Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson Akan Terbuka Kepada Para Tetamu Yang Lengkap Divaksin Di Negeri Sembilan Dari 26 Ogos 2021
Lexis Suites Penang Terbuka Kepada Para Tetamu Yang Lengkap Divaksi Di Pulau Pinang Dari 10 Ogos 2021
Promosi Merdeka Staycation Di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Suites Penang Sehingga 30 September 2021
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2021 ̶ Lexis Hotel Group teruja untuk mengalu-alukan para tetamu yang lengkap divaksin di hotel-hotel dan resort di Port Dickson, sempena pengumuman terbaru dari Kerajaan Persekutuan, tentang kelonggaran SOP untuk rakyat Malaysia yang lengkap divaksin, untuk merentas di negeri yang sama, dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Negeri Sembilan, dari 26 Ogos 2021.
Ini berikutan pembukaan Lexis Suites Penang, kepada residen Pulau Pinang yang lengkap divaksin, bersempena dengan fasa kedua PPN di Pulau Pinang, sejak 10 Ogos 2021.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel-hotel dan resort Lexis terbuka kepada pekerja essential. Dari 26 Ogos 2021, hotel-hotel dan resort Lexis akan terbuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, yang telah lengkap divaksin yang memenuhi syarat mengikut kriteria berikut:
- Semua petugas barisan hadapan (frontliner)
- Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
- Warganegara Malaysia dan warganegara asing yang lengkap divaksin (Fasa 2)
Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
- Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan
- Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukaan sebagai pembuktian
Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.
Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang dilengkap vaksin:
- Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard
- Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan
- Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel-hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional
- Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort
- Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa
- Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta merta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan
Promosi Merdeka Staycation
Penduduk tempatan di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin, boleh menikmati percutian penginapan di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Suites Penang, dengan harga yang berpatutan dengan promosi Merdeka Staycation sehingga 30 September tahun ini.
“Keluarga dan individu-individu yang lengkap divaksin boleh meraih kegembiraan percutian bersama orang yang disayangi, sambil menikmati kolam renang peribadi mereka sendiri, di hotel-hotel dan resort kami. Tawaran terbaru kami adalah cara kami mengucapkan beribu-ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam mendapatkan vaksin”, kata Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.
Hotel | Jenis Bilik | Harga Bersih | Bilik Termasuk Dengan |
Lexis Hibiscus Port Dickson | Penginapan 2D1N Di Executive Pool Villa or Sky Pool Villa* | RM600 | 2 King BedKolam renang peirbadi dan saunaBilik mandi yang luas dengan showerInternet percumaBreakfast untuk 2Set lunch untuk 220% diskaun untuk F&B Ala Carte |
Penginapan 2D1N di Premium Pool Villa | RM700 |
*Sea View Upgrade ada pada RM88! Upgrade ini tertakluk kepada jenis bilik dan ketersediaan (availability) |
Grand Lexis Port Dickson | Penginapan 2D1N Di Sky Pool Villa atau Deluxe Suite* | RM500 | 2 King BedKolam renang peirbadi dan saunaBilik mandi yang luas dengan showerInternet percumaBreakfast untuk 2Set lunch untuk 220% diskaun untuk F&B Ala Carte Dengan breakfast dan lunch untuk 2 orang |
Penginapan 2D1N Di Executive Pool Villa* | RM 550 |
*Sea View Upgrade ada pada RM88! Upgrade ini tertakluk kepada jenis bilik dan ketersediaan (availability) |
Lexis Suites Penang | Penginapan 2D1N Di Executive Pool Suite Untuk 2 Orang | RM 428 | 2 King BedKolam renang peirbadi dan sauna di balkoniBilik mandi yang luas dengan shower dan bathtubInternet percumaBreakfast untuk 2Set lunch untuk 2Yummy in my Tummy snack plate20% diskaun untuk F&B Ala Carte |
*Sea View Upgrade untuk Premium Pool Suite ada pada hanya RM88! Upgrade ini tertakluk kepada jenis bilik dan ketersediaan (availability) |
Individu-individu yang berminat dengan promosi ini, boleh hubungi:
Promosi ini tertakluk dengan terma dan syarat. Untuk maklumat terlanjut, sila kunjungi laman web hotel-hotel dan resort berikut: