Herbalife Nutrition Malaysia Melancarkan Masker Muka Vitamin untuk Kulit yang Cantik lagi Sihat

Dirumus menggunakan campuran proprietari, termasuk 12 Vitamin, Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera), Garam Laut Jeju dan Ekstrak Beras Jeju

KUALA LUMPUR, 22 September 2020 – Syarikat nutrisi global yang ulung, Herbalife Nutrition telah melancarkan siri Masker Muka Vitamin baharunya di Malaysia.

Sebagai penambahan bahru kepada rangkaian produk nutrisi luaran Syarikat tersebut, siri  Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition meliputi helaian topeng dalam tiga varian – Pelembap, Pencerah dan Pengental – bagi memenuhi keperluan kulit yang berbeza-beza. Setiap masker muka diformulasikan dengan campuran vitamin proprietari yang unik, termasuk 12 Vitamin, Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera), Garam Laut Jeju dan Ekstrak Beras Jeju, untuk membantu pengguna memperoleh kulit yang cantik dan sihat.

Herbalife Nutrition Malaysia Melancarkan Masker Muka Vitamin

“Mutakhir ini, para pengguna mula memberi penekanan ke atas kecantikan yang tulen, beralih daripada kosmetik kepada penjagaan kulit yang asas. Di samping itu, kami juga telah menerima permintaan yang tinggi dari para pengguna kami untuk produk-produk yang dapat membantu mereka memiliki kulit yang sihat melalui nutrisi yang baik,” ujar Steven Chin, Pengurus Besar/Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia. “Dengan pelancaran Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition yang merangkapkan kepakaran kami selama 40 tahun ini, kami dapat menawarkan lebih banyak pilihan penjagaan kulit, meletakkan kuasa nutrisi yang berkualiti di dalam tangan mereka yang mahukan kulit yang cantik lagi sihat.”

Vitamin merupakan unsur semula jadi kulit manusia, dan merupakan sebahagian daripada sistem yang melindungi kulit daripada tekanan persekitaran. Menerusi Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition, para pengguna di Malaysia dapat merasai kelembapan kulit yang bertahan lama, keanjalan kulit yang lebih baik dan keserian kulit yang dipertingkatkan

Masker Muka Vitamin Pelembap

Masker muka ini diformulasikan dengan campuran proprietari yang merangkumi asid hialuronik tiga rangkai, protein avokado terhidrolisis dan Ekstrak Centella Asiatica. Lantas ia menawarkan kesan pelembapan yang mampu bertahan sepanjang hari[1], menjadikan kulit kelihatan lebih terhidrat dan mulus.

Berdasarkan hasil kajian keberkesanan yang dijalankan, 90% daripada kalangan subjek menyifatkan bahawa kulit mereka terasa lebih terhidrat dan lembut walaupun selepas Masker Muka Vitamin Pelembap ini digunakan sekali sahaja.

Masker Muka Vitamin Pencerah

Masker Muka Vitamin Pencerah diformulasikan untuk pengguna yang ingin menambah seri pada kulit yang berkeadaan normal atau kusam. Diperkayakan dengan Vita-Glow Complex – campuran proprietari yang terdiri daripada Niasinamida, Adenosina, Pearles Rosée dan Peptida Omija – masker muka  ini membantu menyokong keserian dan kecerahan kulit.

Masker Muka Vitamin Pengental

Bagi mereka yang mempunyai tekstur kulit yang normal, kering atau kasar, Masker Muka Vitamin Pengental dapat membantu mengentalkan dan menyihatkan kulit. Masker muka ini diperkayakan dengan serum dan bersertakan Vita-Lift Complex – campuran proprietari yang merangkumi Niasinamida, Adenosina, Biji Lupin dan Ekstrak Ginseng Hitam. Masker Muka Vitamin Pengental ini menyokong ketegangan dan keanjalan kulit, serta menawarkan penghidratan yang diperlukan oleh kulit kita. Siri Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition ditawarkan di Malaysia mulai 21 September 2020.  


[1] Penafian: Kajian klinikal (no. rujukan 20-K014114) telah dijalankan pada 33 wanita Asia dewasa untuk menilai kesan pelembapan Masker Muka Vitamin Pelembap Herbalife. Hasil kajian menunjukkan bahawa Masker Muka Vitamin Pelembap Herbalife meningkatkan tahap kelembapan kulit secara signifikan, iaitu sekurang-kurangnya selama 8 jam selepas aplikasi.

© 2023 BlackButterfly DesignArts