GSK Malaysia lancarkan fasa kedua kempen #GiveBack bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia, perjuangkan pelupusan sisa perubatan secara bertanggungjawab

Kempen #GiveBack GSK membantu mengurangkan sisa tapak pelupusan sampah dan menghalang sisa perubatan dan gas rumah hijau daripada mencemari alam sekitar
Kolaborasi meluas bersama rakan-rakan Alpro Pharmacy, AM PM Pharmacy, BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy Group, FirstCare Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy, Mega Kulim Pharmacy, Park@city Pharmacy & Medical Supplies, Straits Pharmacy dan Sunway Multicare Pharmacy, disokong oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), menambah pusat pengumpulan bagi kemudahan lebih ramai pengguna
Alat sedut pelega (inhaler) asma dan pek ubat terpakai boleh dibuang di lebih 600 pusat pengumpulan di seluruh negara bagi pelupusan yang teratur dan selamat

Petaling Jaya, 15 Jun 2023 – GSK Malaysia mengambil peranan penting dalam pelupusan sisa perubatan yang bertanggungjawab menerusi fasa kedua kempen #GiveBack di seluruh negara, yang dilancarkan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Kempen ini merupakan usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di seluruh Malaysia untuk mengumpul alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai, tamat tempoh atau tidak diingini untuk pelupusan yang teratur dan selamat, dan ia menampilkan perkongsian diperbesarkan yang meluaskan jangkauannya dan meningkatkan bilangan pusat pengumpulan untuk memudahkan penglibatan ramai.

Dr Jonathan Pan, Naib Presiden & Pengurus Besar GSK Malaysia & Brunei berkata: “Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap kemampanan global, GSK memberi sepenuh perhatian bagi mencapai impak sifar bersih ke atas iklim dan impak positif bersih ke atas alam sekitar menjelang 2030. Kempen #GiveBack kami menyokong matlamat-matlamat tersebut dengan menawarkan kaedah mudah bagi orang ramai di Malaysia melupuskan alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai secara bertanggungjawab dan sekaligus mengurangkan kesan negatif terhadap bumi. Pada bulan Jun tahun lepas, kami memulakan fasa perintis bersama rakan kempen pertama BIG Pharmacy dan sekarang dengan pertambahan rakan-rakan farmasi dan kumpulan penjagaan kesihatan, kami teruja dengan perluasan program ini dan mengharapkan penglibatan rakyat Malaysia dalam #GiveBack.”

Di peringkat global, sistem penjagaan kesihatan menyumbang kira-kira 5.9 juta tan sisa pepejal kepada tapak pelupusan sampah[i] dan lebih 4% pelepasan karbon[ii]. Antaranya ialah alat sedut pelega asma, yang sering dibuang sebelum ia kosong sepenuhnya. Penyedut seumpamanya mengandungi bahan dorong yang merupakan gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global. Setiap satu penyedut berkenaan berpotensi melepaskan gas rumah hijau yang boleh memenuhi 300 belon[iii] [iv], dan bila digabungkan dengan mana-mana sisa perubatan, boleh menyebabkan kebakaran atau menyusup ke dalam alam sekitar [v]. Maka itu, pelupusan teratur bahan sisa yang tidak diingini ini adalah sangat penting. Lagi pun, pembungkusan pek ubat terpakai lazimnya digunakan di dalam penyimpanan ubat menyumbang kepada sisa tapak pelupusan sampah, dan ubat yang tidak dihabiskan di dalam pek tersebut mendatangkan bahaya larut lesap ke dalam tanah atau saluran air. [vi]

GSK Malaysia lancarkan fasa kedua kempen #GiveBack bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia
From left to right: Jessica Peggy Riekert from Team Dream Team and Asrizal Razali, Programme Director of The Design School, Taylor’s University; Dr Jonathan Pan, Vice President & General Manager of GSK Malaysia & Brunei and David Lin, Director, Communications, Government Affairs, & Strategic Customer Solutions, GSK Malaysia & Brunei revealing the art installation made of used inhalers and medicine blister packs to create awareness about the impact of medical waste on the environment during the launch of the GSK #GiveBack Campaign Phase 2 recently.

