
Grab Travel Pass menyediakan kemudahan dan penjimatan tambahan apabila melancong dengan diskaun tiket penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan, tawaran menarik dan bayaran online.
Grab bekerjasama dengan rakan syarikat, Malaysia Airlines, Firefly, Agoda dan Klook sebagai usaha sokongan memulihkan ekonomi negara.
Petaling Jaya, 6 Disember 2021 – Grab Malaysia memperkenal Grab Travel Pass sekali gus menyedia kemudahan dan penjimatan atas segala keperluan pelancongan mereka. Ini adalah sebahagian usaha berterusan Grab dalam menyokong pemulihan ekonomi negara, terutama ketika kekangan perjalanan telah dilonggarkan dan warga Malaysia mula merancang percutian hujung tahun masing-masing.
Industri pelancongan Malaysia telah mengalami penguncupan ketara akibat pandemik, iaitu penurunan sebanyak 71% sepanjang 2020. Kemorosotan paling dirasai oleh 3.5 juta warga Malaysia yang berkerjaya di bidang pelancongan, yang turut menyumbang lebih 23% kadar gunatenaga Malaysia.
Mengulas tentang inisiatif Grab ini, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkongsi pendapat bahawa ia selaras dengan sasaran kementerian untuk menyemarakkan semula ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.
“Kami teruja dengan inisiatif Grab yang menyokong Pelan Pemulihan Pelancongan, yang bertujuan membangunkan semula industri pelancongan domestik. Dengan pelbagai tawaran dari Grab, kami harap warga Malaysia akan tertarik dan berminat meneroka pelbagai destinasi di negara ini serta dapat menyemarak semula pelancongan domestik. Ini akan membantu mereka yang berkecimpung dalam industri pelancongan tempatan untuk bangun semula dalam menjalani kehidupan dengan selesa. Menerusi inisiatif dan kerjasama seperti ini, diharap dapat mengeratkan lagi hubungan supaya kita dapat berganding bahu menangani kemelut yang dihadapi sekarang ini,” kongsi Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
“Teras wawasan Grab ialah sentiasa merangka kaedah baharu bagi memenuhi keperluan warga Malaysia yang kian berubah. Kami turut terangsang bekerjasama dengan rakan yang serupa minda dan tujuan, untuk memajukan lagi cara warga Malaysia merancang perjalanan kembara dan pelancongan ketika era normal baharu. Tiada yang terbaik daripada mengemukakan sumber tunggal supaya warga Malaysia dapat mengakses dengan selesa segala urusan untuk memenuhi keperluan percutian mereka. Dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), diharap dapat menyumbang kepada kerancakan semula industri pelancongan tempatan. Kami sangat mengalu-alukan setiap inisiatif kerjasama dengan pelbagai pihak demi mempertingkat keselesaan warga Malaysia amnya,” jelas Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara Grab Malaysia.
Pas percutian yang memenuhi keperluan anda
Grab Travel Pass boleh diperoleh daripada app Grab. Ia menyedia penjimatan melebihi RM250 pada harga pengenalan RM4.90 (Harga Biasa: RM9.90). Pengguna boleh mengakses dengan mudah diskaun perkhidmatan perjalanan meliputi tawaran istimewa tiket penerbangan, kemudahan hotel, pengangkutan dan penghantaran menerusi rakan pelancongan Grab yang berkualiti:
**GrabPay – Tambahan diskaun RM30 untuk setiap rakan pelancongan Grab apabila anda membayar dengan GrabPay.
Selain itu, pengguna juga kini boleh memperoleh GrabRewards apabila mereka menempah penginapan di Agoda melalui jubin ‘Hotel’ pada aplikasi Grab yang akan memberi nilai tambahan pada setiap tempahan dari pengguna.
Bagaimana Untuk mendapatkan Travel Pass
Grab Travel Pass boleh diperoleh bermula 10 Nov 2021 hingga 31 Januari 2022. Pengguna Grab boleh membeli pas perjalanan menerusi app Grab manakala baucer boleh ditebus menerusi ‘My Rewards’.
Untuk maklumat lanjut mengenai Grab Travel Pass yang terbaru beserta diskaun yang ditawarkan, sila klik DI SINI.