IKEA Malaysia Membuka Pintunya untuk Satu Pengalaman Bermalam Sekali Seumur Hidup

Bersedia untuk satu pengalaman sekali seumur hidup? Pada Oktober ini, IKEA Malaysia memberikan peluang ekslusif kepada beberapa orang yang bertuah untuk bermalam secara sah di gedung IKEA! IKEA Sleepover hanya terbuka untuk ahli IKEA Family, dan akan berlangsung secara serentak di gedung-gedung IKEA di Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan pada 19 Oktober 2023.

IKEA Sleepover bertujuan dijadikan wadah untuk menyemai kepentingan tidur berkualiti terhadap kehidupan yang sihat dan bahagia, melalui cara yang kreatif dan berasaskan pengalaman sebenar. Dengan membuka pintu kepada pelanggan dan membolehkan mereka mengalami penyelesaian bilik tidur IKEA secara langsung, IKEA berharap dapat memberikan mereka satu pengalaman sekali seumur hidup, selari dengan komitmennya untuk menjadikan kehidupan di rumah lebih baik untuk semua.

Menerusi acara ini, beberapa ahli IKEA Family yang bertuah bukan sahaja berpeluang tidur di bawah selimut IKEA yang selesa, tetapi juga menikmati pelbagai aktiviti, persembahan, dan bengkel yang bertemakan waktu malam. Di samping itu, setiap gedung IKEA akan menganjurkan satu acara unik untuk para peserta, sama ada beramah mesra dengan selebriti tempatan yang popular dalam rancangan temu bual, menyaksikan rakaman audio siar, persembahan seni pasir, dan sebagainya.

Bagi membuka tirai IKEA Sleepover, persembahan pembukaan akan diadakan di setiap gedung IKEA. Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai sambutan praacara yang menampilkan persembahan pemuzik tempatan, seperti Alena Murang di IKEA Damansara, The Venopian Solitude di IKEA Cheras, Babychair di IKEA Tebrau pada hari yang sama mulai jam 8:30 malam, dan Capt’n Trips and The Kid di IKEA Batu Kawan pada jam 9.30 malam. Praacara tersebut terbuka kepada orang ramai, jadi jangan lupa untuk singgah ke gedung IKEA setempat anda pada 19 Oktober ini!

Bukan ahli IKEA Family? Daftar di SINI hari ini untuk menikmati pelbagai manfaat, termasuk diskaun ahli dan banyak lagi kejutan manis.

© 2023 BlackButterfly DesignArts