dan komuniti di sekitar kawasan berkenaan.

Semasa pandemik, pusat beli-belah kami mematuhi sepenuhnya arahan Kerajaan bagi menyediakan persekitaran beli-belah yang selamat kepada semua dengan melaksanakan protokol keselamatan dan kebersihan yang ketat. Inisiatif CSR amat dekat di hati kami dan kami berharap untuk terus melibatkan komuniti dengan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi golongan tidak bernasib baik atau golongan yang lemah terutamanya yang terkesan oleh pandemik memandangkan kami di Hektar memahami dan percaya bahawa kami bertanggungjawab bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.”

“Rating ESG terbaru kami di F4GBMI menunjukkan bahawa Kelestarian dan CSR sudah menjadi sebahagian daripada budaya korporat kami. Rangka kerja kelestarian kami, yang dibangunkan pada 2017, terus berkembang mengikut undang-undang dan juga kepentingan sosial dan alam sekitar yang lebih luas. Kami telah banyak belajar, terutamanya ketika pandemik, untuk menjadi lebih berdaya tahan dan lestari di samping bertindak kepada betapa pentingnya mengurangkan jejak alam sekitar kami dan meningkatkan tanggungjawab kami kepada pemegang taruh.”

© 2023 BlackButterfly DesignArts