Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the squirrly-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121
Hada Labo Meraikan 15 Tahun Kecantikan Yang Ringkas & Sempurna | RAMARAMA

Hada Labo Meraikan 15 Tahun Kecantikan Yang Ringkas & Sempurna

Kolaborasi Menarik, Aiskrim Percuma, Acara Eksklusif & Banyak Lagi Menanti Peminat di Seluruh Negara

The Hada Baby Squad, available in 5 exclusive designs, each represent a unique type of Hyaluronic Acid

KUALA LUMPUR, 9 Mei 2025 – Raikan detik kecantikan yang paling mengujakan tahun ini! Hada Labo, jenama penjagaan kulit terkemuka dari Jepun, dengan penuh teruja menyambut ulang tahunnya yang ke-15 melalui sebuah kempen istimewa yang membawa sentuhan penghidratan, kegembiraan dan kecantikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bertemakan ’15 Tahun Kecantikan yang Ringkas & Sempurna’, peristiwa istimewa ini meraikan perjalanan indah Hada Labo dalam dunia penjagaan kulit yang sihat dan berseri – selaras dengan falsafah Jepun yang dipegang teguh: keringkasan, keberkesanan, dan kualiti tinggi. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan rakyat Malaysia, jenama ini turut membawakan siri acara yang menyeronokkan, sesuai untuk Instagram, serta kolaborsi eksklusif yang pastinya tidak boleh dilepaskan.

Each baby hero represents a unique type of Hyaluronic Acid to showcase Hada Labo’s iconic legacy of hydration 2

“Hada Labo bukan sekadar jenama penjagaan kulit. Ia adalah teman setia dalam setiap perjalanan hidup anda—komited untuk memastikan kulit kekal sihat, muda dan cantik di setiap peringkat usia. Ulang tahun ini merupakan cara kami menghargai para peminat, memberi semula kepada komuniti, dan menjadikan penjagaan kulit sesuatu yang menyeronokkan, mudah diakses dan menarik untuk semua,” kata Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd.

ANTARA ACARA YANG BOLEH ANDA NANTIKAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-15 HADA LABO ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Hada Labo x YelloBanana: Kenali Skuad Hada Baby

Selami dunia Hydra Oasis yang menakjubkan bersama Skuad Hada Baby yang comel—tersedia dalam lima rekaan eksklusif, hasil sentuhan kreatif animator tempatan, YelloBanana! Setiap wira bayi mewakili jenis Asid Hyaluronik yang berbeza, daripada Super Hyaluronic Acid hingga Nano Hyaluronic Acid, sekali gus menyerlahkan legasi ikonik Hada Labo dalam penghidratan kulit. Jangan lepaskan pengembaraan animasi mereka dalam misi menyelamatkan dunia—satu titisan penghidratan pada satu masa!

  • Hada Labo x Inside Scoop: Aiskrim Yogurt Aqua Fresh Edisi Terhad

Ya, anda tidak salah baca—aiskrim berinspirasikan penjagaan kulit! Dengan kerjasama jenama tempatan yang digemari, Inside Scoop, Hada Labo memperkenalkan Ais Krim Yogurt Aqua Fresh eksklusif—kenikmatan yogurt bunga telang yang menyegarkan, memberikan penghidratan yang sejuk dan menyegarkan.

Hada Labo Introduces the Aqua Fresh Yogurt Ice Cream in conjunction with its 15th Anniversary

💙 Acara Aiskrim PERCUMA:

  • Setapak (8–11 Mei) – Tebus percuma secedok aiskrim (terhad kepada 100-200 cedok setiap hari) dan sertai cabaran bertemakan hidrasi yang menyeronokkan untuk memenangi hadiah produk bersaiz kembara. Belanja RM100 dan dapatkan kotak rahsia yang mengandungi plushie Hada Baby eksklusif.
  • Siri Kembara Seluruh Negara – Hadiah aiskrim akan tersedia di Melaka, Johor Bahru, dan Pulau Pinang pada 17, 24, & 31 Mei (terhad kepada 200 cedok aiskrim setiap lokasi).

💙 Nak lagi? Aiskrim ini juga boleh didapati di rangkaian Inside Scoop seluruh negara (19–25 Mei 2025)—selagi stok masih ada!

  • Sertai Kemeriahan Sambutan Secara Langsung!

Untuk menjadikan sambutan ini lebih istimewa, Hada Labo akan mengembara ke seluruh pusat membeli-belah dengan aktiviti menyeronokkan di seluruh Malaysia!

Kembara Van Kombi (12 Mei – 29 Jun 2025)
Van Kombi ikonik Hada Labo akan menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia, menawarkan sesi cubaan penjagaan wajah, permainan menarik, sampel percuma, dan hadiah istimewa untuk semua pengunjung!

Acara Pop-Up di Pusat Beli-Belah Bersama Watsons & Guardian
Lawati Sunway Pyramid dan Queensbay Mall untuk menyertai stesen penjagaan wajah interaktif, dapatkan hadiah eksklusif, serta barangan edisi terhad yang tidak boleh dilepaskan.

Jangan lupa untuk membawa pulang:

  • Rantai Kunci DIY Hada Baby
  • Poket Macaron Misteri
  • Kotak Misteri Plushie Hada Baby
  • Kotak Bonanza Misteri– Belanja RM150 dan bawa pulang produk kejutan bernilai sehingga RM450!
Each baby hero represents a unique type of Hyaluronic Acid to showcase Hada Labo’s iconic legacy of hydration

RAIKAN KECANTIKAN YANG KEKAL SEUMUR HIDUP!

Daripada inovasi penjagaan kulit hinggalah kempen yang menyentuh hati, Hada Labo telah memberi impak kepada jutaan kehidupan di Malaysia. Sempena sambutan 15 tahun bersama anda, kami menjemput semua orang untuk menjadi sebahagian daripada detik penting yang menggembirakan ini—kerana kulit yang sihat, terhidrat mestilah ringkas, berkesan dan ceria.

© 2024 BlackButterfly DesignArts