I-Berhad Perkukuh Kerjasama dengan Wyndham Hotels and Resorts

WynSports Dibuka di Wyndham Suites KLCC
Joon Aun OOI, Pengerusi Wyndham Hotels & Resorts Asia Pacific dan Tan Sri Lim Kim Hong Merasmikan WynSports at Wyndham Suites KLCC

Kuala Lumpur, 19 Disember 2024: I-Berhad, pemaju utama Bandar Digital No.1 Malaysia, i-City hari ini mengumumkan kerjasama strategik lebih erat dengan Wyndham Hotels and Resorts, syarikat francais hotel terbesar di dunia mengikut bilangan hartanah melalui majlis tandatangan perjanjian untuk menubuhkan Wyndham Garden di i-City, seiring dengan pembukaan SkyCity — menara setinggi 60 meter dengan gelongsor kaca sepanjang 600 meter.

Kerjasama kedua yang penting antara I-Berhad dan Wyndham Hotels & Resorts yang terkemuka di peringkat global ini, ditandatangani berikutan prestasi baik Wyndham Suites KLCC yang dilancarkan pada September 2023. Kerjasama kedua ini menggariskan komitmen Kumpulan untuk meningkatkan tawaran hospitaliti dan rekreasi Malaysia ke tahap bertaraf dunia.

Menurut Pengerusi I-Berhad Tan Sri Lim Kim Hong, 13.7% pelancong Malaysia mengutamakan menekankan ‘keseronokan dan keramahan keluarga’ sebagai aspek penting dalam keseronokan perjalanan antarabangsa mereka.

“Dengan memperkenalkan konsep inovatif yang menggabungkan tarikan seperti SkyCity dengan keanggunan hospitaliti Wyndham Garden I-Berhad kini meletakkan kumpulan tersebut di barisan hadapan ruang ‘Playcation’. Oleh itu, melalui Wyndham Garden dan SkyCity, I-Berhad mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengalaman pelancongan bersepadu, menggabungkan kemewahan, inovasi, dan pengembaraan,” tambah beliau.

Joon Aun OOI, Presiden Wyndham Hotels & Resorts Asia Pasifik, berkata, “Pengenalan Wyndham Garden di i-City bukan sekadar penambahan hotel dalam portfolio kami di Malaysia; ia melambangkan pembangunan yang mengintegrasikan konsep bandar dan rekreasi ke dalam lokasi paling ikonik di Malaysia, i-City. Berdasarkan kejayaan Wyndham Suites KLCC, pelaburan baharu ini terus mengukuhkan kerjasama kami dengan I-Berhad, sambil kami terus menyampaikan pengalaman hospitaliti bertaraf dunia kepada pasaran pelancongan Malaysia yang sedang berkembang pesat.”

Di samping itu, Kumpulan tersebut turut melancarkan WynSports di Wyndham Suites KLCC hari ini. Dengan keluasan 24,500 kaki persegi, WynSports adalah kemudahan kawasan permainan kanak-kanak yang pertama seumpamanya dalam rangkaian global Wyndham.

Tawaran kawasan permainan hotel ini merangkumi kemudahan rekreasi aktif seperti zon memanjat, ciri ciri gelongsor, dan kawasan melompat, yang memenuhi keperluan keluarga yang mencari pilihan rekreasi bandar.

Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi pelancongan Malaysia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, menawarkan pelancong tempatan dan antarabangsa pengalaman hiburan, penginapan, dan rekreasi yang tiada tandingan.

Mengenai Wyndham Hotels & Resorts
Wyndham Hotels & Resorts (NYSE: WH) adalah syarikat francais hotel terbesar di dunia mengikut bilangan hartanah, dengan kira-kira 9,200 hotel di lebih 95 negara di enam benua. Wyndham mengendalikan portfolio 25 jenama hotel melalui rangkaiannya yang terdiri daripada kira-kira 893,000 bilik yang menarik minat pelancong harian. Program kesetiaan Wyndham Rewards yang memenangi anugerah menawarkan kira-kira 112 juta ahli berdaftar peluang untuk menebus mata di beribu-ribu hotel, resort kelab percutian dan sewaan percutian di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari wyndhamhotels.com.

© 2024 BlackButterfly DesignArts