PEDIGREE® berikrar memberi 100,000 hidangan makanan kepada anjing terbiar di pusat penjagaan haiwan terbiar dengan setiap pembelian dalam kempen ‘Feed a friend. Fill the bowl’
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2021 – Setiap anjing berhak menikmati makanan yang baik, tetapi kebanyakannya tidak berpeluang pun untuk mendapat keperluan yang asas ini. Bagi membantu anjing yang memerlukan, PEDIGREE® menjalankan inisiatif “Feed a friend. Fill the bowl” untuk membuka laluan kepada pemilik anjing dan pencinta haiwan yang baik hati supaya dapat bersama-sama memastikan anjing-anjing comel ini tidak kelaparan. Untuk memulakan inisiatif ini, PEDIGREE® berikrar menyumbang 100,000 hidangan kepada Pertubuhan Sukarelawan Penyelamat Haiwan (MIAR), sebuah organisasi tidak berkeuntungan yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan.
Paling menarik, sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada kempen “Feed a friend. Fill the bowl” ini, dengan hanya membeli satu beg makanan anjing PEDIGREE® seberat 1.3kg dan ke atas! Melalui cara ini, setiap kali anda membawa balik satu beg makanan untuk si bulu kesayangan, anda akan membantu memberi makanan kepada anjing yang memerlukan!
“Semua pencinta anjing akan berkata bahawa anjing adalah teman yang paling mengagumkan. Sifatnya yang suka bermain, bertenaga dan mempunyai personaliti tersendiri itulah yang memperkayakan hidup kita,” kata Wee Li Ying, Pengarah Negara Mars Pet Nutrition Malaysia. “Bagaimanapun, kini kebanyakan anjing memerlukan penjagaan asas, dan sukarelawan di Pertubuhan Sukarelawan Penyelamat Haiwan (MIAR) amat berdedikasi dalam menyediakan persekitaran yang selamat supaya haiwan ini boleh diberi makanan dan penjagaan. Ini selaras dengan matlamat kami: Dunia Yang Lebih Baik Untuk Haiwan Peliharaan. Melalui inisiatif “Feed a friend. Fill the bowl”, kami berharap dapat menyediakan sokongan yang sangat diperlukan oleh haiwan ini, serta mempelawa pemilik dan pencinta haiwan untuk menyertai kami dalam membantu memberi makanan kepada anjing terbiar dan yang diselamatkan.”
Di sini ada beberapa cara untuk anda membantu inisiatif “Feed a friend, Fill the bowl”:
Sebarkan berita
Beritahu sahabat handai dan rakan taulan ‘ibu bapa si bulu’ mengenai inisiatif “Feed a friend. Fill the bowl” dengan berkongsi di media sosial dan menggunakan tanda pagar kami [#FillTheBowl #FeedTheGood #ABetterWorldForPets]
Beritahu mereka supaya membeli mana-mana pek makanan anjing PEDIGREE® seberat 1.3kg dan ke atas, dan ketahuilah bahawa dengan cara ini anda sebenarnya membantu menyediakan makanan untuk anjing yang lapar.
Berkongsi rasa sayang
Jadilah pemilik yang berbangga dengan haiwan peliharaan mereka dan beritahu seluruh dunia betapa hebatnya anjing anda. Kongsikan juga pengalaman manis anda tentang tingkah laku dan kenakalan anak bulu ini yang membuatkan anda tersenyum!
Jangan beli, terima jadi keluarga sendiri!
Banyak anjing yang masih memerlukan kediaman, kerana pihak penyelamat dan pusat perlindungan mengalami kesukaran untuk memberikan penjagaan kepada haiwan setia ini. Anda boleh membantu dengan menjadikan si bulu ini sebagai ahli keluarga dengan mengunjungi laman halaman Facebook Pertubuhan Sukarelawan Penyelamat Haiwan (MIAR). Jika anda tidak bersedia menerima kehadiran haiwan peliharaan baharu di rumah anda, berikan sokongan kepada mereka dengan menderma atau menjadi sukarelawan. Anda juga boleh berkongsi maklumat mengenai kempen ini di media sosial untuk meningkatkan kesedaran berkaitan pengambilan haiwan angkat dan sokongan kepada pusat perlindungan haiwan.
Pamerkan rasa sayang anda kepada semua ‘anak-anak bulu’ di mana-mana sahaja dan marilah bersama membantu mewujudkan dunia yang lebih baik buat haiwan peliharaan, sesuai dengan cogankata #ABetterWorldForPets!
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen, ikuti halaman Facebook Pedigree Malaysia. Tanda pagar kempen: #FillTheBowl #FeedTheGood #ABetterWorldForPets