Harmoni dalam Kepelbagaian: Peraduan Filem Pendek Canon Membongkar Permata Penceritaan Malaysia

Petaling Jaya, 18 November 2023 – Canon Marketing Malaysia (“Canon”) meraikan keunggulan bakat pembikin filem Malaysia, melalui acara penyampaian anugerah Peraduan Filem Pendek Canon 2023, yang menyorotkan kreativiti dan kemahiran penceritaan tersendiri.

Harmoni dalam Kepelbagaian Peraduan Filem Pendek Canon Membongkar Permata Penceritaan Malaysia
Canon meraikan pengiktirafan bakat pengarah filem Malaysia melalui penyampaian anugerah Peraduan Filem Pendek Canon 2023 yang mempromosikan kreativiti dan kecekapan dalam penceritaan unik.

Pertandingan yang bertemakan “Keharmonian dalam Kepelbagaian” ini membawa pembikin filem dalam satu perjalanan naratif yang menyerlahkan keindahan dan keunikan pelbagai budaya di Malaysia. Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan terutamanya daripada pembikin filem baharu dan pencipta kandungan tempatan dalam tiga kategori: Kamera, Kolej & Universiti serta Telefon Pintar.

Barisan juri terdiri daripada pakar industri terkemuka termasuklah Chew Han Tah, Indra Che Muda Redzuan dan Raja Mukhriz, yang menilai karya berkenaan berdasarkan aspek kreativiti, penceritaan, kemahiran teknikal, serta impak keseluruhan.

Pertandingan filem pendek tempatan yang julung kali dianjurkan Canon memaparkan komitmennya dalam memupuk generasi pembikin filem seterusnya di Malaysia. Canon bekerjasama dengan Sennheiser, Nanlite, Sandisk dan Zhiyun untuk melengkapkan pemenang dengan peralatan yang diperlukan bagi menjamin kelangsungan kerjaya mereka untuk jangka masa panjang. Pertandingan ini memberikan peserta platform dan peluang untuk mengasah bakat dan kemahiran, mendedahkan mereka kepada industri, serta mengorak langkah pertama bagi kerjaya masing-masing.

Semasa acara penyampaian hadiah, Shunji Yoshikai, Presiden dan CEO Canon Marketing Malaysia, menyatakan, “Pertandingan ini menggariskan falsafah ‘Kyosei’ kami, iaitu hidup dan bekerjasama demi kebaikan sejagat, dengan menyediakan platform bagi pembikin filem baharu untuk mempersembahkan keindahan seni sinematik Malaysia. Melalui penyatuan bakat kreatif dan peneraju industri, serta jalinan bekerjasama dengan Tourism Malaysia, pertandingan ini mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap kolaborasi, pembangunan bakat dan pemeliharaan budaya, sekali gus melonjakkan industri perfileman Malaysia.”

“Peraduan ini adalah bukti bakat dan kreativiti luar biasa berhubung visi filem Malaysia. Kami berbangga kerana telah memainkan peranan dalam menyokong dan memupuk gelombang baharu bakat filem Malaysia”, kata Hunter Zhang, Pengarah Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej di Canon Marketing Malaysia.

Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, turut merakamkan penghargaan beliau terhadap penganjuran pertandingan ini. Katanya, “Kami gembira melihat filem-filem yang menang merakamkan intipati negara kita, daripada budaya meriah hingga landskap yang menakjubkan. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan semua peserta atas kreativiti dan bakat mereka.”

Anwar Johari Ho dengan filemnya yang menyentuh hati “Don’t Get Too Close to That Edge” berjaya meraih hadiah tajaan dan kamera EOS R5C baharu, yang melibatkan kisah tentang seorang penari tradisional yang mengejar kesempurnaan tanpa henti yang mendorong had fizikal dan emosinya. Panel juri tertawan dengan kreativiti, penceritaan dan pelaksanaan teknikal yang ditonjolkan, khususnya kebolehan pengarah dalam mencipta naratif yang berteraskan emosi, serta sentuhan bakat sinematografi.

Dengan kumpulan artis filem tempatan yang berbakat serta pelbagai, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi kuasa besar serantau dalam pembikinan filem dan Canon berharap untuk terus menyokong pertumbuhan industri dan membantu pencerita visual Malaysia mencapai impian mereka.

Untuk menyaksikan kreativiti dan bakat pembikin filem tempatan, layari Saluran Youtube Rasmi Canon Malaysia untuk menonton video yang tersenarai pendek dalam pertandingan ini, yang akan tersedia tidak lama lagi.

Harmoni dalam Kepelbagaian: Peraduan Filem Pendek Canon Membongkar Permata Penceritaan Malaysia
© 2023 BlackButterfly DesignArts