Hantar, Terima & Menang Hadiah Bernilai RM238,000 dengan Pos Laju

Kempen Kiriman Wah! Kembali dari 1 Mac hingga 30 April

Hantar, Terima & Menang Hadiah Bernilai RM238,000 dengan Pos Laju

Putrajaya, 27 Mac 2024 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, mengadakan acara di Bilik Pameran Jewel Sonic Proton di Putrajaya pada hari ini untuk mengumumkan pemenang-pemenang Kempen Kiriman Wah! 1.0 yang berlangsung dari 15 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024.

Seramai 24 pemenang (sila rujuk lampiran untuk senarai pemenang) menyertai cabutan hadiah untuk menuntut hadiah mereka yang terdiri daripada dua model Proton S70 Flagship, dua motosikal Modenas Pulsar NS200 ABS dan 20 wafer emas (5g setiap satu) bernilai RM238,000.

Hantar, Terima & Menang Hadiah Bernilai RM238,000 dengan Pos Laju
Hantar, Terima & Menang Hadiah Bernilai RM238,000 dengan Pos Laju

Berdasarkan kejayaan kempen yang berlangsung selama lebih dua bulan itu, Pos Malaysia telah melancarkan semula kempen untuk musim perayaan Raya, di mana kedua-dua penghantar dan penerima yang menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar atau menerima bungkusan domestik ke seluruh negara melalui saluran rasmi Pos Malaysia (pejabat pos, cawangan Pos Laju, ejen sah, Pos Mini, SendParcel dan kontrak) akan layak secara automatik untuk menyertai peraduan bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2024.

Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia Berhad berkata, “Pos Malaysia terus meraikan semangat memberi dan menggembirakan pelanggan kami dengan kempen Kiriman Wah! ini. Kami sangat teruja dengan sambutan yang luar biasa serta kejayaan kempen ini, terbukti oleh majlis penyampaian hadiah hari ini. Sebagaimana kita melancarkan semula kempen ini untuk musim perayaan Raya kali ini, kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk merasai keseronokan dan ganjaran menggunakan perkhidmatan Pos Laju kami. Dengan setiap bungkusan yang dihantar atau diterima, anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik dan mencipta detik kegembiraan. Jom sama- sama sebarkan WAH! pada Raya ini untuk berpeluang memenangi hadiah menarik!”

Beliau menambah, “Berdasarkan Tinjauan Cabaran Kurier oleh SKMM, Pos Malaysia telah mencapai suatu prestasi penghantaran terjamin pada 96% yang sangat mengagumkan, melebihi penanda aras industri sebanyak 78%. Pencapaian luar biasa kami mengesahkan kedudukan Pos Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional yang utama, dan kami komited sepenuhnya untuk kecemerlangan dalam perkhidmatan penghantaran. Pos Malaysia terus berusaha untuk meningkatkan lagi tahap yang terbaik di dalam industri dan menyampaikan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada rakyat.”

Ikuti Pos Malaysia di www.pos.com.my, Facebook, Instagram, X, Tik Tok, YouTube dan LinkedIn untuk berita terkini.

© 2023 BlackButterfly DesignArts