Platform e-dagang yang khusus untuk Malaysia Timur tersebut akan tersedia mulai 4 Februari
Kuching, 4 Februari 2025 – IKEA Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran platform e-dagang baharu yang khusus untuk Sabah dan Sarawak, bagi membolehkan pelanggan di rantau tersebut mendapatkan produk kegemaran IKEA mereka dengan lebih mudah. Gedung dalam talian baharu itu bukan sahaja memberikan rakyat Malaysia Timur akses kepada produk paling laris IKEA dengan harga mampu milik yang sama dengan Semenanjung Malaysia, tetapi juga menawarkan penghantaran yang jauh lebih pantas.
Ini mampu direalisasikan melalui Pusat Pemenuhan (Central Fulfillment Centre) baharu di Kuching, yang dapat mengurangkan masa penghantaran dengan menyokong pembungkusan, pemasangan dan penghantaran produk IKEA yang dipesan melalui kedai atas talian terbaharu ini.
Patform e-dagang baharu itu mencerminkan komitmen berterusan IKEA untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati fungsi dan keselesaan yang ditawarkan IKEA dengan lebih mudah dan pada harga mampu milik, serta mengukuhkan lagi kehadiran IKEA di Malaysia Timur.
Menurut Malcolm Pruys, Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, gedung dalam talian baharu tersebut sejajar dengan strategi ‘omni-saluran’ IKEA untuk membawa jenama itu kepada lebih ramai rakyat Malaysia melalui pelbagai titik sentuh dalam talian dan luar talian.
Beliau berkata: “Visi kami di IKEA adalah untuk mencipta kehidupan sehari-hari yang lebih baik untuk ramai orang. Pelanggan kami di Sabah dan Sarawak berperanan penting dalam menjadikan IKEA satu jenama kegemaran di Malaysia. Dalam kami berusaha mengembangkan jangkauan kami dan memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia, kami sentiasa meneroka cara baharu untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan jenama IKEA. Justeru, kami sangat teruja untuk melancarkan gedung dalam talian ini, yang menjadikan penyelesaian kelengkapan rumah kami lebih mudah diakses oleh pelanggan kami di sini, serta membolehkan mereka menikmati harga mampu milik yang sama dengan Semenanjung Malaysia.”
Tambah beliau lagi: “Kami berbangga kerana dapat ‘meratakan’ jurang harga dengan pusat pemenuhan baharu kami di Kuching. Ini adalah satu lagi langkah penting dalam pertumbuhan kami di Malaysia, dan kami teruja untuk mengalu-alukan pelanggan kami di Sabah dan Sarawak serta menaik taraf lagi pengalaman IKEA di Malaysia Timur.”
Mulai 4 Februari 2025, rakyat Malaysia Timur boleh membuat pesanan melalui laman web IKEA baharu yang khusus untuk mereka di IKEA.my/EMstore. Semua produk adalah asli, terjamin dan akan dihantar dengan selamat ke destinasi.
Jadilah ahli IKEA Family hari ini dan jadilah antara yang pertama yang mendapat berita dan kemas kini terkini dan nikmati kejutan yang menyeronokkan sepanjang tahun. Pendaftaran adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, layari family.ikea.com.my.