Profesor Amrahi Buang, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) berkata: “Kempen #GiveBack GSK ini sejajar dengan kempen ‘Memulangkan Ubat’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan kami menggesa semua rakyat Malaysia untuk menyokong usaha ini dengan membawa alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai ke mana-mana pusat pengumpulan untuk dilupuskan dengan teratur. Dalam bidang kerja kami, kami perlu mengimbangi keperluan menyediakan ubat yang dibungkus dengan selamat sambil mengakui kesannya terhadap alam sekitar dan melakukan apa yang kami mampu untuk mengurangkan jejak karbon kami.”

GSK Malaysia lancarkan fasa kedua kempen #GiveBack bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia
Official launch of GSK #GiveBack Campaign Phase 2. From left to right: – Jessica Peggy Riekert from Team Dream Team, Taylor’s University – Asrizal Razali, Programme Director of The Design School, Taylor’s University – David Lin, Director, Communications, Government Affairs, & Strategic Customer Solutions, GSK Malaysia & Brunei – Dr Jonathan Pan, Vice President & General Manager of GSK Malaysia & Brunei – Professor Amrahi Buang, President of Malaysian Pharmacists Society – Ph Lim En Ni, Chief Pharmacist, Alpro Pharmacy – Ricky Lim, General Manager, Sunway Multicare Pharmacy – Loo Jooi Leng, Marketing & CSR Director, CARiNG Pharmacy – Loh Hey King, Director, Health Lane Pharmacy – Lee Meng Chuan, Chief Executive Officer, BIG Pharmacy

Sebagai kaedah menarik penglibatan lebih ramai rakyat Malaysia kepada kempen ini, GSK telah menugaskan pemasangan seni kreatif menggunakan sisa pek ubat dan alat sedut pelega asma yang dibuang. Hasil seni tersebut, yang direka oleh pelajar dari The Design School di Taylor’s University, menyerlahkan kepentingan pelupusan sisa perubatan yang teratur dan kesannya terhadap alam sekitar sambil turut memberi peluang kepada generasi akan datang untuk terlibat dalam advokasi alam sekitar. Hasil seni berkenaan akan dipamerkan semasa jerayawara GSK #GiveBack menggunakan lori paparan di lokasi trafik tinggi di seluruh Lembah Klang, bagi menyemarakkan kesedaran dan meningkatkan minat terhadap kelestarian alam sekitar. Kempen #GiveBack akan terus menerima alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai di mana-mana tong pembuangan GSK #GiveBack yang terletak di farmasi dan hospital/klinik rakan kongsi di seluruh negara. Orang ramai juga boleh membuang sisa perubatan mereka semasa jerayawara Roving Truck dari 17 – 26 Jun 2023. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, sila lawat farmasi/hospital berdekatan anda atau log masuk ke Instagram The Design School @ Taylor’s University (www.instagram.com/taylorsdesignschool). Marilah berganding tangan menyokong kempen ini dan menyumbang kepada masa hadapan yang mampan.


 

References:

[i] Kenny C, Priyadarshini A. Review of Current Healthcare Waste Management Methods and Their Effect on Global Health Healthcare [Online]. 2021;9(3):284. Available from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7999172/  [Accessed: 27th March 2023]

[ii] Metzke, R.Here’s how healthcare can reduce its carbon footprint [Online] World Economic Forum; 2022. Available from: https://www.weforum.org/agenda/2022/10/cop27-how-healthcare-can-reduce-carbon-footprint/  [Accessed: 23rd March 2023]

[iii] Time. How One Commonly Used Asthma Inhaler is Damaging the Planet. https://time.com/5717676/asthma-inhalers-and-climate/  [Accessed: 27th March 2023]

[iv] Weighing CO2 in Balloons https://blogs.bath.ac.uk/csct/wp-content/uploads/sites/43/2014/06/weighing-CO2-in-balloons.pdf [Accessed: 27th March 2023]

[v] MedPro Disposal. How To Dispose Of Expired Inhalers. https://www.medprodisposal.com/what-do-with-old-inhalers/  [Accessed: 27th March 2023]

[vi] MyHealth. Handling Unused Medicines. http://www.myhealth.gov.my/en/handling-unused-medicines/  [Accessed: 3rd April 2023]

© 2023 BlackButterfly DesignArts