You are currently viewing Grab Menyamakan Persaingan Untuk Mereka Yang Kurang Pendengaran Dengan ‘Scan To Order’
#TechUntukSemua - Scan to Order

Grab Menyamakan Persaingan Untuk Mereka Yang Kurang Pendengaran Dengan ‘Scan To Order’

Grab memacu tumpuan #TechUntukSemua bagi mewujudkan akses yang saksama kepada peluang pendapatan Orang Kurang Upaya (OKU).

Grab teruskan kerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bagi mencari dan melatih OKU supaya mudah meraih peluang pekerjaan.

Petaling Jaya, 15 Februari  2022 Grab Malaysia memperkenalkan ‘Scan To Order’ sekaligus meneruskan kerjasamanya dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bagi memacu peluang kerjaya dan pendapatan kepada komuniti pekak negara ini melalui teknologi. Usaha ini merupakan sebahagian dari fokus berterusan #TechUntukSemua – penggunaan teknologi sebagai kuasa kebaikan dalam memperkasakan lebih ramai orang untuk mempunyai akses kepada peluang dari ekonomi digital, tanpa mengira latar belakang.

Pada tahun 2018, Grab telah memperkenalkan kempen ‘Break the Silence’, dengan kerjasama MFD, di mana lebih dari 100 rakan pemandu kurang pendengaran telah diserap. Sejak itu, Grab telah memanjangkan komitmennya untuk menambah baik pengalaman keseluruhan rakan kongsinya yang mempunyai pelbagai bentuk kecacatan, yang bergantung harap kepada pelbagai servis di Grab. Sehingga hari ini, lebih 1,000 OKU telah memperoleh pendapatan melalui Grab di Malaysia, termasuklah pemandu, penghantar dan rakan niaga di atas platform.

“Komuniti OKU seringkali memberi inspirasi kita dengan ketabahan dan semangat mereka  dalam mengharungi pelbagai cabaran. Dengan rakan kami di MFD dan rakan niaga di Grab Signature, kami berharap untuk melaksanakan bahagian kami dalam membantu komuniti OKU dengan menfaedahkan teknologi untuk mencabar status quo dengan menghapuskan halangan yang secara tradisinya diterima sebagai kebiasaan. Dalam pada itu, kami berharap untuk mewujudkan peluang yang saksama dan inklusif kepada komuniti PWD kami bagi membina mata pencarian yang baik.,” jelas Sean Goh, Pengarah Urusan, Grab Malaysia.

“Kami memuji Grab untuk usahanya dalam menggadakan persekitaran yang saksama dan inklusif bagi komuniti OKU di Malaysia untuk mempunyai akses kepada peluang pendapatan. Pergerakan #TechUntukSemua merupakan bukti teladan dalam menfaedahkan teknologi bagi memastikan ekonomi yang lebih inklusif di dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami sangat bangga dengan kerjasama yang sudah lama bersama Grab dalam memastikan komuniti OKU Malaysia berpeluang mempunyai ilmu pengetahuan, kepakaran dan peluang untuk memasuki tenaga kerja.,” kata Mohamad Sazali Shaari, Presiden, Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

‘Scan To Order’ – Memacu Keterangkuman Menerusi Teknologi

Dengan pandemik yang memberi kesan kepada kehidupan harian pengguna, pengusaha restoran perlu menyesuaikan diri bagi menyediakan pengalaman yang selamat dan selesa.Ciri ‘Scan To Order’ ini bertujuan membantu dengan menyediakan penyelesaian yang membolehkan pelanggan makan di premis kedai tanpa sebarang sentuhan fizikal, dalam membuat pesanan dan pembayaran bil – semuanya menggunakan telefon pintar, dengan 3 langkah mudah:

  1. Pelanggan imbas kod QR di meja menggunakan kamera telefon untuk melayari menu.
  2. Pelanggan membuat pesanan dan membayar melalui aplikasi Grab.
  3. Pesanan dihantar kepada peniaga menerusi aplikasi GrabMerchant supaya dapur mereka boleh mula sediakan hidangan.

Dengan memperkenalkan ciri ini, restoran berpeluang mengambil pekerja yang kurang pendengaran bagi menjalankan peranan perkhidmatan, yang selalunya dianggap lebih mencabar buat mereka untuk berjaya. Bagi memperkasakan inisiatif ini, Grab akan bekerja rapat dengan MFD untuk mengenalpasti dan melatih individu kekurangan pendengaran  bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang sepatutnya agar mereka dapat menjadi sebahagian dari tenaga kerja. Mereka kemudian akan dipadankan dan diambil bekerja oleh rakan-peniaga Grab Signatures.Hanya dalam tempoh sebulan kerjasama ini dijalankan, 14 individu kekurangan pendengaran telah diambil bekerja di  pelbagai cawangan rakan-peniaga yang berdaftar sebagai GrabSignatures termasuk Secret Recipe, KGB dan Kyochon

Tambahan pula, Grab juga menugaskan jurulatih untuk membantu peniaga berkomunikasi dengan pekerja kekurangan pendengaran masing-masing selama tiga bulan, dan menyediakan kit suai tugas yang merangkumi buku panduan, pin untuk pekerja, kod QR dan pelekat tetingkap.

Berikut adalah apa yang diperkatakan oleh rakan-peniaga Grab Signatures yang mengambil bahagian serta mereka yang telah diserap untuk bekerja tentang inisiatif ini: Video Testimoni #TechUntukSemua

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai usaha #TechUntukSemua Grab yang memacu ke arah memberi peluang yang saksama kepada warga Malaysia, sila layari: #TechUntukSemua