KUALA LUMPUR, 8 MAC 2021 – Pada setiap tahun, 8 Mac adalah tarikh keramat di mana pencapaian dan kebolehan kaum wanita disambut dengan meriah. Samada dari segi mewujudkan pelbagai peluang baharu untuk kaum wanita mahupun memperjuangkan hak sama rata, wanita di seluruh dunia terus memecahkan stereotaip dan memberi definisi baru tentang keteguhan semangat yang dimiliki oleh seseorang wanita di zaman moden ini.
Aplikasi matrimoni Muslim Hawaya meraikan wanita-wanita hebat ini dengan membawakan sebuah platform untuk mereka mencari ‘jodoh’ atau teman hidup mengikut rentak mereka tersendiri. Ianya sekaligus membuka peluang untuk mereka menentukan sendiri pasangan hidup. Melalui kempen Sisters-In-Hearts, Hawaya menawarkan nasihat dan sokongan bagi wanita Muslim untuk mengharungi cabaran dalam alam percintaan. Sama seperti berkongsi cerita dengan kakak atau adik perempuan, Hawaya menggalakkan para wanita untuk mengambil pendirian lebih terbuka dalam meneroka pengalaman baharu dan sekaligus berkongsi pengalaman tersebut dengan rakan-rakan wanita lain.
“Pandemik yang mencabar sepanjang tahun lalu telah telah mengubah cara kita menangani soal cinta dan jodoh. Suatu masa dulu, tidak manis untuk seorang wanita mendekati jejaka yang mereka minati, terutamanya dalam budaya Muslim di mana tatacara, tindakan, dan pemikiran wanita telah ditentukan. Hawaya mengubah persepsi ini dengan memberikan wanita keyakinan untuk memulakan hubungan melalui aplikasi cari jodoh. Walaupun personaliti, kepercayaan, dan budaya membentuk identiti seseorang, kualiti-kualiti ini jugalah yang memberikan wanita kemampuan untuk membuat pilihan sendiri, terutamanya dalam soal jodoh,” kata Shaymaa Ali, Ketua Perhubungan Awam di Hawaya.
Hawaya memastikan persekitaran yang selamat dan terjamin pada aplikasinya untuk memastikan semua pengguna dihormati dan dilayan dengan baik. Terdapat beberapa ciri aplikasi yang membolehkan pengguna mendapat padanan yang paling sesuai dengan memberikan pemahaman gaya hidup dan latar belakang kehidupan Muslim. Pengguna wanita juga boleh menggunakan beberapa fungsi keselamatan seperti ‘Blur Option’ atau fungsi ‘Guardian’ untuk keselamatan dan ketenangan fikiran mereka.
Selaras dengan komitmen Hawaya untuk menyediakan pengalaman yang mudah dan selesa, aplikasi Hawaya kini menyediakan interface baharu yang membolehkan pengguna untuk swipe ke kanan atau kiri, serta kebolehan menghantar ‘Likes’ bagi gambar seseorang. Aplikasi ini juga akan memberitahu pengguna apabila mereka menerima ‘likes’ daripada pengguna lain.
Sempena Hari Wanita Sedunia ini, Hawaya menjemput para wanita untuk mencabar norma dan mencari cinta (#carijodohwithhawaya) melalui janji temu dalam talian. Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, sila layari www.hawaya.com/ atau https://www.instagram.com/hawaya_app/. Hawaya adalah aplikasi untuk lelaki dan wanita Muslim yang belum berpasangan untuk mencari jodoh yang berkekalan. Hawaya boleh dimuat turun dari Apple App Store dan juga Google Play Store.