IJM LAND KEMBALI DENGAN SAMBUTAN CHAP GOH MEI, DIJANGKA GAMIT 20,000 PENGUNJUNG

Pesta Chap Goh Mei IJM Land bersedia untuk menguja pengunjung dengan persembahan istimewa daripada barisan selebriti ASTRO

IJM LAND KEMBALI DENGAN SAMBUTAN CHAP GOH MEI, DIJANGKA GAMIT 20,000 PENGUNJUNG

Seremban, 7 Februari 2024 – Menjelang sambutan Tahun Naga, pemaju hartanah terkemuka Malaysia IJM Land, bersedia untuk kembali meraikan Chap Goh Mei berikutan kejayaan perayaan tahun lepas, khas untuk komuniti Seremban. Sambutan yang sangat dinanti-nantikan ini dijadualkan pada Sabtu, 24 Februari 2024, di Seremban 2 City Park, pembangunan ikonik IJM Seremban 2.

Dengan semangat kemegahan Tahun Naga, sambutan Chap Goh Mei kali ini menjanjikan pengalaman luar biasa, mencerminkan keistimewaan naga yang merupakan lambang kekuatan dan kemakmuran. Berlatarbelakangkan suasana Seremban 2 yang indah, perayaan Chap Goh Mei tahun ini menyasar untuk meraikan kepelbagaian budaya dan memupuk keharmonian dengan mengeratkan hubungan komuniti.

Dianjurkan oleh IJM Land, PARTY Long Long WAY tahun ini akan diadakan bersama ASTRO untuk mempersembahkan malam yang luar biasa penuh dengan keceriaan. Kawasan seluas 15 ekar di Seremban 2 City Park akan dihiasi dengan 2,000 tanglung yang direka khas oleh barisan artis berbakat untuk menarik minat dan perhatian pengunjung. Selain pelbagai persembahan budaya, para pengunjung akan diberikan peluang untuk mengalami dan merakam detik-detik istimewa di zon bertema yang berbeza-beza.

IJM LAND KEMBALI DENGAN SAMBUTAN CHAP GOH MEI, DIJANGKA GAMIT 20,000 PENGUNJUNG
Mr. Elmer Leong Kar Fook, from Art Corridor Studio presenting a handmade Spring Lantern to Mr. Yeoh Oon Tat, Assistant General Manager of IJM Land Berhad

Encik Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad, menyatakan dedikasi syarikat hartanah terkemuka tersebut untuk mengadakan sambutan Chap Goh Mei demi menghidupkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Seremban.

“IJM Land Berhad berbesar hati untuk sekali lagi mendatangkan sambutan Chap Goh Mei untuk masyarakat tempatan, satu acara yang merupakan tradisi komuniti kami sejak 2014 lagi. Tahun ini merupakan tahun ke-8 kami meraikan Chap Goh Mei bersama komuniti tempatan, dengan pembatalan majlis pada tahun 2021 dan 2022 akibat pandemik. Sambutan ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan kami atas sokongan berterusan daripada komuniti yang telah mengindahkan lagi suasana Seremban 2 dengan sifat perpaduan dan kejiranan mereka,” kata Encik Chai Kian Soon.

Bermula pada jam 7:00 malam, para pengunjung akan disambut dengan persembahan pembukaan Si Chuan Mask Changing Show, diikuti persembahan Trad Jazz Dance. Para hadirin juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam teka-teki Cina tradisional sambil berjumpa Maskot Rasmi kami tahun ini, Baby Long Long. Pelbagai hadiah percuma juga menanti pengunjung. Selain itu, sebagai tanda penghargaan, 800 pengunjung terawal akan menerima hadiah istimewa untuk kehadiran mereka ke sambutan ini.

Sambutan Chap Goh Mei IJM Land akan menyediakan persembahan yang mempesonakan dengan kerjasama ASTRO dengan menampilkan barisan artis popular seperti Vivienne (host), Jie Ying Tha, Daniel Wong, Priscilla Abby, 3P dan ramai lagi untuk menghangatkan konsert ‘PARTY Long Long WAY’. Sambutan ini akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api pada jam 11:00 malam.

IJM LAND KEMBALI DENGAN SAMBUTAN CHAP GOH MEI,
DIJANGKA GAMIT 20,000 PENGUNJUNG
Sharing session by Estee, Crystal Ong, Xiao Wei Wei, Tedd Chan, Jie Ying Tha, Shao Jing Cai, Priscilla Abby and 3P on Astro’s special themed concert ‘PARTY Long Long Way’

Encik Chai turut berkata, “Kami mengutamakan komuniti dengan menerangi suasana tempatan dengan mencipta detik-detik manis untuk dinikmati bersama yang tersayang. Tradisi untuk mengadakan sambutan tahunan seperti ini membuktikan keutamaan kami yang mementingkan komuniti, dan IJM Land komited untuk meneruskan usaha ini untuk tahun-tahun yang akan datang,”

Untuk maklumat lanjut mengenai perayaan Chap Goh Mei IJM Land, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts