Herbalife Memperkasakan Gaya Hidup Lebih Sihat di Kalangan Rakyat Malaysia dengan Kempen ‘Bakar 1 Juta Kalori’ Di Seluruh Negara

Lebih daripada 5,000 rakyat Malaysia berjaya mengurangkan lebih 2 juta kalori, dua kali ganda daripada sasaran ‘Bakar 1 Juta Kalori’

Herbalife Memperkasakan Gaya Hidup Lebih Sihat di Kalangan Rakyat Malaysia dengan Kempen ‘Bakar 1 Juta Kalori’ Di Seluruh Negara
Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, bersama peserta Bakar 1 Juta Kalori di Kepong Metropolitan Park.

Kuala Lumpur, 23 Julai 2024 — Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, Herbalife, telah berjaya melibatkan lebih daripada 5,000 peserta di seluruh negara dalam kempen  ‘Bakar 1 Juta Kalori’, dengan jumlah kalori yang dikurangkan melebihi dua juta.

Sepanjang bulan Jun 2024, rakyat Malaysia telah berhimpun untuk mengambil bahagian dalam kempen menarik ini, yang membabitkan pelbagai aktiviti yang diadakan untuk memaparkan kebaikan gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat. Daripada ceramah pemakanan bermanfaat kepada sesi senaman berkumpulan yang menarik, reruai pemakanan dan cabutan bertuah menyeronokkan, Herbalife mengadakan pelbagai acara yang memberi inspirasi kepada orang ramai agar mengamalkan gaya hidup sihat.

Herbalife Memperkasakan Gaya Hidup Lebih Sihat di Kalangan Rakyat Malaysia dengan Kempen ‘Bakar 1 Juta Kalori’ Di Seluruh Negara
Herbalife Memperkasakan Gaya Hidup Lebih Sihat di Kalangan Rakyat Malaysia dengan Kempen ‘Bakar 1 Juta Kalori’ Di Seluruh Negara

Diadakan di Ipoh, Kuantan, Kuala Terengganu, Melaka, Muar, Batu Pahat, Johor Bahru, Miri, Sarikei dan banyak lagi bandar di serata negara, kempen ‘Bakar 1 Juta Kalori’ telah berakhir di Kuala Lumpur dengan lebih 2,000 peserta membanjiri lokasi yang mengurangkan lebih daripada 1 juta kalori dalam masa 3 jam. Kempen ini telah membolehkan rakyat Malaysia menyertai pelbagai aktiviti fizikal, termasuk berlari, berjalan kaki, berbasikal, berenang, Zumba dan senaman trampolin. Semua aktiviti telah dirancang secara strategik untuk menggalakkan penyertaan meluas dan sekali gus menunjukkan keseronokan dan manfaat mengamalkan gaya hidup aktif.

Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, berkata, “Sebagai jenama #1 di dunia dalam pengurusan berat dan kesejahteraan[1], kami bertekad untuk mendorong rakyat Malaysia menjaga kecergasan, agar tampak dan rasa lebih sihat dan juga menikmati kehidupan mereka sepenuhnya. Inisiatif ini memang tepat pada masanya, memandangkan penemuan terkini Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa lebih separuh rakyat Malaysia mengalami obesiti atau berat badan berlebihan (54.4%) dan 49.9% menjalani gaya hidup tidak aktif. Menerusi usaha ini, kami berharap untuk menangani kenaikan kadar penyakit tidak berjangkit yang berkait rapat dengan gaya hidup dan obesiti, sambil menunjukkan bahawa orang ramai boleh menjalani gaya hidup lebih sihat. Menerusi pendekatan berasaskan masyarakat ini, kami berharap untuk meluaskan impak kami meliputi pelbagai komuniti di seluruh negara.”

Herbalife Memperkasakan Gaya Hidup Lebih Sihat di Kalangan Rakyat Malaysia dengan Kempen ‘Bakar 1 Juta Kalori’ Di Seluruh Negara
Mohamad Azrie Rosly, 33, peserta Bakar 1 Juta Kalori di Kepong Metropolitan Park.

Salah seorang peserta Bakar 1 Juta Kalori, Mohamad Azrie Rosly, berumur 33 tahun mengulas, “Penyertaan dalam kempen ini ternyata memberikan kesedaran kepada saya. Aktiviti seperti Zumba dan tinju tendang (kickboxing) telah mengubah aktiviti kecergasan menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan menarik, membuktikan bahawa amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan menerusi aktiviti yang menyeronokkan.  Meluangkan masa daripada jadual kerja untuk mendapat manfaat membina kesihatan dan kesejahteraan secara aktif turut menyumbang kepada matlamat bersama membakar 1 juta kalori di seluruh Malaysia.”

Kempen ‘Bakar 1 Juta Kalori’ ialah komponen penting dalam misi Herbalife yang lebih luas untuk memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia.  Kempen ini memulakan satu gerakan seluruh negara untuk menggalakkan individu dan komuniti agar berusaha membina masyarakat lebih sihat. Berlandaskan kepakaran kukuh dalam bidang pemakanan berasaskan sains dan kesejahteraan komuniti, Herbalife terus melaksanakan inisiatif demi menyokong kesihatan rakyat Malaysia.


[1] Sumber Euromonitor International Limited; menurut edisi Consumer Health 2023, definisi pengurusan berat dan kesejahteraan; % bahagian RSP tergabung GBO, data 2022.

© 2024 BlackButterfly DesignArts