Kuala Lumpur, 18 November 2024 — Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur memperkenalkan “Hyatt and C”, sebuah inisiatif unik yang menggalakkan anda menjelajah setiap pelosok Kuala Lumpur sambil mencari pelekat eksklusif. Dilancarkan lebih awal dari tarikh pembukaan hotel yang dinanti-nantikan itu pada Januari 2025, kempen inovatif ini mengimaginasikan semula penerokaan bandar menerusi gabungan seni jalanan dan pengembaraan yang mengujakan.
Dengan kerjasama artis grafiti tempatan, Jefr, kempen ini mengajak peserta mencari 20 pelekat artistik eksklusif di lokasi-lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur, di mana setiap satunya menandakan permata kota tersembunyi yang menanti untuk ditemui. Daripada kafe yang tersorok hinggalah galeri seni yang meriah, setiap lokasi yang dipilih menampilkan karakter bandar raya itu yang berbeza. Para peserta boleh merakamkan penemuan mereka menerusi swafoto, dan memuat naiknya ke laman sesawang Hyatt and C bagi merebut peluang untuk menjadi antara yang pertama merasai keistimewaan hospitaliti hotel itu dengan hadiah penginapan percuma.
Jadikan Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur sebagai teman baik anda untuk mengenali bandar raya yang kaya dengan pelbagai kisah silam ini, di mana setiap pelosok mempunyai sejarahnya yang tersendiri untuk diceritakan, dan setiap penemuan membawa anda lebih dekat dengan denyut nadi sebenar Kuala Lumpur.
Cara untuk menyertai Hyatt and C:
Hadiah lain untuk direbuti termasuklah penginapan 2 Hari & 1 Malam Suite King, penginapan 2 Hari & 1 Malam Studio King, baucar makan, dan banyak lagi.
Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur menawarkan cara yang tidak dapat dilupakan untuk meraikan, menerokai, dan melibatkan diri dengan seni, budaya, makanan, dan masyarakat di Kuala Lumpur. Kempen pencarian pelekat Hyatt and C berlangsung sehingga 31 Disember 2024. Para pemenang akan diumumkan melalui laman Instagram hotel dan dimaklumkan melalui e-mel pada Januari 2025.