IJM Land Berbagi Rezeki Ramadan Dengan Komuniti Tempatan

IJM LAND kembali dengan Program Mesra Ramadan, membantu enam keluarga yang menghadapi masalah kewangan dalam kehidupan.

Seremban, 14 April 2023 – Mengambil iktibar erti sebenar belas kasihan dan empati dalam bulan yang mulia ini, IJM Seremban 2 kembali lagi dengan Program Mesra Ramadan tahunan yang berbakti kepada warga komuniti Seremban. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan pertolongan kepada keluarga-keluarga yang miskin dan yang kurang bernasib baik supaya mereka boleh melalui bulan Ramadan dengan lancar sambil merayakan sambutan Raya walaupun mereka sedang melalui kesukaran pada waktu ini.

Selama bertahun-tahun, IJM Seremban 2 mempunyai reputasi menyokong dan membantu badan-badan kebajikan dan pada tahun ini, pemaju hartanah termasyhur ini turut memperkenalkan Program Mesra Ramadan ini dengan mengenal pasti enam keluarga yang miskin dan sukar mencari sesuap nasi di Seremban. IJM Seremban 2 telah menyumbang kotak ceria yang mempunyai keperluan asas termasuk barangan runcit bernilai RM600 seperti beras, minyak masak, biskut Raya, mi dan duit Raya RM1,000.

En. Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad berkongsi bahawa sumbangan seperti ini membawa makna yang besar kepada keluarga-keluarga yang terlibat dan merupakan salah satu cara syarikat tersebut terus menyokong dan meningkatkan semangat dan kehidupan komuniti di Seremban.

“Umat Islam di seluruh dunia sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan musim perayaan tetapi kami sedar ada ramai lagi yang tidak berkesempatan berbuat demikian. Penerima Program Mesra Ramadan yang kami pilih mempunyai kesukaran untuk mencari nafkah, apatah lagi mahu fikirkan tentang Sambutan Hari Raya. Kami berharap sumbangan kecil kami ini boleh menaikkan semangat mereka serta memberi peluang kepada mereka untuk menyambut Hari Raya sama seperti orang lain,” kata En. Chai.

IJM Land Berbagi Rezeki Ramadan Dengan Komuniti Tempatan
IJM Seremban 2 paid a visit to Harith Iskandar (sixth from left) and his family to provide them with some basic necessities for the upcoming festive season.

Antara penerima bantuan Program Mesra Ramadan tahun ini termasuk penerima IJM Land Home Rehabilitation Programme (myHome) 2022, Hazizi bin Hussain yang berusaha sedaya upaya menjaga keluarganya sambil bekerja sebagai penyelenggara stor, berumur 47 tahun dan menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Isterinya pula pesakit kanser tiroid Peringkat 2 dan daripada kelima-lima anak mereka, salah satunya adalah autistik dan lagi dua mempunyai masalah pembelajaran. Seorang lagi penerima bernama Siti Marina binti Soroh adalah seorang ibu tunggal berumur 48 tahun yang mempunyai dua orang anak, bekerja sambilan dengan pendapatan yang rendah. IJM Seremban 2 juga telah membantu Maszura binti Amir Sharuddin, seorang ibu tunggal berumur 47 tahun yang menyara keempat-empat anaknya dengan purata pendapatan RM800 menjual manisan; Rosita binti Latiri yang berumur 54 tahun adalah ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang jahit dengan hasil pendapatan RM700 untuk menyara kedua-dua anaknya yang masih bersekolah; Harith Iskandar Raj bin Abdullah, berumur 49 tahun adalah pesakit jantung yang diberhentikan kerja pada tahun 2020 dan terpaksa menanggung lima ahli keluarga. Isteri Harith terpaksa menjual kuih muih atau murukku daripada pesanan yang kadang-kadang diterima untuk membantu mengurangkan beban keluarga kerana tiga daripada anak mereka masih bersekolah. Jamilah binti Bohari, ibu tunggal berumur 46 tahun dan mempunyai seorang anak yang masih sekolah kini menghidapi kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah buah pinggang sedang menjalani rawatan dialisis. Beliau juga terpaksa bergantung menggunakan takal untuk bangun setiap kali kerana didiagnosa terkena cakram gelincir. Jamilah terpaksa bergantung pada wang pencen Socso arwah suaminya sebanyak RM800 kerana tidak dapat menerima bantuan perubatan dari hospital kerajaan.

“Keluarga yang kurang nasib baik memerlukan sebarang bantuan daripada masyarakat, dan inilah matlamat kami untuk cuba membantu. Di IJM Seremban 2, kami berusaha untuk menghulurkan bantuan dalam meningkatkan kehidupan mereka sambil menenangkan jiwa dan minda mereka. Seperti biasa, kami bersyukur kerana mendapat peluang untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan kami berharap untuk dapat terus membawa perubahan positif kepada komuniti di Seremban,” ungkap En. Chai.

Program Mesra Ramadan telah dianjurkan setiap tahun sejak 2018 demi manfaat komuniti dan IJM  Seremban 2 berhasrat untuk meneruskan usaha mereka dengan membantu mereka yang memerlukan melalui pelbagai usaha amal untuk bulan-bulan yang akan datang.  

Untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif Program Mesra Ramadan IJM Land, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.

IJM Land Berbagi Rezeki Ramadan Dengan Komuniti Tempatan – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts