Good Virtues Co. JENAMA PERTAMA jalin kolaborasi bersama Rico Rinaldi dalam Usaha sama dengan Watsons Malaysia

Good Virtues Co. JENAMA PERTAMA jalin kolaborasi bersama
Rico Rinaldi dalam Usaha sama dengan Watsons Malaysia

Gabungan Kecantikan dan Fesyen: Raikan Kecantikan Dalaman Setiap Wanita melalui Siri Rekaan Modest Fashion Eksklusif Diilhamkan oleh Good Virtues Co.

Kuala Lumpur, 5 Disember 2023 – Jenama kecantikan dan penjagaan diri berkualiti tinggi serta popular, Good Virtues Co. mengumumkan kolaborasi pertama mereka bersama pereka fesyen terkenal Malaysia, Rico Rinaldi. Kolaborasi ini juga dilaksanakan dengan usaha sama Watsons Malaysia demi membawa dimensi baharu buat dunia fashion Muslim. Majlis yang meraikan gabungan kolaborasi jenama kecantikan dan jenama brand modest fashion ini telah berlangsung di Jio Space. Acara tersebut diperagakan melalui fashion show yang menampilkan koleksi modest wear atau pakaian bergaya sopan yang menyerlahkan gabungan kecantikan dalaman dan luaran. Gabungan usaha sama bersama Watsons Malaysia memainkan peranan yang penting dalam memastikan usaha kolaborasi tiga jenama terkemuka ini mampu mencapai khalayak yang lebih meluas.

Good Virtues Co. x Rico Rinaldi berkonsepkan fashion modest wear yang diperagakan melalui sentuhan motif moden dan warna earth tone. Koleksi ini diinspirasikan daripada produk packaging, Good Virtues Co., iaitu motif floral yang disokong oleh Watsons Malaysia sebagai rakan kongsi jualannya sejak dahulu lagi.

Good Virtues Co. JENAMA PERTAMA jalin kolaborasi bersama
Rico Rinaldi dalam Usaha sama dengan Watsons Malaysia
Good Virtues Co. JENAMA PERTAMA jalin kolaborasi bersama
Rico Rinaldi dalam Usaha sama dengan Watsons Malaysia
Good Virtues Co. JENAMA PERTAMA jalin kolaborasi bersama
Rico Rinaldi dalam Usaha sama dengan Watsons Malaysia

Kecantikan dan fesyen bukan sekadar penampilan luaran bagi ramai wanita di luar sana bahkan ia merupakan bahagian penting dalam rutin harian mereka. Ia menjadi lumrah seorang wanita untuk tampil bergaya dan berfesyen dengan cara tersendiri. Secara tidak langsung, ia membantu mereka merasa cantik baik dari dalam mahupun dari luaran diri mereka.

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri halal di Malaysia, Good Virtues Co. menggunakan brand taglineCelebrate Your Noor‘ dalam kolaborasi bersama Rico Rinaldi ini. Tagline ‘Celebrate Your Noor’ dari Good Virtues Co. bermaksud meraikan kecantikan dalaman dan luaran dalam kalangan wanita muslim. Kecantikan yang sebenar bukan sekadar penampilan luaran tetapi turut merangkumi kualiti diri individu seperti keikhlasan hati dan keyakinan diri. Good Virtues Co. memahami bahawa kecantikan dan fesyen tidak boleh dipisahkan dan merupakan kolaborasi sinergi bersama Rico Rinaldi menyokong keperluan wanita. Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Watsons iaitu rakan kongsi jualan kami sejak dahulu lagi bagi menyebarkan mesej positif ini kepada khalayak yang lebih meluas. Kami ingin meraikan kepelbagaian Wanita Muslim dari pelbagai lapisan masyarakat dan menyedarkan nilai “Kecantikan dari Dalam” yang terungkap melalui kolaborasi tiga jenama terkemuka,” kata Lum Chong Heng, Pengarah Komersial City Chemo Manufacturing Sdn Bhd.

