Happikiddo Meraikan Lebih 400 ibu bapa dalam acara Baby Shower Terbesar Anjurannya

Sepetang yang padat dengan aktiviti permainan, perkongsian maklumat dan pelbagai tawaran istimewa

Selangor, 27 Mei 2023 – Happikiddo, sebuah kedai berkonsepkan bayi tempatan yang menawarkan pelbagai produk inovatif dan berkualiti tinggi terpilih untuk golongan ibu, bayi dan kanak-kanak menjadi tuan rumah acara baby shower (majlis meraikan bakal ibu dan bayi) terbesar di Malaysia. Bertemakan ‘Baby in Bloom‘, acara selama sehari tersebut berlangsung di Lightbox@Light Grey, Sungai Buloh dengan kehadiran lebih 400 orang ibu bapa dan dianjurkan khusus untuk meraikan kehamilan dan pengalaman menjadi seorang ibu.

Acara yang menarik kehadiran pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat itu menghimpunkan ibu-ibu yang sedang hamil dan ibu bapa dengan bayi berusia sehingga 6 bulan dalam acara hi-tea (minum lewat petang), perkongsian maklumat, permainan dan pelbagai tawaran istimewa. Berlangsung khusus untuk meraikan ibu bapa dan bayi, acara baby shower mega tersebut berjaya mengukir senyuman lebar pada wajah pengunjung yang pulang dengan pelbagai cenderamata, hadiah-hadiah menarik dan kenangan indah.

Happikiddo Meraikan Lebih 400 ibu bapa dalam acara Baby Shower Terbesar Anjurannya
Neelofa, selebriti Malaysia terkemuka dan usahawan wanita berkongsi tentang pengalaman sebagai ibu baru bersama para pengunjung di acara Baby In Bloom.

Beberapa jenama tempatan dan antarabangsa seperti Atelier Choux, Bugaboo, Cybex, Jellycat, Nuna, Stokke dan pelbagai lagi turut mempamerkan barangan mereka pada acara tersebut. Pengunjung juga berpeluang mencuba sebuah kereta sorong bayi baharu bersifat futuristik dan mesra alam yang bakal dilancarkan jenama Belanda, Bugaboo. Kereta sorong Bugaboo Dragonfly yang dinanti-nantikan dan tampil dengan pelbagai ciri unik dan bersifat lestari ini dijangka dilancarkan di Asia Tenggara dalam tempoh tiga minggu lagi. Ibu bapa yang hadir juga mendapat peluang eksklusif untuk menjadi pemilik terawal menerusi pratempahan khas.

Happikiddo Meraikan Lebih 400 ibu bapa dalam acara Baby Shower Terbesar Anjurannya
Pratonton eksklusif kereta sorong bayi terbaru oleh Bugaboo, bergelar Dragonfly

Selain diskaun dan tawaran hebat untuk produk bayi terkini dan inovatif daripada jenama terkenal, para pengunjung turut pulang dengan petua dan ilmu keibubapaan yang bernilai melalui sesi perkongsian bermaklumat oleh ibu dan usahawan selebriti Neelofa dan Intan Salleh, serta demonstrasi produk yang berlangsung di majlis tersebut.

“Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menganjurkan Baby Shower ini untuk bakal ibu bapa dan ibu bapa baharu. Kami turut berkongsi kegembiraan mereka dalam salah satu fasa keibubapaan yang paling penting. Matlamat kami adalah untuk meraikan golongan ini dan mengabadikan pengalaman indah dalam mengalu-alukan kehadiran cahaya mata mereka. Pendek kata, kami sangat teruja kerana berjaya menganjurkan acara ini untuk kenang-kenangan mereka,” kata pengasas Happikiddo, Elaine Chew. Happikiddo berharap untuk menjadi tuan rumah kepada lebih banyak acara kemasyarakatan yang serupa buat golongan ibu bapa berkumpul dan belajar, berhubung serta meraikan tempoh kehamilan dan pengalaman menjadi ibu bapa.

Happikiddo Meraikan Lebih 400 ibu bapa dalam acara Baby Shower Terbesar Anjurannya – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts