GP BATTERIES UTAMAKAN KELESTARIAN UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH HIJAU

  • Dianugerahkan Pingat Gangsa EcoVadis Sustainability Assessment for Exemplary Sustainability Practices
  • Enam fasiliti di APAC termasuk satu di Malaysia mencapai Pengesahan Emas untuk Sisa Sifar ke Tapak Pelupusan (Zero Waste to Landfill – ZWTL)
GP BATTERIES UTAMAKAN KELESTARIAN UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH HIJAU

Kuala Lumpur, 20 November 2023 – GP Batteries International Limited (“GP Batteries”), pakar bateri lebih 50 tahun, menerajui inovasi ke arah masa depan yang lestari dengan penganugerahan pingat gangsa dalam penilaian EcoVadis untuk amalan lestari yang boleh dicontohi. EcoVadis ialah platform penilaian kelestarian perniagaan yang dipercayai di seluruh dunia dengan lebih 1.6 juta syarikat yang telah disaring.

Berdasarkan penilaian kelestarian EcoVadis terkini, EcoVadis menjalankan penilaian menyeluruh merentas empat dimensi penting – Alam Sekitar, Amalan Buruh dan Hak Asasi Manusia, Etika dan Perolehan Lestari. GP Batteries bukan sahaja melepasi capaian purata industri tetapi juga menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang berbanding separuh daripada syarikat yang dinilai di seluruh dunia. Terutamanya, dalam kategori Alam Sekitar, GP Batteries memperoleh markah yang tinggi iaitu 70 mata manakala skor minima industri ialah 48. Pencapaian ini menunjukkan piawaian tinggi GP Batteries dan usaha yang serius diambil dalam memastikan amalannya yang lestari.

Penilaian EcoVadis dinilai secara teliti dengan menggabungkan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk Sepuluh Prinsip Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, konvensyen oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), piawaian Global Standard Initiative (GRI) dan piawaian ISO 26000. Terdapat lebih dari 100,000 syarikat dinilai di bawahnya, penilaian EcoVadis menjadi penanda aras kecemerlangan kelestarian di seluruh dunia.

Kelestarian sentiasa menjadi teras kepada falsafah perniagaan dan operasi GP Batteries. Rangka kerja tadbir urus Kelestarian dan ESG yang komprehensif menyediakan asas yang kukuh untuk menggabungkan kelestarian ke dalam semua aspek perniagaannya. Sebagai perniagaan berteraskan Kuasa, misi GP Batteries adalah untuk berinovasi, memperkasakan kehidupan serta memotivasikan perubahan yang positif dan lestari. Pencapaian ini menandakan kemajuan besar yang dicapai dalam mengiktiraf Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai pemacu aras dalam syarikat.

GP BATTERIES UTAMAKAN KELESTARIAN UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH HIJAU

Usaha GP Batteries dalam mencapai Sisa Sifar Ke Tapak Pelupusan (Zero Waste to Landfill atau – ZWTL) mengesahkan komitmennya untuk lebih bertanggungjawab dan mengoptimumkan penggunaan sumber serta meminimumkan penjanaan sisa. Pada tahun 2020, GP Batteries menjadi yang pertama didalam industri bateri yang menerima Pengesahan Perak Sisa Sifar ke Tapak Pelupusan dari UL untuk dua kilang pembuatan bateri di ASEAN, dan kilang pembuatan bateri NiMH di Greater China. Pada hari ini, enam kilang di Malaysia, Vietnam dan China telah mencapai Pengesahan Emas Sisa Sifar ke Tapak Pelupusan dengan mengurangkan penjanaan sisa dan menambah baik pengalihan sisa. Salah satu kilang itu ialah kemudahan pembuatan yang terletak di Tebrau, Malaysia, yang juga merupakan kilang pertama di Malaysia yang memperolehi pengesahan tahap emas dengan tahap lencongan sisa sebanyak 95-99%. Akhirnya, GP Batteries menyasarkan masa depan bersih-sifar melalui komitmennya ke arah meningkatkan amalan lestari untuk mengurangkan dan mengelakkan pelepasan karbon merentasi semua rantaian.

GP Batteries membayangkan dapat mempromosikan kualiti hidup melalui penggunaan tenaga hijau dan pembangunan produk mesra alam. GP Recyko Charge10 terbaru ialah produk berinovasi yang patut diberi perhatian kerana mencerminkan komitmen tersebut. Ia adalah sistem bateri boleh dicas semula terpantas di dunia menggunakan Nickel Metal Hydride (NiMH). Terdapat 90% atau lebih bahan kitar semula (mengikut berat) dalam bateri GP Recyko pada akhir kitaran penggunaan. R&D berterusan sedang dijalankan untuk meningkatkan peratusan kandungan kitar semula dan mengurangkan bahan plastik dalam bateri mereka kerana GP Batteries komited untuk memperkenalkan lebih banyak produk berkualiti dan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan tenaga boleh dicas semula.

GP Batteries akan terus menjadi peneraju utama dalam memperjuangkan kelestarian dalam industri bateri, mereka mempelawa semua rakyat Malaysia untuk menyertai usaha mereka dalam memupuk masa depan yang lebih hijau dan lestari. Tingkatkan Kehidupan Anda dengan GP Batteries hari ini. Ketahui lebih lanjut tentang GP Batteries di https://my.gpbatteries.com/ atau beli bateri alkali GP dengan pembungkusan berasaskan minyak soya dan kotak kertas simpanan boleh guna semula di Kedai Rasmi GP Batteries di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

© 2023 BlackButterfly DesignArts