Kolaborasi ini meraikan konsep ‘You’re beautiful inside and out’ yang merangkul wanita dari pelbagai latar belakang dan pengalaman. Ia menggalakkan setiap wanita untuk berasa yakin & menekankan kecantikan dalaman serta luaran. Tidak kira saiz badan, atau warna kulit seseorang itu, setiap wanita mempunyai kecantikan mereka yang tersendiri. Koleksi ini menawarkan pelbagai gaya dan sesuai dikenakan dalam majlis berbeza menurut pilihan peribadi masing-masing. Tidak kira sama ada pemakai menggayakannya ketika keluar bersama rakan-rakan, menghadiri acara rasmi mahu pun ketika bersantai, pasti koleksi modest wear ini sesuai untuk digayakan di mana sahaja.

“Kerjasama dengan Good Virtues Co. merupakan satu peristiwa penting kerana ini adalah jenama penjagaan diri pertama yang bekerjasama dengan Rico Rinaldi. Kolaborasi ini adalah sebuah perjalanan kreatif menggabungkan kepakaran modest fashion khusus buat wanita Muslimah yang juga merupakan pelanggan utama Good Virtues Co. Kami menekankan mesej ‘Beauty from Inside Out‘ dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada packaging dari jenama Good Virtues Co. sekaligus memberikan sentuhan motif musim panas. Kami berhasrat dapat bersama-sama menjadi inspirasi buat industri fesyen bagi meraikan idea bahawa kecantikan sebenar hadir dari dalam,” kata Rico Rinaldi, Pereka Fesyen Terkenal.

Good Virtues Co. boleh didapati secara eksklusif di lebih 700 cawangan Watsons seluruh Malaysia sejak tahun 2015. Produk Good Virtues Co. juga merupakan antara pilihan produk penjagaan diri, kecantikan dan dandanan yang popular dalam kalangan generasi muda wanita muslim.

Watsons Malaysia adalah jenama O+O No.1 di Malaysia yang membekalkan produk kesihatan dan kecantikan yang kini memiliki lebih daripada 700 cawangan di seluruh Malaysia. Watsons Malaysia juga merupakan rakan kongsi jualan dalam kolaborasi bersama Good Virtues Co.

“Watsons Malaysia berbesar hati dapat menjadi rakan kongsi jualan Good Virtues Co. dan terlibat dalam kolaborasi menarik ini bersama pereka terkenal, Rico Rinaldi. Komitmen Good Virtues Co. dalam mempromosikan kecantikan dalaman dan luaran adalah sejajar dengan misi kami iaitu “Do Good, Look Good & Feel Great!”. Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripadanya dan mengharapkan impak positif buat industri serta para pelanggan yang kami hargai.” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International.

Good Virtues Co. JENAMA PERTAMA jalin kolaborasi bersama
Rico Rinaldi dalam Usaha sama dengan Watsons Malaysia

Good Virtues Co. ialah rangkaian penjagaan diri yang komited dalam mencipta produk yang disahkan Halal. Produk-produknya diperbuat daripada 100% bahan yang bukan berasal daripada haiwan – dijamin selamat dan memandang tinggi terhadap alam sekitar. Good Virtues Co. terus memberikan tumpuan utuh pada integriti dan ketulenan bahan-bahannya lantas komited pada standard kebaikan serta kualiti yang tinggi. Sehingga kini, Good Virtues Co. memiliki rangkaian lengkap produk penjagaan diri dengan kebaikan bahan utama yang tulen iaitu Minyak Habbatus Sauda Organik untuk menyegarkan muka, rambut dan badan. Hal ini demikian kerana setiap wanita memiliki kekuatan dalaman dan kecantikan yang patut diraikan. Terus ikuti kami untuk mendapatkan kemas kini dan tawaran eksklusif terkini sepanjang pelaksanaan usaha niaga yang menarik ini.

Koleksi Rico Rinaldi akan berada di halamannya sehingga Januari 2024. Untuk maklumat lanjut tentang Good Virtues Co., kunjungi media sosial mereka di Instagram @goodvirtuesco dan halaman Facebook GoodVirtuesCo.MY. Tanda pagar bagi jenama ini ialah #GoodVirtuesCoXRicoRinaldi dan #watsonsmy.

© 2023 BlackButterfly DesignArts