IJM Land Meningkatkan Kehidupan 50 Keluarga Melalui Program Subsidi Prasekolah

IJM Land dengan kerjasama persatuan prasekolah di Negeri Sembilan menyediakan bantuan kewangan kepada 50 kanak-kanak dari 16 prasekolah di Seremban

Seremban, 3 Disember 2021 – Salah satu isu utama yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2022 baru-baru ini adalah komuniti rentan yang sebahagian besarnya terjejas daripada pandemik, terutamanya kanak-kanak daripada isi rumah B40 yang pendidikan mereka mungkin terjejas disebabkan jurang digital. Oleh sebab itu, pemaju hartanah terkemuka IJM Land Berhad memulakan usaha untuk membantu keluarga yang bergelut dengan pandemik ini melalui Bantuan Pendidikan Nirsentuh Covid-19: Program Subsidi Prasekolah – membolehkan kanak-kanak dari komuniti kurang bernasib baik di Seremban untuk menerima pendidikan asas yang mereka layak.

Inisiatif utama di bawah program Pelaburan Komuniti Covid-19 IJM dan sejajar dengan tonggak utama IJM Land dalam Dasar Pelaburan Komuniti mereka untuk menyokong keperluan pendidikan individu yang layak, IJM Land amat bertegas dalam misi mereka untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan memainkan peranan aktif untuk memastikan kanak-kanak dalam komuniti rentan tidak ketinggalan dalam pendidikan mereka. Melalui Program Subsidi Prasekolah ini, kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dari latar belakang kurang bernasib baik, termasuk kanak-kanak OKU dan mereka yang merupakan anak yatim di Seremban akan mendapat peluang yang adil dalam pendidikan sama seperti rakan sebaya mereka.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land (Wilayah Tengah) berkata melalui inisiatif ini, mereka berharap dapat meningkatkan kehidupan keluarga berpendapatan rendah ini dengan memberikan bantuan kewangan selama enam bulan untuk perbelanjaan prasekolah anak-anak mereka, pada masa yang sama mereka ingin menyampaikan mesej kepada kanak-kanak ini bahawa mereka juga berhak mendapat peluang yang adil apabila melibatkan pendidikan asas mereka.

“Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang baik dan mempelajari kemahiran yang akan membantu mereka untuk berkembang maju pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, kami tahu bahawa terdapat keluarga yang hidup dalam kesusahan dan sedang berjuang untuk mengatasi cabaran hidup terutamanya pada masa kini. Oleh itu, kami di IJM Land bekerja keras untuk membantu keluarga ini dan memastikan anak mereka yang tinggal di Seremban diberi peluang untuk menerima pendidikan asas dan dilindungi sepanjang masa tanpa mengira latar belakang mereka,,” kata Dato’ Hoo.

Dengan kerjasama Persatuan Guru Tadika Swasta Negeri Sembilan dan Pertubuhan Tadika Swasta Negeri Sembilan (TUNTASN9) untuk mengenal pasti murid-murid ini, sejumlah RM45,000 bantuan kewangan termasuk pelbagai perbelanjaan seperti pelitup muka kanak-kanak akan disumbangkan kepada 50 penerima daripada 16 prasekolah di Seremban selama setahun dalam usaha terus menyebarkan kesedaran dan pengetahuan untuk kekal selamat semasa pandemik ini.

“Kami amat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Persatuan Guru Tadika Swasta Negeri Sembilan dan Pertubuhan Tadika Swasta Negeri Sembilan dalam inisiatif seperti ini. Ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti CSR kami yang dapat menyentuh ramai masyarakat, dan kami sangat tegas untuk meningkatkan kehidupan mereka sebanyak mungkin. Kami amat menghargai kerjasama persatuan prasekolah Negeri Sembilankerana tanpa bantuan mereka, kami tidak akan dapat mengenal pasti secara mendalam tentang keluarga yang memerlukan bantuan kewangan untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka dan berhubung rapat dengan komuniti kami di Seremban.

“Keadaan semasa sudah memburukkan lagi kesukaran yang dihadapi oleh banyak keluarga di seluruh negara dan memberi impak kepada kos perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka. Oleh itu, kami berharap inisiatif ini akan memberi dorongan dan galakan positif kepada mereka bahawa masih ada cahaya di hujung terowong untuk membawa mereka ke hadapan.” Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif di atas, sila layari laman http://seremban2.ijmland.com/

© 2023 BlackButterfly DesignArts