Grimoire, Karya Pengarah Terkemuka Jared Lee, Dilancarkan di Seluruh Negara

Sebuah antologi yang berpaksikan kerakusan manusia

Grimoire, Karya Pengarah Terkemuka Jared Lee, Dilancarkan di Seluruh Negara

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2024 – Pembikin filem terkenal Malaysia, Jared Lee, membuat penampilan sulung filem antologinya, Grimoire, yang akan ditayangkan di Golden Screen Cinemas bermula 3 hingga 30 Oktober 2024. Tayangan yang dinanti-nantikan ini mencatatkan pencapaian yang penting dalam kerjaya Jared yang jelas mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam industri perfileman Malaysia dan antarabangsa.

Grimoire ialah naratif meta yang menggabungkan tiga karya terkenal Jared: The Last 7, Influencer dan Horologist. Filem ini menjemput penonton untuk mengikuti perjalanan sinematik yang mengaburkan batas antara realiti dan fiksyen, di mana kisah ini mengikuti seorang lelaki tua yang menjadi wadah bagi naratif introspektif ini.Selain itu, antalogi ini bukan sahaja menekankan kuasa transformatif kreativiti tetapi juga menunjukkan daya tahan yang diperlukan untuk mengatasi keraguan diri dan luaran. Selain itu, Horologist juga telah mencipta sejarah sebagai filem Malaysia yang pertama untuk menangi Animasi Terbaik di Festival Filem Comic-Con San Diego pada 2023.

Jared Lee (juga pengasas Grim Film) menyatakan bahawa Grimoire bukan sekadar filem antologi namun ia juga merupakan karya yang mengisahkan perjalanannya sebagai pembikin filem.

Grimoire, Karya Pengarah Terkemuka Jared Lee, Dilancarkan di Seluruh Negara

Grimoire mewakili kemuncak karya saya dan penerokaan kreativiti dalam cabaran. Setiap cerita dalam antologi ini diilhamkan oleh pemerhatian dan pengalaman dengan sisi gelap manusia,” kata Jared.

“Penerbitan Grimoire merupakan pengalaman yang mengujakan dan juga mencabar. Dari kesan visual The Last 7 kepada kekangan bajet untuk Influencer, setiap filem menuntut tahap keaslian dan kreativiti yang berbeza. Namun begitu, dedikasi pasukan saya merupakan sebab utama kejayaan usaha ini dan saya amat berterima kasih atas sokongan mereka yang berterusan.”

Grimoire, Karya Pengarah Terkemuka Jared Lee, Dilancarkan di Seluruh Negara

Tayangan perdana ini dihadiri oleh para pelakon Grimoire bersama selebriti terkemuka tanah air, termasuk Marianne Tan, Joseph Lee, dan Yuna. Sejak menubuhkan Grim Film pada tahun 2011, Jared telah memberi impak kepada dunia sinematik dengan penceritaann uniknya. Karya-karyanya yang terdahulu, seperti filem pendek The Long Distance Relationship, yang telah mencapai lebih 1 juta tontonan YouTube dalam masa sebulan, membuktikan pengaruhnya yang semakin meningkat dalam industri. Dengan pelbagai anugerah yang diraihnya, termasuk  Tokyo Short Shorts, LA Shorts International Film Festival, Show Me Shorts Film Festival dan festival filem lain yang melayakkan seperti Oscar / BAFTA, Jared terus menolak sempadan penceritaan kreatif.

“13 tahun yang lalu memang mencabar, dan ia hanya akan menjadi lebih mencabar mulai saat ini. Grimoire hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih sukar namun saya akan tetap mengejar impian saya, seperti biasa,” kata Jared.

Grimoire dijayakan dengan sokongan penaja dan rakan kongsi yang dihargai:

  • SLPR Worldwide
  • Golden Screen Cinemas
  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
  • FINAS
  • Origin Studios
  • Cold Ramen Studio
  • Soundmob Enterprise
  • PPLT INK
  • The Rental House
  • Seven Motion

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gsc.com.my/film-festival/malaysia-animation-film-festival-2024/.

© 2024 BlackButterfly DesignArts