Hadiah Bernilai Sehingga RM100,000 Untuk Dimenangi Sempena Ulang Tahun Ke-7 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Persembahan Istimewa oleh Pinkfong & Baby Shark dan Pelbagai Aktiviti Menarik untuk Menghiburkan Pengunjung

Sepang, 5 Julai 2022Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat membeli-belah berjenama dari Jepun meraikan Ulang Tahun ke-7 mulai 24 Jun hingga 31 Julai dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah-hadiah untuk dimenangi.

Hadiah-hadiah bernilai RM100,000 boleh dimenangi menerusi kempen “Spend, Twist & Win” yang menawarkan ganjaran termasuk baucar membeli-belah dan F&B serta barangan hadiah premium yang lain. Hadiah-hadiah terhad kepada 200 orang pemenang harian sahaja dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM300 dengan maksimum dua resit. Para pengunjung dinasihatkan untuk membeli-belah lebih awal bagi merebut peluang untuk membawa pulang hadiah.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun, para pengunjung MOP KLIA juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Pinkfong & Baby Shark pada 9 dan 10 Julai dan pada 16 dan 17 Julai di dataran utama pusat membeli-belah ini. Sesi temu mesra bersama Pinkfong & Baby Shark turut diadakan. Kanak-kanak akan berpeluang mengambil gambar foto bersama Pinkfong & Baby Shark di atas pentas dengan pembelian minimum di gerai barangan Toy World.

Hadiah Bernilai Sehingga Rm100,000 Untuk Dimenangi Sempena Ulang Tahun Ke-7 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
There will be meet and greet session with Pinkfong & Baby Shark

“Sambutan ulang tahun kali ini adalah khusus untuk keluarga dengan kanak-kanak kecil serta remaja yang meminati Pinkfong and Baby Shark. Kami mahu mencipta pengalaman baharu untuk pengunjung dan pembeli setiap kali meraikan sambutan supaya sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk dialami atau dicuba,” kata TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd.

Para pengunjung MOP KLIA akan dapat melihat perubahan gedung membeli-belah ini menjadi Syurga Berwarna-warni yang dihiasi dengan pameran yang cantik dan sesuai dirakam untuk Instagram seperti lampu neon, belon, air pancut, terowong yang fotogenik dan banyak lagi.

Para pembeli yang meminati hasil seni dan kraf tangan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti Membuat Beg Sendiri. Mereka akan dapat mencipta hadiah peribadi mereka sendiri dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM200 dengan maksimum dua resit.

Jualan Lewat Malam Pasca Sambutan Ulang Tahun mulai 10pm hingga 12 tengah malam akan diadakan selama tiga hari berturut-turut mulai 8 Julai hingga 10 Julai dengan tawaran diskaun hingga 80%, pemberian hadiah selamat datang, ganjaran pulangan tunai segera dalam tempoh istimewa dan pelbagai tawaran lain yang akan menjadikan pengalaman membeli-belah di MOP KLIA lebih berbaloi dan menyeronokkan.

Berikutan pembukaan Fasa 3 baru-baru ini, para pengujung berpeluang mengunjungi 5 buah kedai konsep iaitu PUMA, Nike Unite KLIA, adidas, OBJET dan Courts.

MOP KLIA mempunyai kedudukan strategik dengan hanya 8 minit dari KLIA dan klia2 dan anggaran 45 minit dari Pusat Bandaraya KL. Pusat membeli-belah ini mudah diakses melalui lebuh raya seperti ELITE, LDP, KESAS, MAJU Expressway, North South Expressway Central Link dan NKVE. Perkhidmatan pengangkutan awam yang mencukupi turut disediakan untuk kemudahan mengunjungi MOP KLIA.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran, promosi dan acara yang akan datang di MOP KLIA, sila layari www.mitsuioutletparkklia.com.my atau www.facebook.com/MOPKLIA.

© 2023 BlackButterfly DesignArts